Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
2328
View
55
Reply

[Tempatan] Moratorium pinjaman Bank Rakyat cecah RM6 bilion. Banyak betul orang buat loan Bank Rakyat rupanya terutama PL

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 1-6-2020 10:52 AM | Show all posts |Read mode
Moratorium pinjaman Bank Rakyat cecah RM6 bilion
BERNAMA

"JUMLAH moratorium yang diberikan Bank Rakyat kepada pelanggannya mencecah sehingga RM6 bilion," kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Rosman Mohamed.

"Moratorium atau tanggungan pembayaran yang kita beri selama enam bulan itu membabitkan jumlah RM1 bilion yang kita tidak kutip pada setiap bulan selama enam bulan.

"Walaupun jumlah itu amat besar, ia adalah satu usaha yang terpaksa dibuat.

"Covid-19 ini bukan satu perkara yang kita minta dan bukan sahaja kerajaan yang kena membantu, tetapi semua lapisan masyarakat. Kita perlu memberi sokongan yang padu supaya ekonomi kita dapat dipulihkan," katanya dalam satu temu bual di Ruang Bicara Bernama TV.

Walaupun bank itu amat prihatin, proses susulan dan pengambilan hutang akan dibuat dengan tegas.

"Bank Rakyat mengenal pasti kaedah untuk mengutip hutang ini. Ini adalah tanggungjawab bersama, terutama selepas tempoh moratorium berakhir. Jika anda mahu melihat Bank Rakyat terus berjaya dan membuat bayaran dividen, Bank Rakyat kena maju," katanya.

Katanya, pemberian moratorium itu bermakna ada kos yang perlu ditanggung pihak bank.

"Pada hujungnya, bank perlu berprestasi dan merekodkan kejayaan. Kalau bank tak berjaya macam mana kita nak menjana ekonomi pada masa akan datang," tambah Rosman.

Bank Rakyat mempunyai 1.3 juta pelanggan dan aset bernilai RM109 bilion.

Di samping moratorium yang diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej rangsangan ekonomi khusus bagi menghadapi Covid-19, Bank Rakyat juga memperuntukkan RM300 juta di bawah kempen BRCares.

Bantuan itu disalurkan kepada kepada koperasi, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), usahawan wanita dan perniagaan mikro serta segmen perniagaan teras runcit yang terjejas akibat pandemik itu.

"Sebanyak RM50 juta dikhususkan kepada usahawan wanita, RM50 juta untuk usahawan mikro dan RM200 juta kepada koperasi kecil termasuk PKS.

"Matlamat utama adalah untuk membantu mereka. Malah, kita berikan mereka penangguhan bayaran selama sembilan bulan," katanya.

Melangkah ke hadapan, beliau berkata, Bank Rakyat sedang melihat kepada idea untuk membuka beberapa cawangan mini, terutama di kawasan luar bandar seperti di Sabah dan Sarawak yang tidak mempunyai perkhidmatan perbankan serta kewangan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Jun 2020 @ 7:20 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 1-6-2020 10:59 AM | Show all posts
Chop, PL dalam tajuk tu ape?
X jumplak dalam artikel.
Sorry, mmg betul2 xtau
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Personal loan la paling banyak
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 1-6-2020 11:05 AM

bank kesayangan staf gomen, diorg x dpt tangguh bayaran loan rumah bawah skim gomen tapi bank rakyat punya dpt je
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2020 11:08 AM | Show all posts
slyfynx replied at 1-6-2020 10:59 AM
Chop, PL dalam tajuk tu ape?
X jumplak dalam artikel.
Sorry, mmg betul2 xtau

PL - personal loan

Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2020 11:09 AM | Show all posts
dulu ada berita staff Bank Rakyat dpt bonus berbelas-belas bulan
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:12 AM | Show all posts
katanya bank rakyat ni asas nya bank koperasi....

kalau koperasi..apa lg kerja nya.. bg loan la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Perghh.. Aset dia saja 109 Bilion.. Kaya raya org malaysia.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2020 11:33 AM | Show all posts
budaktua replied at 1-6-2020 11:12 AM
katanya bank rakyat ni asas nya bank koperasi....

kalau koperasi..apa lg kerja nya.. bg loan la.. ...

oo ya ka
patut la Bank Rakyat gigih promote PL
mana2 koperasi pun , kalau tak ada ahli ambik PL
memang bungkus la koperasi tu


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Kaya lah.. personal loan paling top kat malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
bff bank acik gomen
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
bank kakitangan awam
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tu baru bank rakyat. Belum lg bank lain
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
staf bank pun amik gak motarium ni. staf bank tu.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 1-6-2020 12:12 PM | Show all posts
dulu ada statistik
acik gomen paling ramai sayangkan Bank Rakyat
Bank Rakyat tau ko staf gomen
dia cari kita
bukan kita cari dia  
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:17 PM | Show all posts
Sy musti pileyy
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta iols pun bank rakyat
Umah bank islam

Personal loan takde buat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang la
Ayah iols.cite dolu
Kat opis kalau time nak raya atau nak akhir tahun...pegawai bank rakyat akan datang sendiri promot personal loan tau..
Pastu.nak.settle loan tu..bayar.nak habis dah...
Depa.akan call.promot overlapped plak..
Hahaha...jadi staff gomen mmg akan.terjebak.punyooo...
Ayah iols ada juga ambil..tp.dah settle sebelum.dia meninggal.dolu....dia cam.tau tau je..jadi dia tak.ambil dah loan n habiskan yang sedia ada.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:36 PM | Show all posts
Personal loan
- anak kawin
- nak raya
- nak travel oversi
- nak berjimba2
demi nak menjobo dgn kwn2 konsepnya
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2020 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Merbahaya personal loan ni

Ada sedara baru keje sampai bangkrap tak blh bayar pl

Agwknya tak tau manage duit
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list