CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6673|Reply: 66

[Tempatan] Doktor kongsi pengalaman handle pesakit. Walaupun kahwin empat, hujung cerita is

  [Copy link]
Post time 2-6-2020 01:13 PM | Show all posts |Read mode
Doktor ‘musykil’ hanya isteri yang setia lawat suami di wad, persoalan akhirnya terjawab di pintu lif... pesakit kahwin 4! - “Kami pernah susah bersama”
Selasa, 02 Jun 2020 12:00 PM
4-5 minutes

POLIGAMI tidak salah sekiranya berkemampuan, tetapi realitinya ramai yang tidak mampu apabila bertindak berkahwin lebih daripada satu.

Dan kemampuan itu bukan sekadar terletak pada wang ringgit dan keperluan, tetapi juga masa serta tanggungjawab sebagai seorang suami mahupun seorang bapa.

Seperti kata seorang doktor, semasa muda dan gagah juga memiliki harta, sentiasa beringat agar tidak lupa diri terutama bagi mereka yang menjalani kehidupan berpoligami.

Dr Ahmad Samhan berkongsi kisah mengenai seorang isteri yang saban hari melawat dan tidak jemu menjaga suaminya yang terlantar di hospital mengundang sebak.

"Kasihan pula tengok makcik ini setiap hari datang melawat Pakcik Ismail. Sejak Pakcik Ismail masuk wad tak pernah sehari pun dia terlepas datang suapkan makanan, lap badan dan picit Pakcik Ismail.

"Tapi yang peliknya tak nampak pula anak-anak atau orang lain yang datang melawat. Mungkin keluarga Pakcik Ismail tinggal berjauhan," tulis Dr Ahmad Samhan di halaman Facebook beliau tanpa mengulas lanjut penyakit yang dialami Pakcik Ismail.

Pertemuan tanpa dirancang bersama isteri pesakit tersebut menjawab persoalan doktor yang bertugas di Jabatan Kecemasan dan Trauma di Hospital Kuala Lumpur (HKL) itu.

Semuanya bermula ketika berselisih di hadapan lif, sekali gus beliau mengambil peluang untuk menegur wanita berkenaan.

"Makcik tak perlu datang hari-hari kalau makcik tak larat. Kasihan pula saya tengok," kata Dr Ahmad Samhan sambil bertanya tentang anak-anak Pakcik Ismail.


Perkongsian Dr Ahmad Samhan mengenai pesakit yang hidup berpoligami.

Namun bagi wanita itu, dia tetap setia datang ke hospital melawat suaminya yang tercinta, sambil mendedahkan suaminya mempunyai empat isteri.

"Selagi larat makcik datang. Kami pun sebelum ini pernah susah sama-sama.

"Pakcik Ismail ini dulu orang bisnes dalam syarikat besar. Kahwin empat, anak-anaknya 10 orang," ujar wanita itu.

    Kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa
    DR AHMAD SAMHAN

Menurut Dr Ahmad Samhan, rupa-rupanya isteri-isteri Pakcik Ismail yang lain tidak mempedulikannya selepas dirinya jatuh sakit.

Bagaikan jatuh ditimpa tangga, perniagaan pesakit mengalami kerugian dan tidak banyak harta yang ditinggalkan kerana terpaksa membayar banyak hutang.

"Anak-anak pula hilang hormat pada ayahnya selepas kahwin lain. Rasa benci sebab ayahnya sanggup duakan ibu mereka ketika ayahnya senang.

"Yang tetap setia di sisi ketika susah adalah isteri tua. Isteri yang dulunya sama-sama susah untuk naikkan bisnes hingga ke puncak," ujar Dr Ahmad Samhan.

Dr Ahmad Samhan berharap perkongsiannya dapat memberi kesedaran kepada kaum suami untuk menghargai pasangan.

Menurut doktor itu, kadang-kala seorang suami itu mudah melupakan insan yang setia bersama sewaktu mula-mula susah dahulu, tidak mempunyai apa-apa

"Kita mudah lupa dengan siapa kita bina kehidupan sehingga peroleh apa yang kita dapat hari ini. Apabila kita sudah ada segalanya, kita anggap semua itu hasil usaha kita sendiri.

"Kita tak sedar ada sosok tubuh yang sentiasa menyokong dari belakang untuk kita terus gagah untuk berjaya. Bila dah senang dan kaya jangan lupa pasangan yang sama-sama susah dengan kita dulu. Hargai dia hingga hujung nyawa.

"Benarlah, kesetiaan lelaki diuji saat dia memiliki segalanya dan kesetiaan wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa," ujar Dr Ahmad Samhan dengan harapan agar perkongsian tersebut memberi kesedaran supaya lebih ramai kaum suami menghargai isteri ketika susah dan senang.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 01:25 PM | Show all posts
kalau aku istri yg pertama ...
baik aku jga diri sendiri, sbb aku pun da tua, x larat lagik nk jaga org
kenapa aku pulak sorang2 nak kena bertanggungjwb jaga dia
x kosa dah nak jaga org sakit..
masa dia muda, sihat kawin jerk keje nya
da tua pndai2 la kau

Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku nampak di sini:

1. Lelaki juga yg untung. Buat lah apa saja.  Bini sulung tetap setia menyembah di kaki
2. Isteri no 2 dan seterusnya mmg bijak. Buat apa nk nyusahkan diri. Dari awal diaorg xharung susah kawin dgn laki org yg dh established.. buat apa nak menyusahkan diri jaga laki yg now dh xguna sesen pun. Move on lah n cari laki org lain pulak.
3. Rata2 bini sulung mmg mcm ni ke? Ko disampahkan pun takpe. Tuhan@agama xsuruh kita just redha cmni. Takde harga diri ke? Mak tanya je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
haryatie replied at 2-6-2020 01:25 PM
kalau aku istri yg pertama ...
baik aku jga diri sendiri, sbb aku pun da tua, x larat lagik nk jaga ...

Ai stuju. It is time isteri tua grow a brain.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2020 01:33 PM | Show all posts
kalau baca, dgr mcm2 kes poligami
memang ending isteri tua la tempat segalanya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 01:40 PM | Show all posts
org tua-tua ckp, kalau laki nak kawen lg, jgn sesekali ceraikan bini pertama. kalau cerai tu yg hidup tak sesenang mcm dulu.

aku rs mcm betul gak sbb byk gak yg aku jumpe lepas cerai bini no 1 je terus tunggang langgang hidup laki tu. so pelagi first wives club tolong jangan jadi bodo mintak cerai je kalau laki gatal nk kawen lg
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Org poligami xde nye fikir bini2 jaga sampai tua.. yang penting nafsu je..
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 01:48 PM | Show all posts
bless her. Semoga istana buat mu di syurga atas keihlasan

mana mana pun wanita jugak yg tanggung anything,  i pun tengok pengalaman my mom's friend , hubby kahwin lagi satu, then bila buat heart bypass....yg jaga siape? teka sendiri. then bila tetua  dah pun cerai, and dok dengan....??isteri pertama.

itu berkat niat da kasih yg ikhlas kot , yg tak  kenal dendam. cuma dasar kesian kot .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya berbicara. Isteri tetap isteri bile dia pilih utk terus menjadi isteri yg sabar dimadukan 4. Ini da sampai hujung garisan, biarlah die mengutip sisa sisa pahala demi suami dia. Wife pertama boleh pilih utk menjanda tapi die tetap setia. So jgn sia siakan perjuangan yg sket lagi diakhir garisan. Biarlah suami dpt balasan kalau sia siakan wife tu. Allah lebih mengetahui.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 01:55 PM | Show all posts
Banyak je kes macam ni, ada tu bila dah sakit2 baru terhegeh2 cari semula isteri tua isteri2 yang lain tah mana dah menghilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-6-2020 01:59 PM | Show all posts
kalau nak kawin lagi satu dan lagi satu
pastikan isteri baru ni memang dh berharta
dh tentu tak timbul isteri baru nk bolot harta suami
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 2-6-2020 01:40 PM
org tua-tua ckp, kalau laki nak kawen lg, jgn sesekali ceraikan bini pertama. kalau cerai tu yg hidu ...

Teringat baca kat satu fb sorang mamat ni, lepas dia bercerai ngn bini dia, dia kata dia cam terdesak nak kawen dan kena ade isteri lg sbb dia kata kalau takde anak bini rezeki tu cam kurang.
Sbb mmg lepas dia bercerai bisnes dia tak menjadi bagai.
Dia nak rujuk balik ngn bini dia tp bini dia tanak just berbaik sbg kawan.
So sudahnya dia kawen ngn sapatah tp dah kawen  baru pun kerap gak duk throwback gambar2 ex wife.


Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
R2D2 replied at 2-6-2020 01:59 PM
kalau nak kawin lagi satu dan lagi satu
pastikan isteri baru ni memang dh berharta
dh tentu tak ti ...

Klu dh mmg kaya berharta.. Xdenye nk keja laki org yg gundut2.. Baik cari anak ikan yang sado. Yummmsss
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts
nenekglamer replied at 2-6-2020 01:26 PM
Yg aku nampak di sini:

1. Lelaki juga yg untung. Buat lah apa saja.  Bini sulung tetap setia meny ...

Yes..point no 2 mmg setuju..mak aku kawen dgn bapak aku dari bapak aku ad motor je..sewa pun kat setinggan kat kg lanun tu..lpstu mkn nasi lauk kicap ari2 sbb bpk aku jadi penjamin sapa ntah..ni bile bapak aku dh cecah gaji 5 angka die pegi kawen janda anak 3 dgn claim nk berkongsi kaseh..ko rs sebagai anak ap perasaan ko..anak sendiri x mkn 3 ari smpi jatuh longkang..anak org die g suap dgn hp dgn motor..mak aku pun kalau mntk duit dapur bagai x mau melebting..bile bini mude die mntk siap je bawak g mall..in the end masa bapak aku nk meninggal die kt x larat nk jaga bapak aku siap menangis2 mntk jaga sama..masalahnye die pgg kad bank bapak aku..sedap pulak time tu pencen keluar..sekarang ni pencen bahagi 2..sebagai org yg x penah susah sama2..tp terima benefit seumur hidup..
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab bini tua paling puas, dapat merasa batang lebih kerap
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 02:35 AM | Show all posts
pyropura replied at 3-6-2020 02:04 AM
Sebab bini tua paling puas, dapat merasa batang lebih kerap

Tak jugak dik......

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2020 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Binitua replied at 3-6-2020 02:35 AM
Tak jugak dik......

Ha....nah. Binitua dah bersuara ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 03:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Binitua replied at 3-6-2020 02:35 AM
Tak jugak dik......

Wakkaakaka kelakar bila tgk ur id name..
Punyala seriuos baca komen yg lain tapi bila sampai kat sini terus tersembur air
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 04:14 AM | Show all posts
jojie replied at 3-6-2020 03:09 AM
Wakkaakaka kelakar bila tgk ur id name..
Punyala seriuos baca komen yg lain tapi bila sampai kat  ...

Akak tak pandai menulis tapi komen akak jujur dan ikhlas dik.
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2020 04:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 cinta itu blh butakn hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.082122 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list