CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9906|Reply: 114

[Tempatan] Penangan PKP. Penyewa lesap, rumah rosak

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 05:47 PM | Show all posts |Read mode
Penyewa lesap, rumah ditinggal rosak
4 Jun 2020


Paparan Twitter Ain Nabila tular di laman sosial.



RAWANG - Seorang pemilik rumah sewa di Telipot dekat sini kecewa dengan sikap penyewa yang meninggalkan rumahnya dalam keadaan rosak dan kotor.

Gambar rumah sewa yang rosak dan dipenuhi sampah itu tular di laman sosial selepas dimuat naik anaknya.

Ain Nabila Natasya, 22, berkata, rumah itu milik ibunya, Khalijah Chek, 57, yang disewakan kepada sebuah keluarga tempatan sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, memandangkan ibunya menetap di Ampang, wang sewa rumah sebanyak RM400 sebulan akan dimasukkan ke akaun bank ibunya.

“Pada mulanya, kami tidak tahu keadaan rumah sewa ini namun semuanya terbongkar selepas jiran rumah sewa itu menghubungi ibu dan mengatakan rumah tersebut telah kosong.

"Saya dan ibu segera ke rumah itu dan mendapati keadaan rumah sangat menyedihkan, dinding habis kena conteng, singki, pintu belakang, pintu bilik habis pecah dan barang-barang bersepah," katanya.

Ain Nabila berkata, penyewa itu dipercayai mengosongkan rumah berkenaan sejak September tahun lalu dan tidak membayar sewa sejak Mei lalu.

"Ibu saya dianggarkan mengalami kerugian RM4,000 akibat kerosakan ini," katanya.

Katanya, buat masa ini rumah itu akan dibaik pulih dan kemungkinan tidak disewa lagi.

"Kami sudah serik untuk sewakan rumah ini, buat masa ini hanya fikir untuk baik pulih rumah sahaja. Bimbang perkara sama berulang.

"Namun jika ada rezeki memiliki penyewa baru, kami akan tapis, selidik latar belakang mereka terlebih dahulu," katanya.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols ada baca dkt fb katanya yang penyewa sblm ni begaduh laki bini smp sliding door pun pecah
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 05:51 PM | Show all posts
Ladycarefree ---->>> BARUA CINA DAP KOMUNIS ,RBA berbayar untuk buat provok halus terhadap orang Melayu dan Islam demi memesongkan  kebenaran .

cara halus supaya ramai terikut-ikut saranan komen dia.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
telipot sabah?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 05:56 PM | Show all posts
Jarang nak dapat penyewa yang jaga rumah sewa macam rumah sendiri,  Rata2 tak peduli dengan barang2 dalam rumah sebab bukan mereka yang beli.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami sebelum kawin dia sewakan rumah kat budak bujang kerja petronas habis dapur hancur korang masak bom ke apa hari-hari.

Kalau dah kawin dgn iol memang tiap2 bulan la iol spotcheck lantak la depa nak kata iol mcm ahso kecoh ke apa. Ni dah hancur dapur iol gelakkan je la kat laki iol. Percaya sgt kat diorang. Toilet pun tersumbat teruk. Masak bom makan bom berak pun bom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sewakan rumah kat orang ni ikut rezeki masing2...
Dapat penyewa yang baik, rezeki.
Dapat penyewa from hell, anggap je bukan rezeki.
I pernah dapat penyewa tak bagus tapi tak boleh dikategori sebagai from hell lagi.. itupun dah memeningkan.
Sekarang i dapat penyewa bagus. Dah 5 tahun lebih menyewa takde masalah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 4-6-2020 06:02 PM
Suami sebelum kawin dia sewakan rumah kat budak bujang kerja petronas habis dapur hancur :shakehead3 ...

I pelik dengar sinki pecah pintu pecah bagai..orang msia byk sakit mental kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak ada agreement ke or at least amik I/C penyewa tu? Tapi kat Rawang memang banyak rumah kosong.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 4-6-2020 06:16 PM
I pelik dengar sinki pecah pintu pecah bagai..orang msia byk sakit mental kot..

Kan? Begaduh kot so hentam pintu dinding sink nak tunjuk garang? Hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:30 PM | Show all posts
mcm sayg plak nak sewakan rumah klu dah reno cantik2...dpt penyewa from hell mmg nanges...
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 4-6-2020 05:51 PM
Ladycarefree ---->>> BARUA CINA DAP KOMUNIS ,RBA berbayar untuk buat provok halus terhadap orang Mel ...

Kau meroyan knp Hannah.....

Ramai je yg dah bergasak dgn LadyCareFree tu...aku pun hari tu dia sindir sindir gak kat thread ebit Liew tu......mod locked thread, aku pun moved on.....malas  nk pjg pjgkn cite....kang putus urat leher, aku jugak yg susah.....

Kau pun jgn kisahkn sgt lah Hannah....kekdg aku suka gak baca makian kau kat sesapa yg tak betul....tapi klu kau meroyan kat semua thread pasal LCF ni, dah mcm spammer minyak kelapa dara le pulak......dah lah, tak best jadi minyak kelapa dara versi LCF......
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
HannahMontana replied at 4-6-2020 05:51 PM
Ladycarefree ---->>> BARUA CINA DAP KOMUNIS ,RBA berbayar untuk buat provok halus terhadap orang Mel ...

sabar wahai anak muda
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:00 PM | Show all posts
Mungkin lepas ni owner rumah boleh pakai ejen untuk menguruskan penyewa ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
becir replied at 4-6-2020 06:16 PM
I pelik dengar sinki pecah pintu pecah bagai..orang msia byk sakit mental kot..

Katanya kuat gaduh laki bini

Kalau gaduh selalu gitu la terajang pintu, kerusi meja. Kadang anak2 main hempas pintu
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada sorang member ni penulis buku hit pasal menyewa sublet. Syahman Abu Hasan
Bolehlah baca tentang selok belok dan agreement. Dulu arwah mak heshe buat sublet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 4-6-2020 06:13 PM
Sewakan rumah kat orang ni ikut rezeki masing2...
Dapat penyewa yang baik, rezeki.
Dapat penyewa f ...

Pengalaman meols dpt tuan rumah sblm ni sgt bagus, 5thn meols sewa tak penah dia followup duit sewa kalau rosak apa2 cpt2 dia dtg, sbbnyaa dia penah experience sewakan dkt org2 berkeluarga habis dinding kena conteng. Pintu kena kopak. Dah msk tahun ke 6 br dia naik kan sewa rumah tu pn rm100 sbb dah tukar pemilik pegi anak dia. Nak dpt tuan rumah yg bagus pun susah. Nasib sbnrnya kan
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 07:43 PM | Show all posts
sbb tu kena minta deposit,pastu kena ade surat itam putih,
sebulan tunggak terus serbu...
kalau rumah pecah potong dari deposit,
jgn kesian sgt kat org,biz tetap biz
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyewa rumah saya lg  la, dia dah pindah bln 1 lagi, sewa tak bayar. Dia bagi warga asing sewa.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:26 PM | Show all posts
rumah iols pun kena nasib sama... sewa kat indon
tak pepasal kena bayar cleaner cucikan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.074781 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list