Beribu-ribu tahniah diucapkan pada Papagomo kerana telah dilantik untuk lantikan politik di Kementerian Dalam Negeri.
Ramai yang tidak tahu bahawa Papagomo pernah berkhidmat sebagai Polis Trafik sebelum ini sebelum beliau kantoi menerima rasuah dan dipecat.
Loading Tweet...
Namun kini di bawa pemerintan PM Ts Muhyiddin Papagomo yang sangat terkenal menjadi pembela melayu islam telah kembali ke KDN.
Ternyata PM Ts Muhyidin sememangnya seorang pemimpin yang bertimbang rasa dan memahami kesusahan rakyat. Di saat ramai yang hilang pekerjaan, hilang sumber pendapatan. Ts begitu bermurah hati menawarkan jawatan kepada Papagomo.
Tahniah sekali lagi buat TS PM dan Papagomo. Semoga negara akan bertambah maju dengan perlantikan ini.
entah apa yang silap...telinga aku ke atau mataku ke....ahaks!!...banyak lagi yang boleh dibaiki...tapi cari laa yang betul2 bagus....kalau dah ada rekod yang tak baik..apa salahnya cari yang lebih baik...benda recycle je yang digunakan....hadoi!!
KUALA LUMPUR: Polis hari ini mengesahkan individu bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dikaitkan dengan penulis blog ‘Papa Gomo’, adalah seorang bekas anggota polis.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman Facebook PDRM, Pengarah Pengurusan PDRM Mortadza Nazarene berkata Wan Muhammad Azri pernah bertugas sebagai konstabel dengan pasukan keselamatan itu selama 2 tahun.
“Dia pernah bertugas di Balai Polis daerah Ampang Jaya di antara 1 Julai 2002 sehingga 30 November 2004.
“Pada 31 Oktober, 2005, dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Ampang Jaya atas kesalahan jenayah. Dia kemudiannya didapati bersalah pada 6 September dan dijatuhkan hukuman,” katanya.
Mortadza juga berkata Wan Muhammad Azri telah dipecat dari pasukan polis pada hari yang sama.