CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1479|Reply: 12

[Dunia] PBB tuduh negara Asia sekat kebebasan bersuara ketika pandemik.

  [Copy link]
Post time 4-6-2020 05:52 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 4-6-2020 01:57 AM

UNIA»Eropah
Rabu, 3 Jun 2020 | 10:55pm














Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet. - Foto AFP

PBB tuduh negara Asia sekat kebebasan bersuara ketika pandemik





GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini memberi amaran kepada China dan negara Asia Tenggara lain yang mengekang kebebasan bersuara dan mengetatkan tapisan dengan menjadikan krisis COVID-19 sebagai alasan.

Ketua Hak Asasi PBB, Michelle Bachelet, dalam satu kenyataan menyuarakan kebimbangan kerana penapisan maklumat diperketatkan di beberapa negara berikutan pandemik virus itu.

"Individu yang mengkritik cara kerajaan tertentu mengendalikan krisis ini ditangkap secara sewenang-wenangnya, malah sesiapa yang berkongsi maklumat serta pandangan mengenai pandemik COVID-19 turut ditahan.

"Penahanan kerana menyuarakan rasa tidak puas hati atau didakwa menyebarkan maklumat palsu sosial dilaporkan di Bangladesh, Kemboja, China, India, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Nepal, Filipina, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam," katanya.

Tambah Bachelet, beliau mengiktiraf keperluan untuk hadkan maklumat yang berbahaya bagi melindungi kesihatan awam, atau sebarang hasutan kebencian terhadap kumpulan minoriti.

Namun, beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh menjadi alasan bagi melakukan tapisan secara sengaja atau tidak sengaja.

"Walaupun kerajaan mungkin memiliki kepentingan yang sah dalam mengendalikan penyebaran maklumat salah dalam konteks tidak stabil dan sensitif, ini harus sejajar serta melindungi kebebasan bersuara.

"Krisis ini tidak boleh digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat atau aliran maklumat dan perdebatan yang bebas," katanya.

Dalam kenyataannya, beliau turut menyenaraikan masalah di setiap negara Asia yang dikenal pasti.

Bagi China, pejabat hak asasi PBB mengatakan sudah menerima maklumat mengenai berpuluh kes berkenaan profesional perubatan, akademik dan warga biasa yang ditahan.

Beberapa individu lagi didakwa kerana menyiarkan pandangan atau maklumat berkaitan COVID-19 atau mengkritik tindak balas kerajaan terhadap krisis sedang berlaku.

"Kes-kes ini membabitkan dua siswazah yang dilapor ditahan pada April lalu kerana memuat naik dalam talian sebagai kandungan laman sesawang berkaitan wabak COVID-19 di China," katanya.

Sementara itu, di India, beberapa wartawan dan sekurang-kurangnya seorang doktor didakwa atas kritikan awam terhadap tindak balas pihak berkuasa terhadap krisis COVID-19.

Di Indonesia pula, sekurang-kurangnya 51 orang dilaporkan disiasat mengikut undang-undang jenayah fitnah kerana didakwa menyebarkan berita palsu mengenai wabak COVID-19.

Manakala di Kemboja, menurut pejabat hak asasi, pihaknya merekodkan penahanan 30 orang termasuk seorang gadis berusia 14 tahun susulan komen awam dan siaran media sosial yang berkaitan COVID-19.

"Pada masa ketidakpastian yang luar biasa ini, profesional perubatan, wartawan, pembela hak asasi manusia dan masyarakat umum harus dibenarkan menyatakan pendapat mengenai topik berkaitan kepentingan awam.

"Perdebatan ini sangat penting bagi negara-negara untuk bangkit kembali lebih baik selepas krisis," katanya. - AFP

https://www.bharian.com.my/dunia/eropah/2020/06/696067/pbb-tuduh-negara-asia-sekat-kebebasan-bersuara-ketika-pandemik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 05:59 PM | Show all posts
FUCK YOU Michelle Bachelet !!!!!!!!!!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tu kena buat bodo ke pada yg sebar berita palsu
Makcik ni suka kena tipu ke, kami xsuka
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo ? Hak kebebasan bersuara ujong2 rakyat kau yg plg ramai kojol.

Ttbe teringat lawak Kumar Singaporean. Dia punya show kena restriction below 18. Pstu dia cakap ujong2 abortion rate below 18 plg high dekat singapore
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehh nenek tua ni, mana bukti bagi sini tunjuk!
Negara ko tu lagi teruk kaji lah.
Yang rakyat puas hati dgn gov masing2 takda pulak ko cakap kan..
Dasar bangsa perasan..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:34 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 06:50 PM | Show all posts
acik chile, sedar2 la diri tu sikit...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 06:53 PM | Show all posts
hek eleh mula bunyi , mula dah , dah start bunyik balik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 08:02 PM | Show all posts
Apo bincek eh acik chile ni nak meroyan hal kek sini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu ko positif nnt guna la hak asasi manusia kau tu.. tgk bape lama tahan duk dlm wad
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa lagi bawang rangers. Serang~~~
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn semua perkara perlu/bersesuaian ikut 'ACUAN' Barat....sb itu ada pepatah budaya barat vs budaya timur.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:40 AM | Show all posts
Jangan jadi macam AS, sampai rakyat yang hancurkan negara sendiri.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 07:02 PM GMT+8 , Processed in 0.110142 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list