CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25607|Reply: 197

Pierre Andre kemana menghilang?

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 03:31 PM | Show all posts |Read mode
'Pierre kecewa...'  Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
bhhip@bharian.com.my





KUALA LUMPUR: Biarpun tidak pernah terpacul daripada mulut Pierre Andre bahawa dirinya kecewa dengan dunia seni, namun, naluri keibuan Khatijah Tan kuat menyatakan ada sesuatu yang tersirat dalam diri anak sulungnya itu.
Pelakon Khatijah Tan memberitahu, Pierre menerima banyak tawaran termasuk mengarah drama, filem dan menulis skrip selama ini.
Namun, setakat ini, anaknya masih belum terbuka hati untuk kembali aktif.
"Pierre selesa dengan kehidupan bersama isteri dan anak perempuan mereka yang berusia empat tahun.
"Mereka masih menetap di Kuala Lumpur dan Pierre sibuk menguruskan perniagaan atas talian.
"Saya pernah bertanya apakah dia merajuk dengan industri seni. Namun, Pierre menafikannya.
"Pierre cukup misteri... Dia sukakan kehidupan sekarang yang lebih 'low profile'.
"Tapi saya tahu, dia masih sayangkan bidang perfileman. Setiap kali pulang ke Ipoh, kami akan meluangkan masa menonton filem antarabangsa," katanya kepada BH Online.
Selain gemar menonton filem, Khatijah berkata, Pierre masih menunjukkan minat dalam bidang pengarahan.
Sesekali Pierre mengarahkan filem pendek untuk saluran YouTube keluarga mereka iaitu Andre Brothers.
Antara filem pendek pernah dihasilkan berjudul Loceng menampilkan mereka sekeluarga temasuk adik, Mikail Andre.
Bagaimanapun, menurut Khatijah, saluran berkenaan diwujudkan sekadar 'suka-suka', bukan mengejar wang.
Pierre, 35, mula meraih populariti selepas muncul dalam filem Gol & Gincu pada 2005.
Watak sebagai Reza dalam filem itu melonjakkan namanya dalam dunia perfileman.
Namun, pada 2016, selepas mengarahkan filem Kecoh Primadona Kena Hantu yang turut menampilkan Khatijah, Pierre perlahan-lahan berundur.
Pierre juga tidak aktif di laman sosial menyebabkan ramai tertanya-tanya ke mana menghilangnya pelakon dan pengarah berbakat besar itu.
Khatijah pernah mencadangkan Pierre terus mengarah kerana dia bekerja sendiri dan tidak terikat dengan majikan.
"Tetapi Pierre beritahu belum masanya lagi. Saya rasa ada perkara yang membuatkan dia kecewa tapi dia tak mahu luahkan.
"Tapi sebagai seorang ibu, saya dapat merasakan dia kecewa. Dia mengundur diri bukan sebab merajuk dengan sesiapa.
"Dia kecewa kerana tidak berjaya memberi sesuatu kepada industri. Paling dia kecewa melihat nasib rakan-rakan di belakang tabir yang tidak menerima bayaran setimpal.
"Pierre pernah beritahu, dia kasihan dengan mereka kerana kerja di sebalik tabir tampak glamor, tetapi hakikatnya mereka hidup 'kais pagi makan pagi'.
"Perkara itulah yang membuatkan dia paling sedih," katanya.
Khatijah mendedahkan dia pernah memberitahu anaknya 'protes' senyap yang dibuat tidak akan mengubah apa-apa.
Namun, Pierre masih tetap dengan pendiriannya.
"Bagi saya tindakan protes secara senyap tidak membawa kebaikan. Bagi saya, apa yang penting adalah memastikan kita dapat meneruskan kelangsungan hidup.
"Lagipun, tiada siapa yang akan ingat dan mengenang kita selepas kita pergi," katanya.
Berkongsi mengenai kerjaya seninya pula, Khatijah memberitahu, dia masih aktif berlakon dan tidak merancang mengundurkan diri.
Bagaimanapun, pada usianya yang mencecah 59 tahun, Khatijah agak selektif memilih watak kerana enggan digelar 'stereotaip'.
Apatah lagi sejak lima tahun lalu, dia bersama suami memilih menetap di Ipoh, Perak. Lantas, Khatijah lebih selesa menerima tawaran telefilem berbanding drama rantaian.
Khatijah berkata, dia memilih naskhah yang menawarkan upah berbaloi kerana perlu berulang-alik ke Kuala Lumpur.
"Alhamdulillah, pengarah seperti Heykal Hanifah, Rashid Sibir, Othman Hafsham dan Datuk Yusof Haslam antara mereka yang sangat menghargai pelakon lama seperti saya.
"Bersama mereka, saya tidak perlu pening kepala bertanya mengenai bayaran.
"Bagi produksi yang saya tidak pernah bekerjasama, saya pastikan tawaran tidak merugikan dan merendahkan martabat saya sebagai pelakon," katanya.






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Selain Pierre, geng dunia baru yg dah lama menghilang ni Pon same..si tajul...suka dorg berlakon dulu..kaf ba ro kaf alif ta nun

  
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:47 PM | Show all posts
tu gambar terbaru pierre andre ke?? dah ghope pakcik tabligh pn ada..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 4-6-2020 03:45 PM
Selain Pierre, geng dunia baru yg dah lama menghilang ni Pon same..si tajul...suka dorg berlakon dul ...

tajul ada gk berlakon kdg2...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 4-6-2020 03:45 PM
Selain Pierre, geng dunia baru yg dah lama menghilang ni Pon same..si tajul...suka dorg berlakon dul ...

dia ni muka xsesuai jadi pelakon. sesuai jadi executive kewangan/banker taktau kenapa dari dulu rasa camtu hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
pierre ni start menghilang lps kes maya darina khueeen
kecoh gila masa tu
heshe tgh direct film jangan tegur
lps dh diperbodohkan maya darina,heshe buat ending film jgn tegur tu pun ntah hapa2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Adiffffff.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
utk tak ot, xpe la pierre. berehatlah lama2. kau kalau belakon wajib kena ada subtitle. kalau tak satu hape tak paham.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 04:05 PM | Show all posts
haritu ada citer masak2 kat tv3. mak dia dgn adik dia.
hujung2 tu ada la dorang makan2 berjemaah. takde pun penampakan Pierre Andre ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya zaman dunia baru
Siri paling fresh masa tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:09 PM | Show all posts
itulah, nak kata tabligh elok je bini free hair
ni simpan jambang utk next movie come back kot
aku pon peminat tegar dunia baru
zaman almy nadia berpinggang 24inci ...
ooohhh lama nya zaman tu, mcm zaman dinasour
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:12 PM | Show all posts
asal tgk khatijah tan je memang aku teringat dunia baru...

kaf ba ro ka tan

best la dunia baru dulu

pierre merajuk psl kna troll pasal awek maya dia tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah! I suka sgt pierre dlm gol dan gincu.watak dia pair dgn faz sesuai sgt.gol dan gincu keluar zaman kitaorg tgh hype dgn futsal.shooting pon tmpt kitaorg training.tu yg feeling lebih2 nonton cite ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpa la.berlakon pun tak best mana
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
lama dah x ulang cite dunia baru...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_strangers replied at 4-6-2020 03:45 PM
Selain Pierre, geng dunia baru yg dah lama menghilang ni Pon same..si tajul...suka dorg berlakon dul ...

Eh tajul! I suka dia. Rambut dah tak kerinting dah. Rindu lak dunia baru.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 4-6-2020 04:07 PM
Bestnya zaman dunia baru
Siri paling fresh masa tu

Meols pun peminat dunia baru. Jaman tu tgk download2 siap pass pass kat member lagi. Dah mcm cerita korea
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
merahrose replied at 4-6-2020 03:59 PM
tajul ada gk berlakon kdg2...

Tajul ada jugak belakon sesekali meols nampak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols harap ada la cite dunia baru reunion. Ke dah ada meols taktau. Meolsn ak tgk gandingan prince qiqi (betul ke nama baru dia) dgn anne ngasri. Kot2 la anak dorg dah masuk sekolah rendah kalau ikutkan umor series ni. Gitchew
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 04:30 PM | Show all posts
miss_strangers replied at 4-6-2020 03:45 PM
Selain Pierre, geng dunia baru yg dah lama menghilang ni Pon same..si tajul...suka dorg berlakon dul ...

Hai Tajolll
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.834518 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list