CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 6

[Tempatan] Tak perlu halang katak politik. Bagi jawatan Menteri penuh atau Exco Negeri sure

[Copy link]
Post time 4-6-2020 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Tiada keperluan pinda perlembagaan untuk halang katak politik - Penganalisis
Dikemaskini Hari ini 8:25 pm

Kemelut politik pada Februari lalu telah mengubah lanskap politik negara apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang berkuasa tidak sampai sepenggal,  tumbang.

Selain pensejajaran semula gabungan parti politik baru, keadaan itu juga berpunca daripada tindakan ahli-ahli politik yang melompat parti.

Sebelum ini terdapat gesaan agar tindakan melompat parti dihalang dengan meminda perlembagaan dan undang-undang antilompat parti digubal di parlimen.

Bagaimanapun, beberapa penganalisis politik yang dihubungi Malaysiakini berpendapat perkara tersebut tidak sesuai dilaksanakan dalam negara yang mengamalkan demokrasi seperti Malaysia.

Penganalisis politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Shamsul Amri Baharuddin, berkata ahli politik berhak untuk memilih parti yang mereka kehendaki.

“Undang-undang antilompat parti tidak diperlukan dalam negara berasaskan demokrasi. Kita ada cara pemilihan (kerajaan) dan ia berdasarkan majoriti ahli parlimen, bukan parti.

“Anggota parlimen berhak pilih mana-mana parti untuk jadi ahli termasuk tidak sokong dan jadi ahli bebas,” katanya.

Selain itu wujud masalah untuk menguatkuasakan undang-undang berkenaan.

“Siapa nak kuatkuasa undang-undang ini? Polis? Polis sudah tak cukup tangan nak tangkap pencuri, penyamun dan pembunuh.

“Tidak ada waktu dan membazir tenaga nak tangkap politikus (ahli politik) yang jadi katak,” katanya lagi.

Penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani pula berkata undang-undang antilompat parti tidak memberi sebarang manfaat kepada rakyat dan hanya kepada ahli parti.

“Ia (undang-undang antilompat parti) bukan keutamaan buat rakyat tetapi lebih manfaat pada parti sahaja.

“Perlembagaan parti pula tak boleh dimasukkan perkara ini (undang-undang) kerana ia hanya berkenaan perjalanan urusan parti sahaja. Jadi bagi saya buat masa sekarang lompat parti masih sah disisi perlembagaan.

“[…] Oleh sebab itu, ia bukan suatu yang mendesak untuk dipinda sistem dan perkenalkan undang-undang baru mengenai ini,” jelasnya.

Krisis politik selama seminggu pada penghujung Februari lalu memaksa Dr Mahathir Mohamad ketika itu meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu, selepas tindakan presidennya, Muhyiddin Yassin mengeluarkan parti itu daripada PH.

Langkah itu turut disertai sekumpulan ahli politik PKR diketuai Azmin Ali yang kemudian bertindak keluar parti dan 'melompat' ke Bersatu.

Selepas beberapa bulan Muhyiddin mengambil alih jawatan perdana menteri dan menubuhkan kerajaan baru, isu peralihan kuasa sekali lagi diperkatakan engan penyokong Mahathir mendakwa bekas perdana menteri itu kini memiliki cukup sokongan ahli parlimen.

Tindakan lompat parti juga berlaku di zaman PH apabila sekumpulan ahli politik Umno termasuk dari Sabah menyertai Bersatu.

Pada ketika itu Mahathir berkata Malaysia merupakan negara demokrasi dan sistem itu membenarkan amalan lompat parti dilakukan.

“Kita adalah sebuah kerajaan yang demokratik. Kita percaya pada demokrasi dan demokrasi membenarkan ‘katak’ melompat,” katanya

Untuk rekod, pada Ogos 2012, Karpal Singh yang sebelum itu pengerusi DAP menggesa kerajaan BN meminda perlembagaan persekutuan bagi mencegah tindakan ahli parti yang beralih arah.

Namun selepas lapan tahun, PH yang terdiri daripada Bersatu, PKR, DAP dan Amanah masih tidak membawa sebarang usul di Dewan Rakyat bagi meneruskan usaha Karpal.

Akta antilompat parti sekat hak kebebasan persatuan

Sementara itu, Penganalisis politik, Prof Dr Hoo Ke Ping yang menyokong penjelasan pemerhati politik lain berkata tindakan menggubal undang-undang antilompat parti hanya akan menyekat hak dan kebebasan persatuan.

“Hakikatnya, akta antilompat parti memang tak boleh dibuat kerana bertentangan dengan hak kebebasan persatuan,” katanya.

Senada dengan Ho, penganalisis politik Prof Dr Awang Azman Awang Pawi berkata hanya ada satu cara bagi seseorang perdana menteri menerajui kerajaan iaitu dengan mendapat sokongan majoriti dari Dewan Rakyat.

"Siapa yang menggesa ini (undang undang antilompat parti) memang tidak tahu tentang perlembagaan persekutuan. Perlembagaan tak menyebut spesifik tentang parti kalau mengikut artikel 43 perkara 2A.

“Kalau mengikut perlembagaan, mana-mana pelantikan perdana menteri ialah mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan rakyat.

“Ini bermakna tak perlu lompat parti untuk memberikan sokongan undi tak percaya, atau menyatakan sokongan kepada bakal calon perdana menteri atau perdana menteri sedia ada,” katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa lompat parti prk semula..rakyat undi parti bukan undi calon..kbykannya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Saper lompat semoga Allah kembongkan perutnya. Tak kira belah mana pun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Saper lompat semoga Allah kembongkan perutnya. Tak kira belah mana pun.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 4-6-2020 11:33 PM
Sapa lompat parti prk semula..rakyat undi parti bukan undi calon..kbykannya.

Btol, majoriti pengundi undi PARTI, bkn calon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2020 11:52 PM | Show all posts
cuba tgk kes2 lompat
semua dpt post Exco
gaji ADUN dapat
gaji Exco dpt

cuba tgk kes merajuk
semua dpt post Menteri penuh
gaji Timbalan Menteri RM50K
Menteri penuh RM55K
byk beza tu

sekian
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 12:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatnja undang2 anti katak. Biar terkatak diam semua.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.070870 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list