CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1116|Reply: 9

[Tempatan] Datuk Ibrahim Ali pernah dilabelkan sebagai ‘Raja Katak' kata Lompat sekarang lo

  [Copy link]
Post time 2-6-2020 02:09 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dieja kekanan bunyinya sama,dieja ke kiri pun bunyinya sama.apa dia..KATAK(kredit Ali Setan)

Suatu ketika dahulu, Datuk Ibrahim Ali pernah dilabelkan sebagai ‘Raja Katak’ kerana tindakannya melompat parti.

Namun Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) itu menegaskan, tindakannya itu adalah soal prinsip diri, selain digugurkan daripada parti kerana perjuangan yang dibawanya.

Berbeza dengan politik hari ini, Ibrahim berkata, ahli politik yang melompat parti sekarang bertujuan untuk mencari makan semata-mata.

“Saya melompat dulu berbeza dengan orang yang melompat sekarang. Lompat sekarang ini lompat cari makan. Saya dulu kena pecat, kena gugur kerana perjuangan. Saya hilang parti maka saya masuk parti lain. Saya tubuh parti sendiri.

“Saya bukan lompat kerana semata-mata lompat. Sekarang ini ada dua kerenah orang melompat. Satu dia bertanding dalam pemilihan parti, dia kalah, dia keluar parti itu dan tubuhkan parti lain. Satu lagi dia lompat, dia menang tetapi parti dia kalah, tidak boleh tubuh kerajaan, dia lompat ke parti yang menang untuk cari makan.

“Itu yang saya gelar lompat ‘barua’. Saya dulu tidak ada kena mengena dengan situasi seperti ini. Pertama, UMNO diharamkan. Selepas itu saya kembali kepada UMNO dan digugurkan Ketua Bahagian. Saya menghadapi perubahan parti kerana keadaan memaksa saya. Saya meletakkan pendirian diri dalam parti. Bukan saya lompat suka-suka,” katanya

Ibrahim pernah menyertai parti UMNO dan memenangi Parlimen Pasir Mas, Kelantan atas tiket Barisan Nasional (BN).

Beliau juga pernah menjadi Exco Pemuda UMNO sekitar tahun 1987 dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 pada 1988 dan bergabung dengan Pas, beliau turut menyertai Tengku Razaleigh. Angkatan Perpaduan Ummah hasil gabungan Pas dan Semangat 46 berjaya menumbangkan kerajaan BN di Kelantan pada tahun 1990.

Apabila Tengku Razaleigh menyertai semula UMNO dan membubarkan Semangat 46, beliau turut menyertai UMNO tetapi kemudiannya dipecat dan dilucutkan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas pada 22 November 2003 serta keahliannya digantung seumur hidup.

Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, Ibrahim bertanding dalam kawasan Pasir Mas sebagai calon bebas tetapi tewas manakala dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, beliau sekali lagi bertanding tetapi tewas kepada calon BN, Hanafi Mamat dan hilang wang pertaruhan.

Dalam PRU pada 2008, beliau mencatat sejarah menjadi calon Pas bagi Parlimen Pasir Mas. Walaupun beliau tidak menjadi ahli Pas, beliau memenangi kerusi tersebut.

“Politik serba mungkin. Siapa boleh jangka Pakatan Harapan boleh tumbang. Kalau Perikatan Nasional tumbang juga apa yang kita nak terkejut? katanya

https://www.google.com/amp/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/85750


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 05:54 AM | Show all posts
Dia ni legend,.
Seumur idup, org pggl dia ni KATAK
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sorang lagi EZAM Mohd Nor.   sama level dgn raja katak ni.  Mrk belajar dgn pakar uturn Tun Madet
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 06:30 AM | Show all posts
So, ada cara tak nak ikat kaki kaki katak ni?.............
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:42 AM | Show all posts
katak tahap level atas akan munculkan diri lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Cepatla luluskan akta lompat ni..kalu lompat prk semula..tu je cara paling sesuai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Artikel pun tak tepat. Dia lompat ke Umno sebelum Semangat 46 dibubarkan bersama Wan Najib. Wan Najib tu Ap Holder kedai dia " Wana Motor" Kat Jalan menghala ke Cheras tu tak tau ade lagi ke tak. Masa dia dalam Semangat 46 pernah digelar Singa oleh Pas ( bab bagi gelaran Pas memang pakàr). Dari Ibrahim Ali lah maka popular istilah " menjilat" bagi orang lompat parti kerana dalam satu ceramàh Ibrahim Ali pernah berkata " Jilat Punggung Mahathir Kalau Saya masuk Umno" bila dia masuk Umno Mat Sabu pun bergurau " nak tau masin ke manis ke punggung Mahathir kena tanya Ibrahim Ali"
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang bertanggungjawab menjenamakan "ITM" ke "UITM".
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 12:04 PM | Show all posts


saingan terdekat
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
[youtube]j6CzIz5ae0M[/youtube]

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.078983 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list