View: 1656|Reply: 11
|
[Dunia]
Lelaki ditemui mati di gudang kulit, nasi di sangkut di tombol pintu tidak terja
[Copy link]
|
|
Seorang lelaki berusia 62 tahun di Bagetan, Jawa Timur, Indonesia ditemui mati membusuk sendirian di sebuah gudang penyimpanan kulit pada Selasa (2/6/2020).
Menurut polis daerah Magetan, siasatan masih sedang giat dijalankan untuk mengetahui punca kematian si mati.
Ketua polis magetan, Lin Pelangi menyatakan bahawa, kali terakhir anak kepada si mati itu menghantar makanan ke rumahnya adalah pada sepuluh hari yang lalu.
“Anaknya telah menghantar nasi kepadanya sepuluh hari yang lalu dengan cara menyangkutkan bungkusan makanan tersebut di tombol pintu tempatnya tinggal. Bungkusan tersebut masih lagi tersangkut di situ, ketika mayatnya ditemui,” kata Lin.
Dari hasil pemeriksaan, lelaki tersebut dianggarkan telah meninggal pada 10 hari yang lalu. Pun begitu, tidak ada tanda-tanda jenayah di kesan di badan mangsa.
“Disyaki mati kerana sakit. Tetapi kami masih menunggu hasil bedah siasat untuk mengetahui punca kematian,” jelas Lin.
Menurut penduduk setempat, lelaki itu tinggal sendirian di kawasan tersebut.
Ketua Persatuan Penyamak Magetan Indonesia, Basuki, menyatakan bahawa lelaki tersebut hanya tinggal berseorangan di gudang kulit itu.
Kata Basuki, gudang tersebut digunakan sebagai tempat penyimpanan untuk sisa kulit yang telah diproses.
Lelaki itu telah ditemui mati dalam keadaan reput dan busuk di dalam gudang kulit yang dijadikan tempat kediamannya.
Mayat mangsa telah ditemui sejurus selepas penduduk setempat terhidu bau busuk yang datang dari dalam rumah itu dan segera melaporkan kepada Balai Polis Magetan.
Sumber: Kompas TV |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ketua polis magetan, Lin Pelangi menyatakan bahawa, kali terakhir anak kepada si mati itu menghantar makanan ke rumahnya adalah pada sepuluh hari yang lalu.
Lin Pelangi
How sweet this name
Anyway...10 hr dh br smpi bau ke jiran
@ipes2 Komen sikit regarding thread dr psl bau mayat
|
|
|
|
|
|
|
|
penduduk hampir 300 juta. so mmg tak pelik bila ada yg mati pelik |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian wak ni, mati beragan dia.
Cuma kenapa anak dia tak hntr lagi nasi lepas tu?
Apa wak ni, makan sebulan sekali je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih for the tag supernat.
kilang process kulit ya, supernat? tanning factory ya? busuk sangat tu supernat. tu untuk buat supply kulit kepada syarikat2 kulit yang hantar ke overseas untuk buat kasut2 kita dan car seats mahal lah tu agaknya. kalau begitu mesti busuk kilang sebegitu; tanpa mayat orang itu pun memang sudah sedia membusuk, kan? tentu kadar cadaverines, putrescine dan skatoles nya tinggi tetapi bau kulit2 itu tentu cover. 10 hari lepas beri makan? alah lama nya.
ni link pasal bau mayat manusia if sesapa berminat.
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1201209&highlight=bau%2Bmayat
|
|
|
|
|
|
|
|
ipes2 replied at 4-6-2020 04:35 AM
terima kasih for the tag supernat.
kilang process kulit ya, supernat? tanning factory ya? busuk s ...
Sy pun pk mcm tu jgk
Kilang kulit
Harus bau busuk
No wonder lh dh 10 hr br jiran2 dpt detect bau lain dr bau kulit
|
|
|
|
|
|
|
|
Cmnela bole anta makanan kt bapak cume sangkut kt pintu aja..pehal x jenguk skali.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah ajal dia nak buat macam mana, salam takziah kepada keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
kan? logic lah lama tidak dijumpai.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|