View: 19785|Reply: 229
|
[Tempatan]
Pakar nasihatkan, nak beli rumah jangan beli dlm pembinaan. Beli rumah sekunder.
[Copy link]
|
|
Usah ghairah beli aset
KEADAAN ekonomi yang perlahan kerana terjejas akibat pandemik Covid-19 menimbulkan beberapa spekulasi harga kediaman di Malaysia akan merosot.
Disebabkan kenyataan itu, terdapat individu mungkin teruja untuk mendapatkan kediaman yang diinginkan.
Namun, bukan semua jenis hartanah sesuai dimiliki dalam keadaan ekonomi Malaysia dan global tidak begitu meyakinkan.
Pelabur hartanah yang juga Pensyarah Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Dr Azizul Azli Ahmad berkata, dalam keadaan pandemik Covid-19 yang masih bersisa ini, pembelian rumah yang dalam pembinaan sangat tidak digalakkan.
"Kita tidak tahu apa akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga tahun lagi. Adakah pemaju boleh beroperasi atau mungkin juga projek yang dibangunkan terbengkalai.
"Berdasarkan krisis ekonomi sekitar 1997 hingga 1998, lebih 500 pemaju jatuh muflis.
"Malah, berdasarkan data Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), ada lebih 57,000 hartanah siap dan tidak terjual dengan nilai RM41.5 billion pada tahun lalu. Ini menunjukkan ketika ini waktu yang tidak sesuai untuk mendapatkan kediaman yang dalam proses pembinaan," katanya ketika dihubungi Bisnes Metro.
Katanya, sekiranya ada individu yang tetap mahu mendapatkan kediaman, mereka boleh memilih kediaman dari pasaran sekunder.
"Rumah sekunder boleh didapati pada harga hingga 30 peratus di bawah nilai pasaran.
"Pastikan dapatkan pembiayaan yang menawarkan tempoh jangka panjang dengan jumlah pembiayaan maksimum.
"Ini kerana, ia akan membuatkan kita tidak terbeban dengan bayaran bulanan dan wang pendahuluan juga tidak terlalu tinggi," katanya.
Sementara itu, menurutnya walaupun timbul spekulasi harga rumah akan merosot bermula tahun ini, ia tidak bermaksud semua orang boleh memiliki kediaman.
Katanya, apa yang paling penting dalam menentukan kemampuan seseorang memiliki kediaman adalah faktor kedudukan kewangan individu itu sendiri.
"Masa terbaik untuk membeli hartanah adalah apabila seseorang individu itu sudah bersedia khususnya dari segi kewangan kerana ia membabitkan komitmen hingga 30 tahun.
"Jika tawaran baik sekalipun, jika kita tidak bersedia kerana banyak hutang atau tiada pekerjaan stabil, tangguhkan saja hasrat membeli rumah.
"Selagi status kerja kita tidak stabil, jangan buat keputusan membeli rumah kerana kita takut jika apa-apa terjadi dan kita gagal bayar hutang, kediaman kita boleh dilelong.
"Jangan ghairah untuk membeli hartanah waktu gawat begini. Ia boleh jadi peluang yang baik untuk mereka yang bijak dan faham tujuan pelaburan. Ia juga boleh jadi 'neraka wang' jika kita salah membeli," katanya.
Lagi berita berkaitan Covid-19
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Jun 2020 @ 7:00 AM
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni parents iol pun dah pesan lama. Rumah kalau kalut beli masa baru nak bina mmg mahal sebab developer tgh ‘test market’ bila market di test tak berjaya baru depa hegeh2 turunkan harga ke yang selayaknya |
|
|
|
|
|
|
|
aku beli rumah yg baru nak buat..
tak lama lepas tu baru terpikir...naperla aku tak beli jer rumah sekunder?
|
|
|
|
|
|
|
|
rumah under construction
location hebat mcm mana pun cth tepi highway
kalau pemaju tarak modal
tetap terbengkalai |
|
|
|
|
|
|
|
rumah subsale dah start jatuh harga ke?
not much different pon area iols ni.. still maintain harge before PKP.
might takes a while rasanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul tu. Ada risiko beli rumah under constuction takut projek terbengkalai. Bila loan dah approve bulan2 kena bayar instalmen tapi still tak bleh duduk rumah tu lepas tu kena bayar sewa rumah yg ada... Naya ja |
|
|
|
|
|
|
|
Yg perasan rumah sarang burung je turun harga. Rumah landed tak ketara sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tgh tggu rumah siap.. Mtk2 jgn la terbengkalai.. Risau dah ni. |
|
|
|
|
|
|
|
sekunder pertama kali dengar apa maknanya/
|
|
|
|
|
|
|
|
nak tgk tanda2 projek rumah terbengkalai
tgk la berapa jumlah pekerja setiap hari
kalau sikit
mesti tgk ada problem la tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa..... Baru je beli rumah. |
|
|
|
|
|
|
|
masa bli umah under construction tahun lpas mana nk tau nk ada isu covid..huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur dengan apa yang ada. Hal lepas usah dikenang lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
harga mmg dah turun 20 -30 percent sebelum korbid
klu rakyat nak harga trun separuh.... teruskan tekanan lagi jangan beli rumah tahun ni |
|
|
|
|
|
|
|
jual le balik
lpas tu beli yg laen
|
|
|
|
|
|
|
|
ada ke rumah siap yang turun harga?
nak beli rumah under construction sila check developer..
kalau developer ada nama, 90% ok je..
developer kecik-kecik yang tu patut risau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka la rumah sub sale.. rumah lama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada keburukan juga cara ni sebab akan menguntungkan pelabur hartanah. Dia org ni tak kisah pasal rpgt & loan yg rendah sebab target akan untung berlipat kali ganda bila jual rumah siap.
Selama ni pun kalau tgk, rumah kat kawasan strategik sold out, tapi bila dah dapat cf, bnyk iklan utk dijual dgn harga yg tinggi. |
|
|
|
|
|
|
|
Sama je sbnrnya sblm dan selepas covid... Cuma percentage umah terbengkalai tu mungkin tinggi sikit la. Umah subsale kalo beli pun tgk jgk la... Ada jgk umah subsale yg dibeli menyusahkan pembeli jgk...apa2 pun kena byk buat survey dan carik developer yg mmg dikenali/ada reputation baik cth cam sime darby... |
|
|
|
|
|
|
| |
|