Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
418
View
9
Reply

[Dunia] Tanah Seberang: Nenek berusia 100 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19 selepas sebulan dirawat.

[Copy link]

Author: FOTHER-MUCKER       Show all posts   Read mode

Author
Post time 2-6-2020 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-6-2020 09:25 AM

Nenek berusia 100 tahun berjaya ‘lawan’ Covid-19 selepas sebulan dirawatFMT Reporters -

June 1, 2020 3:08 PM


Kamtim yang dilahirkan pada 1920, dibenarkan keluar daripada hospital selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya. (Gambar AFP)

Siapa sangka seorang nenek berusia 100 tahun disahkan pulih daripada Covid-19, sekaligus menjadikannya sebagai individu tertua yang “terselamat” daripada wabak maut itu di Indonesia.

Kamtim yang dilahirkan pada 1920, dibenarkan keluar daripada hospital baru-baru ini selepas menerima rawatan selama sebulan di sebuah hospital di Surabaya.

Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata dia berharap kisah Kamtim yang berjaya berjuang menentang Covid-19 pada usia lanjut memberikan semangat kepada orang lain untuk terus melawan wabak itu.

“Saya harap pemulihannya dapat memotivasi ramai lagi pesakit tua semasa pandemik ini,” tambah Parawansa.
Kamtim dibawa ke hospital bulan lalu setelah menunjukkan simptom dan dia disahkan dijangkiti wabak tersebut.

Menantu warga emas itu, Siti Aminah berkata, rahsia kepada kesembuhan ibu mentuanya adalah “disiplin dan kegigihan”.
“Setiap hari saya memantau keadaannya dengan jururawat dan mereka selalu memberitahu saya bahawa dia sangat kuat dan rajin mengambil ubatnya,” kata Siti Aminah.


https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/01/nenek-berusia-100-tahun-berjaya-lawan-covid-19-selepas-sebulan-dirawat/


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 2-6-2020 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Claim jgn x claim

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Opah ni sesuai bwk wtk opah aminah

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:54 AM | Show all posts
sian tengok opah ni... mata sebelah ada cataract...

harap2 sihat dan cergas lah dia untuk jalani kehidupan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 03:22 AM | Show all posts
Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa berkata dia berharap kisah Kamtim yang berjaya berjuang menentang Covid-19 pada usia lanjut memberikan semangat kepada orang lain untuk terus melawan wabak itu.


Semangat? ini mungkin juga menggalakkan yang lain berjimba jimba tak ikut peraturan sebab yang tua umur 100 tahun pun boleh recover apatah lagi dia orang yang muda muda.

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 05:41 AM | Show all posts
Jangan terkejut jurujual jamu(dan yg sewaktu dengannya) akan claim benda ni,

"Berkat sering mengamalkan jamu P@@@@, nenek Kamtim bisa sembuh corona".
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:14 AM | Show all posts
Tapi lama juga dalam hospital.  Ex-boss saya tak sampai 14 hari, masuk ICU 2 hari tapi tak perlukan ventilator.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Wahh tahniah nenek..kalo tak silap, dkt singapore pun ada nenek 104 umur sembuh dr covid 19 haritu
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Youuuu gooooo mbaaaakkkk!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list