CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 4

[Tempatan] Sungai Sembrong dikhuatiri tercemar.

  [Copy link]
Post time 2-6-2020 08:21 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 1-6-2020 04:22 PM

Sungai Sembrong dikhuatiri tercemarOleh Adnan Ibrahim
bhnews@bh.com.my







Sebahagian daripada udang galah dan ikan air tawar yang ditemui mati dan terapung di permukaan Sungai Sembrong, Kluang, lewat petang semalam.









KLUANG: Ribuan udang galah dan ikan air tawar ditemui mati terapung di permukaan Sungai Sembrong dekat Kampung Orang Asli Sedohok di sini, petang semalam.

Tok Batin Kampung Orang Asli Sedohok, Halim Jahari, berkata kejadian disedari jam 5 petang itu, disyaki berpunca pencemaran air sungai berkenaan.

Katanya, penduduk berharap pihak berkuasa segera menyiasat punca kejadian itu yang dikhuatiri dicetuskan kilang serta perusahaan yang beroperasi di hulu sungai berkenaan.

"Air sungai kelihatan berminyak dan mungkin itu menjadi penyebab pencemaran ini sehingga udang dan ikan mati.

"Malah saya ada mengambil sedikit air sungai berkenaan sekiranya diperlukan pihak berkenaan untuk membuat kajian dan siasatan punca pencemaran," katanya di sini, hari ini.

Halim tidak mengesyaki kejadian ini berpunca daripada aktiviti menuba sungai kerana ia tidak menyebabkan air berminyak seperti berlaku petang semalam.

"Sebagai langkah keselamatan, semua penduduk yang ada mengambil ikan atau udang di yang ditemui terapung di sungai ini petang semalam dilarang memakannya kerana bimbang ia dicemari bahan beracun yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Kami menuntut tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab mencemarkan Sungai Sembrong ini kerana secara tidak langsung menjejaskan pendapatan nelayan darat yang bergantung kepada sumber sungai ini," katanya.

Halim berkata, pihaknya bimbang pencemaran itu akan menyebabkan sungai berkenaan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk kembali pulih seperti biasa bagi membolehkan aktiviti perikanan dilakukan semula.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/06/695361/sungai-sembrong-dikhuatiri-tercemar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Bahayanya. Harap2 dapat diketahui puncanya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:17 AM | Show all posts
Dah banyak kali kes pencemaran di sungai sembrong, sila pihak berkuasa cari dalangnya sampai ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 11:42 AM | Show all posts
Dah mula balik dah harap kali ni si pelaku dapat ditangkap
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 04:45 PM | Show all posts
Siapa punya kerja niii
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.528992 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list