CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20557|Reply: 355

[Tempatan] PKPB: Sambung lagi atau tamat 9 Jun? Yang gaji tak terjejas sokong sambung lagi

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Sambung atau tamat PKPB?
Amir Abd Hamid
1 hour ago


Adakah kerajaan perlu melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun depan?

Itu persoalan mungkin bermain di minda segenap lapisan masyarakat Malaysia yang mendapat impak langsung virus pandemik Covid-19.

Hakikat harus diakui bahawa majoriti penduduk sudah semakin dapat mengadaptasi sebahagian normal atau kelaziman baharu dalam kehidupan seharian.

Contoh mudah, rata-rata kekok jika tidak menggunakan pelitup muka ketika keluar rumah untuk apa saja tujuan termasuk membeli barangan keperluan

di pusat membeli-belah, makan

di restoran, mendapatkan rawatan di hospital atau beriadah.

Tahun 2020 sudah memasuki bulan Jun dan jumlah pesakit direkodkan positif dijangkiti Covid-19 mencecah enam juta orang di seluruh dunia yang bermakna secara purata satu juta dijangkiti setiap bulan.

Untuk rekod, di negara ini PKPB bermula 4 Mei lalu menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac.

PKPB memberikan kelonggaran beberapa sektor beroperasi semula bagi menggerakkan ekonomi negara. Sejauh mana keputusan tamat atau sambung PKPB memberikan implikasinya terhadap kehidupan dari aspek kesihatan, ekonomi dan sosial?

Pakar sosial Profesor Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, sebagai masyarakat keutamaan adalah keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan secara keseluruhan.

"Bagi saya tarikh tamat adalah relatif. Apa yang paling penting kepastian apabila kita tidak melanjutkan PKPB adalah jaminan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.

"Sekiranya keadaan itu tidak dapat dipastikan secara komprehensif atau yakin maka adalah wajar untuk pihak kerajaan mempertimbangkan melanjutkan PKPB.

"Kita sudah berada dalam landasan tepat, sekiranya kerajaan merasakan PKPB perlu dilanjutkan, dimohon masyarakat bersabar dan memahami rasional mengapa demikian," katanya.

Mengenai kelaziman baharu, jelasnya, dalam konteks sosial apabila perkara baharu diperkenalkan memang akan mendapat bantahan pada mulanya.

Tetapi apabila ia dibuat selalu dengan justifikasi mengapa dan kenapa dihuraikan berulang kali, dalam masa tertentu masyarakat akan menerima dan mengadaptasi perbuatan itu dan akhirnya ia menjadi satu perkara biasa.

Penganalisis ekonomi, Prof Dr Mohamad Hanapi Mohamad berpendapat Malaysia sudah boleh bersedia untuk menamatkan PKPB dengan kawalan kendiri.

"Prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), patuhilah dengan kawalan kendiri yang tinggi.

"Aktiviti ekonomi perlu diteruskan dan dipacu dengan cara baharu. Contoh mudah, bagi yang pergi berkebun, buat bendang, ke laut, dusun tetapi cara jual beli hasil sudah tidak seperti dahulu.

"Saya nampak positif ruang besar ekonomi dalam talian dan digital. Malah sejarah gergasi e-dagang China, Alibaba ia 'meletup' selepas epidemik Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) sekitar 2002 hingga 2003," katanya.

Bagi pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM) yang juga Pakar Virologi Prof Dr Sazaly Abu Bakar berpandangan PKPB mungkin perlu ditambah tempoh dua minggu lagi dengan banyak lagi sektor boleh dilonggarkan sekatan.

Ini katanya, untuk memastikan tiada lagi kelompok pembawa virus yang tersorok atau kes sporadik tidak diketahui punca tersebar dalam komuniti.

Apa pun, pastinya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kira setiap sudut pandangan sebelum mengumumkan sebarang keputusan kolektif untuk menyambung atau menamatkan PKPB selepas 9 Jun ini.

Walaupun beliau dikuarantin 14 hari sejak 22 Mei lalu namun segala perkembangan terkini Covid-19 dilaporkan secara terperinci Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Penulis Wartawan Harian Metro

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 09:06 AM | Show all posts
sejujurnya, aku prefer untuk bekerja dah boleh masuk office...  sebab boss2 aku ni menggila meroyan semenjak pkp...  diorang ni sejenis nak staff depan mata aje...  kat opis meroyan jugak tapi tak seteruk sekarang ni...  baik bos jantan, boss perempuan, sama2 meroyan cam menopause...  anak2 aku yang stress terkurung ni takde la meroyan seteruk ni...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:11 AM | Show all posts
sambung pkp sampai ke akhir hayyat..sampai corona 0 kes
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg gaji jalan tu harussss la sokong...
Makan tidurr vera cangkung.. ala kangkung!

Dengo citer cikgu skolah rendah la hepi.. sekolah xde sampai nx year. Ajo bebudak pun guna WA sajork..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
I suka masuk kerja. Tapi i harap ada kelonggaran dari segi masa and tempoh berada di office/sites. Bila masuk kerja baru ada duit boleh beli barang. Selagi tak masuk kerja rasa risau nak membeli barang berkehendak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku gaji jalan mcm biasa sepanjang PKP & PKPB. Bagi aku kalau baik utk rakyat aku sokong.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada bc kt tv, 10jun dah boleh start shooting drama dan iklan.
So tamat la pkp kn.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2020 09:48 AM | Show all posts
Pelanjutan PKP dibincang Sabtu
4 June 2020

KUALA LUMPUR – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan membincangkan pada Sabtu sama ada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tamat pada 9 Jun akan dilanjutkan.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, beliau tidak mahu membuat spekulasi mengenai pelanjutan PKP, tetapi menegaskan bahawa keputusan akan dibuat berdasarkan cadangan Ketua Pengarah Kesihatan serta keadaan wabak semasa.

“Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan mempengerusikan mesyuarat MKN.

” Selain isu pelanjutan PKP, prosedur operasi standard (SOP) untuk pusat kecantikan, kedai gunting rambut dan pasar malam juga akan dibincangkan. Perniagaan akan dibenarkan selepas SOP disiapkan,” katanya kepada Sinchew Daily.

Selain itu, mesyuarat Kabinet telah ditunda dari Rabu ke Khamis pada minggu ini memandangkan Rabu merupakan hari kuarantin terakhir untuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin dijangka kembali ke pejabat pada Khamis dan akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 09:55 AM | Show all posts
boleh je tamatkan pkpb..tapi rakyat kena patuh sop..geram jugak ada forumers yg ngaku keja gomen laki bini gaji full dok kampung sedangkan ramai kat luaq sana masih tak cukup makan, kena buang keja...saja nak burukkan org gomen..padahal banyak jabatan kerajaan dah bukak pun..at least 75%
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 4-6-2020 09:11 AM
sambung pkp sampai ke akhir hayyat..sampai corona 0 kes

Amboiiii...xbosan ke berkurung lama2 nnt?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tmn umah aku dah mcm back to normal. Peniaga nasi lemak kuih muih tepi jln dah buka gerai blk. Tp so far masih amalkn social distancing baik kt restoran or pasar. Parents pon dah bawa anak2 main kt playground.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat bersyarat jelah... i x sabar nk tolong industri perhotelan n perlancongan ni..so bg rentas negeri..ramai2 g bercuti dlm negara
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari ni KPM akan bagi SOP kembali ke sekolah.

Akak dah stenbai kuih raya nak bawak gi sekolah, kot2 disuruh datang minggu depan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:04 AM | Show all posts
boleh sambung PKPB.. tapi dengan kebenaran hampir kesemua sektor.. yang mana takde melibatkan perhimpunan awam tak terkawal.. boleh bukak..

untuk pub ke... casino ke.. takleh bukak lagi.. sebab situ tak boleh nak kawal.. once dah mabuk.. segala SOP ko langgar.  Takat kedai2 makan.. penjaja.. boleh la bukak semuanya.. itu pon.. majority tapau.. budaya baru dah tak kuasa nak dine in.. unless ko bekerja.. n makan lunch..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Court dah mula keluarkan tarikh2 perbicaraan lepas 9 jun ni. Bermakna all back to normal
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah dah la tu
I nak travel
Dalam negara pun xpa
Meluat la dok sekat2
Eeeiiiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 4-6-2020 09:14 AM
Yg gaji jalan tu harussss la sokong...
Makan tidurr vera cangkung.. ala kangkung!


Untung jadi ckgu sekolah masa ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Beza pkpb ngan hari2 biasa tak boleh merentas negeri, kul 10 dunia dh gelap gelita sunyi sepi
Lain2 xda beza pun bagi ai
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 4-6-2020 10:13 AM
Dah dah la tu
I nak travel
Dalam negara pun xpa

Nak travel jg tp takut
X takut ke uols
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah dah buka.. taska dah buka.. dg pun dah nak bincang exit strategy.. motipp nak pkpb lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.073034 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list