CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 690|Reply: 1

[Dunia] Trump dituduh cuba memecah belah penduduk Amerika.

[Copy link]
Post time 4-6-2020 06:15 PM | Show all posts |Read mode


Presiden Donald Trump dikatakan pemimpin yang tidak matang. - Foto AFP

Trump dituduh cuba memecah belah penduduk Amerika




WASHINGTON: Bekas ketua Pentagon, Jim Mattis, semalam menyelar bekas majikannya, Presiden Donald Trump dan menuduh lelaki itu cuba memecah belah penduduk Amerika, selain gagal menampilkan pentadbiran yang matang, susulan bantahan berleluasa di negara itu.

Mattis, yang meletak jawatan pada Disember 2018, berikutan arahan Trump agar tentera Amerika Syarikat (AS) berundur sepenuhnya dari Syria, turut melahirkan sokongan kepada tunjuk perasaan anti perkauman itu.

"Donald Trump ialah presiden pertama dalam sejarah hidup saya yang tidak pernah cuba menyatukan penduduk Amerika, malah langsung tidak mahu mencuba.

"Beliau sebaliknya cuba memecah belahkan kita," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan secara atas talian oleh The Atlantic.

Jeneral Marin itu sebelum ini berkata, adalah tidak wajar baginya untuk mengkritik seorang presiden yang masih berkuasa.


Jim Mattis. - AFP

"Kita sedang menyaksikan kesan buruk akibat pemerintahan yang tidak matang selama tiga tahun," katanya.

Mattis menggambarkan dirinya sebagai marah dan terkejut selepas menyaksikan insiden minggu lalu, apabila Trump mengancam untuk melancarkan operasi ketenteraan seluruh negara, berikutan bantahan yang bertukar ganas di beberapa negara.

Kemarahan itu tercetus menerusi pembunuhan lelaki kulit hitam, George Floyd pada 25 Mei lalu oleh seorang anggota polis kulit putih, yang menggunakan lututnya untuk menekan leher mangsa selama lebih sembilan minit.

Kebanyakan tunjuk perasaan itu berlangsung dalam suasana aman, namun bertukar ganas di beberapa lokasi. - AFP


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 07:49 PM | Show all posts
elections depa bln november, kan?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.582941 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list