CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8298|Reply: 84

[Tempatan] Normal baharu. SOP KPM setebal 34 mukasurat. Antaranya check suhu pelajar di pin

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by R2D2 at 4-6-2020 12:06 PM

Ringkasan

-pemeriksaan suhu badan di pagar sekolah

-waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.

-susunan meja bagi setiap kelas jarak 1 meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.

-pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah, arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.

-sebahagian guru akan ditempatkan di pusat sumber atau perpustakaan, bilik komputer, makmal bahasa dan makmal sains atau bengkel.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-6-2020 11:18 AM | Show all posts
Pemeriksaan suhu badan, makan dalam kelas antara garis panduan KPM
04/06/2020 09:27 AM

KAJANG, 4 Jun -- Pemeriksaan suhu badan di sekolah dan makan di dalam kelas pada waktu rehat antara kebiasaan baharu bakal diamalkan oleh pelajar apabila sekolah dibuka kelak.

Menteri Pendidikan Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata garis panduan itu menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah dan sekiranya mereka bergejala tindakan selanjutnya akan diambil.

"Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki, ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius...pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.

"Setiap sekolah juga memang kena ada bilik isolasi iaitu jika pelajar menunjukkan sebarang gejala maka mereka akan dibawa ke sini dan pihak sekolah selain menghubungi ibu bapa, juga akan berhubung dengan Pusat Kesihatan berdekatan untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas lawatan kerja bagi persediaan pembukaan semula sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Engku Husain, Semenyih, di sini, baru-baru ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Keselamatan Negara Mohd Rabin Basir dan Ketua Pengarah Pelajaran Dr Habibah Abdul Rahim.

Kebiasaan baharu itu antara kandungan dalam Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mula diedarkan kepada sekolah dan dimuat naik di laman sesawang kementerian itu hari ini.

Garis panduan setebal 34 muka surat itu dihasilkan secara terperinci dan menyeluruh bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sementara itu, Mohd Radzi berkata ibu bapa tidak perlu bimbang mengenai aspek penjarakan sosial ketika anak mereka di kantin memandangkan waktu rehat dijalankan secara berperingkat dan semua pelajar perlu makan di dalam kelas masing-masing.

"Pelajar perlu membeli makanan berbungkus dan mereka akan beratur mengikut garisan yang ditetapkan dengan jarak satu meter antara satu sama lain sebelum pulang ke kelas masing-masing untuk makan.

"Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak-anak berebut ke kantin kerana masa rehat akan dilaksanakan secara berperingkat untuk memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu...kita akan menjarakkan waktu rehat," katanya.

Bagi memastikan penjarakan sosial antara pelajar terjaga, Mohd Radzi menjelaskan susunan meja bagi setiap kelas mesti dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain.

Katanya, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain bagi membolehkan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan selamat.

Mengulas mengenai pergerakan pelajar dalam kawasan sekolah pula, beliau berkata arah laluan pelajar akan ditanda dengan anak panah bagi mengelakkan pertembungan berlaku.

Selain itu, katanya, guru-guru juga tidak perlu khuatir kerana mengikut garis panduan yang dikeluarkan, keselamatan dan kesihatan mereka turut dititikberatkan oleh kementerian.

"Guru-guru tidak perlu risau mereka akan bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana pihak sekolah perlu memastikan terdapat penjarakan sosial walaupun dalam bilik guru. Guru-guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata kementerian turut mengeluarkan garis panduan sama bagi pelajar tinggal di asrama iaitu katil mereka dijarakkan satu meter malah dewan makan yang disediakan turut menitikberatkan penjarakan sosial antara pelajar.

Menurut beliau, apabila sekolah dibuka pihaknya melihat pelaksanaan garis panduan itu dan sekiranya terdapat ruang untuk penambahbaikan, ia akan dilakukan bagi memastikan pelajar hadir ke sekolah mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam keadaan selamat.

"Kita amat berharap anak-anak nanti apabila datang pastikan penjarakan sosial itu sentiasa diamalkan di sekolah dan sepanjang perjalanan mereka datang dan balik dari sekolah," kata Mohd Radzi.

-- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 tak boleh mai lambat la.. Karang kantoi.. Cikgu tunggu kat pagar sekolah nak ambik suhu budak2
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:41 AM | Show all posts
  reality vs teori

tengok nanti result sama ada improvised atau sukar di laksanakan..

roket apollo nak ke angkasa lepas perlukan 90 000 adjustment baru sampai.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:41 AM | Show all posts
Mula nak dilaksanakan nanti mungkin ada isu dan cabaran seketika tapi selepas dah terbiasa nanti pasti tak ada masaalah lagi untuk ikut sop
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian budak2.. dah tak boleh nak bergurau peluk2 kawan. Duduk pun jauh2.. silap2 kawan baik duduk kelas lain. Agaknya stress tak masa belajar tu? Sedangkan time sebelum normal baharu pun sesetengah budak susah pelajaran nak masuk otak. Semoga dipermudahkan la semuanya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-6-2020 11:54 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-6-2020 11:41 AM
reality vs teori

tengok nanti result sama ada improvised atau sukar di laksanakan..

spaceX punya roket ada isu adjustment tak?
aku baru nk start follow channel space ni


Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:54 AM | Show all posts
nanti tgk la gang2 tonyok akan komplen.....the gov should bla bla....the gov shdnt bla bla bla
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa replied at 4-6-2020 11:41 AM
Mula nak dilaksanakan nanti mungkin ada isu dan cabaran seketika tapi selepas dah terbiasa nanti pas ...

Tul sis..memula sure byk pro and cons. Ada jelah nanti yg tak kena serba serbi nk hentam. Tapi lama2 dibiasakan..dan diamalkan..insyaallah mesti ok bdk2 ni. Cuma kena letakkan skit kepercayaan pada government tuk handle sop gini...buat pembaharuan ni. Sgt mustahil nk tunggu zero covid19 baru nk buka skolah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Artoo, mana nak dpt dokumen sop ni? Dah cari dalam portal kpm, tapi xde.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2020 12:07 PM | Show all posts
bharianmy
@bharianmy

Sebahagian guru ditempatkan di perpustakaan, bilik komputer, makmal bahasa, makmal sains, bengkel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2020 12:15 PM | Show all posts



belum ada lagi



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
karang dgr la cikgu komplen. .. keja depa la paling susah dlm dunia ni,kerja org lain senang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:28 PM | Show all posts
jadi semua students akan back to school atau hanya F5 dan F6 cam diwar2kan seblm ni

rs risau mikir anak2 akan msk school tambah lg si anak bujang tu
kena bekalkan mask, hand sanitizer juga wet tissue serta plastic jd xde buang wet tissue tu merata2
kena sediakan bekal juga ni jd x perlu nk ke canteen utk beli mknan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 12:31 PM | Show all posts
Budak bergejala tu nnt isolate tu, agak bahaya jg, sbb bercampur2 jgk nnt.
And confirm xde cikgu yg nk jaga.
Huhuhuhu.
Yes, kerja cikgu x susah.
But setiap kerja ade cabaran.
Maybe sbb cikgu ramai kt Malaysia, so suara lg besar,
Walaupun hakikatnye suara tu jarang di layan.
Xpe cikgu2.
Kite slow2, ikut ape yang disarankan.
If rase ade masalah, suarakan terus, sbb yang menghadap, kita.
Supaya dapat diperbaiki mana2 yang perlu diperbaiki.

Mana ye SOP penuh.
Tgh fikir waktu datang n balik ni.
Nk kawal crowd.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku terfikir aje skrg, mcm sekolah anak2 aku yg memang x ada extra kelas, depa nak jarakkan macam manalah nanti normal sblm pkp mmg 1 kelas kena share antara sesi pagi & petang. Purata 1 kelas dlm 35 murid. 1 hal lagi, kat sekolah dah berjarak2 dlm bas sekolah pulak nanti macam mana??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena guna banyak bilik untuk implement social distancing. 1 classroom selalunyer untuk 40students da kena kecilkan jadi below 20...guru pun kena double ler..... dulu 40students 1 guru...now below 20 students 1 guru
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari2 biasa sebelum ni ada je budak demam dtg jugek ke sekolah. Pagi2 dh masuk pjbt mtk guru bertugas antar hospital.. sbb parents bz kerja.. atau tkde kenderaan nk.antor.
Bukan ler nk berkira.. tp  meninggalkn klas dgn budak 30 org semata2 antar pljr ke hospital.. mmg menyentapkn. Klas kita tertinggal..
Budak sakit nk diuruskan.. lain ler kes kecemasan berdarah2 jatuh longkang ke.. kna cermin tingkap ke..
Turn tugasan guru penyayang kat pagar mmg buat kita serba salah.. dh nmpk budak sakit.. rasa mcm nk halau balik rumah. Tp bila budak harapkn kita antar ke hospital.. tk sampai hati tgk dia nangis2.
Ni kalo dari awal suhu dah tinggi.. mmg cgu lah yg antar budak ni balik rumah.
Sudahnya jd kluster cikgu..
Tk sampai hati tgk budak nangis2 ni.. dah skolah menengah pun mmg nk manja dgn cgu.. lebih2 lama tk jumpa ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 4-6-2020 01:16 PM
Hari2 biasa sebelum ni ada je budak demam dtg jugek ke sekolah. Pagi2 dh masuk pjbt mtk guru bertuga ...

Banyak kes mcm ni. Parent tinggalkan anak demam kat sekolah, lepas tu matikan/silent telefon. Waktu balik amik mcm biasa buat muka takde apa2. Amik cepat takpe, ni budak darjah dua dia amik pukul 3.30 ptg. Budak perempuan lak tu. Demam panas budak tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
ini kalau budak2 sekolah rendah ni maunya depa nak ikut arahan letak la meja jarak semedanh pun tetap meyinggah meja kawan comel je budak2

iol tahu arahan ni bukan utk budak sekolah rendah,saja je sebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.079902 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list