Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) bercadang membuat laporan polis terhadap Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selepas Ahli Parlimen Muar itu didakwa mencampuri urusan dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan menggunakan nama parti.
Perkara itu dimaklumkan Exconya, Mohd Muzammil Ismail yang mengulas sidang media Syed Saddiq semalam.
Kredit foto: IG Syed Saddiq
Dakwanya, Syed Saddiq memutarbelitkan perlembagaan, memberi tafsiran berniat jahat dan membelakangi keputusan parti, lapor Harian Metro.
Tegasnya, tidak logik bagi Ahli Parlimen Bersatu tidak menyokong kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang parlimen berlangsung pada 18 Mei lalu.
"Saya ingin menegaskan bahawa Bersatu adalah milik semua ahli parti dan bukan milik mana-mana ahli yang berkepentingan.
"elaksanaan 'rule of law' perlembagaan Bersatu mestilah dipatuhi dan tiada sesiapa yang akan dikecualikan," katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan Bersatu Titiwangsa, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal berkata, tindakan Syed Saddiq semalam secara tidak langsung telah menimbulkan fitnah ke atas Bersatu dan barisan kepimpinannya.
Tegasnya, beliau tiada hak untuk bercakap atas tiket Armada kerana bukan lagi Ketua Armada Nasional. - CARI |