CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1314|Reply: 14

[Tempatan] Faris Fuad lapor anak tempatan sanggup kerja berat di pasar borong. Sebaliknya l

[Copy link]
Post time 2-6-2020 07:46 AM | Show all posts |Read mode
https://www.malaysiakini.com/news/523054

https://www.bharian.com.my/berit ... rat-di-pasar-borong

Anak muda tempatan sanggup kerja berat di pasar borong
Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my
KONGSI ARTIKEL
Share

Tweet
KUALA LUMPUR: "Saya bekerja memunggah, mengangkat dan menyusun bekalan sayur di Pasar Borong Kuala Lumpur sejak empat tahun lalu."

Demikian reaksi seorang anak muda tempatan, Khalil Kesaven Hasan, 19, ketika ditanya mengenai persepsi segelintir pihak kononnya golongan belia negara ini enggan bekerja di pasar borong yang dikaitkan dengan bau busuk, kotor dan kerja berat.

Khalil berkata, beliau lazimnya bekerja lebih 12 jam sehari dengan bayaran hingga RM180 untuk tempoh itu di pasar berkenaan.

"Selalunya, saya akan datang ke pasar ini pada jam 7 pagi dan bekerja mengangkut barang untuk seorang tauke hingga jam 12 tengah hari.

"Selepas itu, saya akan pergi mencari tauke lain untuk bekerja hingga petang. Malam, saya akan bekerja dengan tauke lain pula. Saya sudah lama kenal dengan semua tauke itu.

"Ketika baru bekerja dulu, saya pun berasa sangat penat dan hampir berputus asa. Namun memikirkan untuk mencari sesuap nasi, saya teruskan juga. Lama-kelamaan, saya seronok kerja mengangkut barang ini.

"Selalunya, tauke akan memberikan saya berehat satu atau dua hari seminggu. Bapa saya pun kerja di sini. Beliau yang menyarankan supaya saya mencari rezeki di pasar borong. Tiada kerja mudah dalam dunia ini," katanya ketika ditemui BH di pasar itu, di sini, malam tadi.

Seorang lagi pekerja tempatan, K Thinesh, 24, berkata beliau bekerja di pasar borong itu sejak beberapa hari lalu selepas hilang sumber pendapatan sebagai pelayan bar di Singapura.

"Semua sedia maklum bahawa banyak negara, termasuk Singapura, melaksanakan perintah berkurung akibat COVID-19. Antara yang terkesan ialah perniagaan bar dan saya turut hilang pekerjaan.

"Selepas saya pulang ke Kuala Lumpur, ada kawan memaklumkan bahawa ada banyak kerja kosong di pasar ini susulan pihak berkuasa membuat operasi menahan warga asing.

"Selepas sesi temu duga, saya diterima sebagai pekerja. Setakat ini, tiada masalah yang timbul. Kerja berat itu pun saya anggap sebagai senaman," katanya.

Sementara itu, seorang penjaga pasar terbabit, Sheng Thi, 60, yakin pasar berkenaan akan kembali dibanjiri pekerja tempatan, terutama anak muda dalam masa terdekat.

"Saya sudah bekerja sebagai penjaga pasar ini sejak 25 tahun lalu. Ketika mula-mula dibuka, pasar ini memang dikhaskan untuk peniaga dan pekerja tempatan sahaja.

"Namun, lama-kelamaan ada peniaga tempatan mula mengambil kesempatan mengupah pekerja asing kerana bayar gaji murah.

"Saya yakin zaman kegemilangan akan kembali, tidak lagi timbul isu pasar borong dikuasai warga asing. Sebaliknya, pasar borong ini adalah 'milik' rakyat Malaysia," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepas ni pantau la peniaga tempatan.

"Namun, lama-kelamaan ada peniaga tempatan mula mengambil kesempatan mengupah pekerja asing kerana bayar gaji murah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. Org kita ni kalau bagi gaji yg setimpal.. Tambah2 keadaan skrg pulak.. Mmg akan kekal buat kerja tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
yang ambik warga asing ni pengkianat
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:01 AM | Show all posts
sbb gaji warga asing lebih murah sbb tu majikan xnk gaji pekerja tempatan,
pekerja tempatan xnk buat kerja warga asing sbb gaji murah,
majikan pulak ckp pekerja tempatan malas,

kalau pihak berkuasa kerap buat operasi dan denda majikan yg upah pati rasanya mesti majikan fikir lebih berbaloi gaji pekerja tempatan,
nk gaji pekerja tempatan kena la upah yg berbaloi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:07 AM | Show all posts
walaupon kerja teruk angkat barang, tapi bagi aku setimpal la....upah dia tu lagi tinggi dari orang kerja besa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 08:15 AM | Show all posts
yes, bagilah peluang kepada beliawan beliawan kita pula mencari rezeki di situ.

it's high time lah. sebenarnya banyak je peluang kat pasar borong tu kalau beliwan kita ni otak usahawan - pi lah cari service atau sediakan service cuci kawasan sekali dalm 3 hari supaya sentiasa bersih dari dbkl ke...ambik kualiti services la...

atau buat macam pasar yg bersih selesa dan cara handle barang makanan  mentah mentah tu dengan bersih

banyak je sektor lain yg boleh dapat manfaat rezeki sama...

kena fikrlaa...


tapi himah juga covid19n ni terbuka mata i tengok wow juta2 ye immigrants pi keje kat sini atau dalam sektor ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Teringat customer aku suh panggil dia K7
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau di siam hanya orang siam pegang ekonomi
Diorg takde pati or kebanjiran foreigner tak terkawal
Sebab diorg xpernah dijajah dan selalu bagi laluan malaya dijajah
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Xim at 2-6-2020 08:41 AM

Majikan kedekut....epf,socso,eis,medical benefit,cuti tahunan,cuti sakit,etc etc ade ke x agaknye....appreciation dinner?bonus?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tajuk tu dik sebenarnya saling menyokong stetmen kan dik? Mmg dasar orang kaya ni suka ambil kesempatan. PATI ko bayar murah, senanglah hati ko kan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 2-6-2020 11:07 AM

Lepas ini siap lah apek2 towkeh  sepet ni akan naikan harga  jualan pd pelanggan
dan peruncit . utk cover balik upah lebehan pd pekerja tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:34 AM | Show all posts
KIM.K replied at 2-6-2020 12:29 AM
Kalau di siam hanya orang siam pegang ekonomi
Diorg takde pati or kebanjiran foreigner tak terkawal ...

Hihih.  Siam pernah dijajah la bodoh. Pertama oleh Zabag. Kemudian burma. Kemudian jepun. Ekobomi thailand dipegang oleh bangsa asing. Bangsa siam hanya jadi kuli. Yang tak mampu bayar hutang ceti haram terpaksa jual anak bini kepada sindiket

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:40 AM | Show all posts
Peniaga yang tak mampu upah rakyat tempatan akan kata mereka diludah saja oleh pencari kerja. Itu sebab mereka terpaksa upah orang asing
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu tak malas macam saka cakap

ada peluang pasti diambil
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 09:55 AM GMT+8 , Processed in 0.357606 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list