CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7136|Reply: 74

[Politik] Mahathir masih tidak berpuas hati lagi.

[Copy link]
Post time 2-6-2020 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by safriehalim at 2-6-2020 05:53 PM

Selain Muhyiddin, 6 MP Bersatu kini jadi sasaran Dr M

Pengerusi Bersatu yang dipertikai jawatannya, Dr Mahathir Mohamad dan penyokongnya dari parti itu kini menyasarkan sasaran bukan sahaja kepada presiden Muhyiddin Yassin, tetapi enam penyokongnya.

Mereka yang kini berdepan usaha penyingkiran daripada Bersatu dalam satu kenyataan bersama, berkata Muhyiddin dan enam ahli Parlimen lagi telah melanggar etika parti dan perlu dikenakan tindakan.

"Perbuatan Muhyiddin dan enam ahli Parlimen lain yang menyatakan keluar daripada PH jelas melanggar perlembagaan parti kerana tiada keputusan Majlis Pimpinan Tertinggi untuk keluar daripada PH.

"Maka, Muhyiddin dan enam (6) lagi ahli Parlimen tersebut telah melanggar etika parti dan wajar dihadapkan ke lembaga disiplin," kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani Mahathir (Langkawi), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Maszlee Malik (Simpang Renggam).

Bersatu yang kini dikawal oleh kem Muhyiddin, pada 28 Mei lalu mengeluarkan surat memaklumkan keahlian mereka "dihentikan serta-merta" kerana duduk di blok pembangkang ketika sidang Dewan Rakyat pada 18 Mei lalu.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak menamakan enam ahli Parlimen yang dimaksudkan.

Mereka juga menegaskan perlucutan keahlian mereka tidak sah.


Mereka disingkirkan berdasarkan Fasal 10.2.2 dan Fasal 10.2.3 perlembagaan Bersatu yang menyatakan keanggotaan ahli terbatal jika mengisytiharkan keluar parti atau menyertai parti lain.

Mahathir dan enam penyokongnya berkata keengganan menyokong kerajaan Muhyiddin tidak bermaksud meninggalkan parti.

"Kami tidak pernah mengisytiharkan keluar daripada parti mahupun menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti politik lain di negara ini. Pilihan kami untuk tidak menyokong kerajaan Muhyiddin atau Perikatan Nasional tidak bermakna keluar parti.

"Surat pemakluman oleh Kapten (B) Suhaimi Yahya atau apa-apa pernyataan oleh individu lain, sekalipun ianya datang dari seorang perdana menteri, tidak boleh mengubah fakta bahawa perlucutan keahlian kami adalah salah di sisi perlembagaan parti dan undang-undang dan berniat jahat."

Mereka berkata Fasal 6 perlembagaan Bersatu, yang merujuk kepada tujuan dan matlamat parti, adalah memperkasa agenda memerangi rasuah dan salah guna kuasa serta mewujudkan amalan tadbir urus yang baik.

"Tidak ada sebarang pertuduhan terhadap kami melakukan apa-apa yang bercanggah dengan agenda parti," kata mereka.

Mereka menggesa ahli Bersatu agar berpegang teguh kepada slogan parti iaitu "Bersatu, Beramanah dan Bermaruah".

"Kerajaan yang ada sekarang bukan pilihan rakyat. Kerajaan yang sah dan hak adalah PH...Janganlah tunduk kepada kepentingan diri seperti yang ditunjuk oleh Muhyiddin," kata mereka lagi.

Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri pada 1 Mac lalu, setelah Mahathir enggan mengetuai gabungan baru yang merangkumi Bersatu, BN, PAS, GPS, PBS and Star.

Tida lama sebelum itu, Muhyiddin membawa keluar Bersatu daripada PH yang membawa kepada kejatuhan kerajaan PH selepas mentadbir negara sejak Mei 2018.

Mahathir membayangkan hasratnya untuk membawa kembali Bersatu ke dalam PH tetapi pada masa ini, Muhyiddin dilihat mempunyai kelebihan dalam parti itu. - Malaysiakini

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 05:44 PM | Show all posts
kerajaan yg ada bukan pilihan rakyat????

stop using rakyat punya nama sebab bulan pusa bukan main rebut rebut...

kerajaan PH ternyata gagal kawal Covid19
dan semua

masih ada hati kah?
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Che Det rules...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 06:50 PM | Show all posts
agong pernah bertitah, jgn libatkan rakyat dlm permasalahan parti korang..!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf: kerajaan yg ada bukan pilihan rakyat????stop using rakyat punya nama sebab bulan pusa bukan main rebut rebut...kerajaan PH ternyata gagal kawal Covid1 ...


Tang kerajaan sekarang bukan pilihan rakyat tu memang fakta. Yang ni takleh sangkal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan pm sendiri letak jawatan?? Klau nak ph terus memerintah awat x pass jawatan ke nuat??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-6-2020 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah terbaca...ada rakyat yg kecewa dengan dgn kerajaan yg mereka pilih pada PRU lepas.Kerajaan sekarang pon SAH drp sudut undang2.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo atok dah kena terajang dari parti, dia takde parti daa, cam mana nak jadi piyem.

Nampak nya bang non ada harapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 07:01 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 2-6-2020 05:44 PM
kerajaan yg ada bukan pilihan rakyat????

stop using rakyat punya nama sebab bulan pusa bukan main ...

mmg bukan pilihan rakyat pun dekkkk...... siapa kau nk suruh che det stop using rakyat punya nama mcm kau sorg jah rakyat Malaysia ? sah2 PRU haritu rakyat undi PH, bukan pengkhianat.
kau reti tgok graf covid sebelum n selepas pengkhianat memerintah tak dekkk ???
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:08 PM | Show all posts
hobi atuk..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 2-6-2020 07:08 PM
hobi atuk..

ni lawak hahaha tp ada betulnya
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengantuk mengantuk nak tido mana..mengantuk mengantuk nak tido mana
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 2-6-2020 07:08 PM
hobi atuk..

Hahahahahaha.. ok ni lawak
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 2-6-2020 07:01 PM
mmg bukan pilihan rakyat pun dekkkk...... siapa kau nk suruh che det stop using rakyat punya nama  ...

Rakyat undi wakil rakyat, bukan parti

Kata penyokong pee esh di kala BN kalah pru lepas dan ramai ahli Umno lompat ke Pee Esh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:20 PM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 2-6-2020 07:08 PM
hobi atuk..

Ok yang ni kelakar. Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ashilalat replied at 2-6-2020 08:19 PM
Rakyat undi wakil rakyat, bukan parti

Kata penyokong pee esh di kala BN kalah p ...

Kalau ikut undi wakil rakyat, zaman PRU13 jumlah undian pembangkang lagi byak dari undi BN
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-6-2020 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian kena tendang keluar parti. Bising mcm mana pun keputusan tetap sama. PI lah join DAP.  Jangan bacul pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 08:56 PM | Show all posts
halah2 bodonya cara rba sekor tu menjawab...rakyat xde hak langsung nak tentukan sape kerajaan dan sape pm...semua tu wakil rakyat punya keje..rakyat dah bg mandat dkt wakil rakyat masing2 la bingai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada parti.
Tp bila kat parlimen duduk di tmpt pembangkang.
Walhal parti tu dh jd kerajaan.
Skrg claim tk penah keluar parti.
Tapi hanya 5 ketul ni tk bersetuju dgn parti.
So kenapa nak join parti tu lagi??


Reply

Use magic Report

Post time 2-6-2020 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Letih ya tgk fosil ni. Bilalh dia nak mereput masuk kubur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.080592 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list