CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1569|Reply: 22

[Tempatan] Shafee: Sukar kemuka pembelaan Najib jadi mangsa penipuan

[Copy link]
Post time 4-6-2020 11:17 PM | Show all posts |Read mode
Kami paham perasaan anda Ts Shafee. Biasa orang kena scam duit hilang. Yang ni kena scam masuk duit banyak dalam akaun. Tapi sila jangan give up untuk pertahankan beliau. Kami semua menyokong anda.

Shafee: Sukar kemuka pembelaan Najib jadi mangsa penipuan

KES SRC NAJIB | Pasukan pembelaan mendapati sukar untuk mengemukakan pembelaan bahawa Najib Razak merupakan mangsa penipuan, menurut peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Beliau yang merupakan ketua pasukan pembelaan berkata ini kerana kedudukan Najib sebagai individu yang pernah memegang kuasa.

"Orang yang berkuasa besar ini dahulunya perdana menteri, dan saya katakan oleh kerana kedudukannya itu, ada banyak prejudis yang boleh ditimbulkan terhadapnya.

"Seperti yang dikatakan (pihak pendakwaan), bagaimana seorang yang memiliki pengetahuan seumpama itu (dengan kedudukan) kewangan dan kuasa, tidak sedar berkenaan wang yang masuk ke akaunnya?


"Walaupun ia agak menarik, saya perlu katakan bahawa kebenarannya ialah dalam pembelaan kami, sangat rumit (complicated) untuk kami memberikan pembelaan sebaik mungkin.

"Ini kerana pembelaan kami, yang menyatakan kebenaran, adalah Najib sendiri menjadi mangsa penipuan dan siri muslihat (misrepresentation) oleh orang seperti Jho Low dan Nik Faisal, dan sejumlah ahli perbankan jahat (rogue) seperti Joanna Yu dan ahli pentadbiran kanan SRC yang lain," katanya ketika penghujahan lisan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.


Kata Shafee lagi, hakikat bahawa Najib dikelilingi oleh orang yang menipunya membuatkan senang untuk mahkamah dan orang awam merasakan keadaan dan persekitaran bekas perdana menteri itu menyebabkan pembelaan untuknya tidak boleh dibuat seperti pembelaan bagi orang biasa.

Antara hujah utama pembelaan adalah Najib tidak tahu berkenaan RM42 juta yang didakwa daripada SRC dimasukkan ke akaunnya dan merasakan ia adalah "derma".

Bagaimanapun, Shafee berkata beberapa faktor perlu dilihat dalam kes tersebut, antaranya Najib didakwa hanya menerima wang tersebut kira-kira tiga tahun setelah SRC International menerima pinjaman berjumlah RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Beliau mempersoalkan sama ada ia selari dengan patologi biasa dalam perlakuan rasuah.

"Bukankah orang yang paling berkuasa, jika benar dia seorang yang korup, akan berkata 'Saya beri anda RM4 bilion, anda perlu beri saya RM42 juta dahulu atau sehari atau dua hari sebelum urusan ini dilakukan?" katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 4-6-2020 11:27 PM

ak x kata najib bsalah dan x bsalah...

tp ak setuju ngan apa peguam dia ckp.

skali lagi aku yakin...najib ni bendul...tp sebab dia pm...bendul tu bukan alasan utk ko mlepaskan diri

sebagai pm...bendul itu bahaya...utk keselamatan negara

swbab itu bg ak...najib ni x sesuai jd pm

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 4-6-2020 11:25 PM
ak x kata najib bsalah dan x bsalah...

tp ak setuju ngan apa peguam dia ckp.

Takkan bendul boleh jadi serial killer?
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 4-6-2020 11:34 PM
zamzam replied at 4-6-2020 11:30 PM
Takkan bendul boleh jadi serial killer?


cuba fahami apa yg aku ckp dlm konteks kes dia ni

ak phm apa maksudnya bendul...sebab ak pernah tgk soeh yg bendul...akhirnya jadi mangsa..yg memusnahkan kluarga.  sedangkan orgnya baik...salah dia...bendul tu je
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 4-6-2020 11:25 PM
ak x kata najib bsalah dan x bsalah...

tp ak setuju ngan apa peguam dia ckp.

Betul. As a leader kena ada sifat kejam sikit dan tidak terlampau percaya pada org bawahan. Sbb aku pun pernah terkena sbb terlalu percaya pd org bawahan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 4-6-2020 11:33 PM
Betul. As a leader kena ada sifat kejam sikit dan tidak terlampau percaya pada org bawahan. Sbb ak ...

yuppp...dan aku sendiri juga pernah jadi bendul..nasib baik blum ada anak bini...so soeg diri yg tkena
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2020 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi ak..kalau ko rasa ko jenis bendul..hati x boleh kering..x sanggup nk tgk org mderita....jangan jd pemimpin politik...ko x layak
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:41 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Alu konfous definisi bendul
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 4-6-2020 11:49 PM

najib sesuai jadi alim ulama...nk sebut neraka...mgigil nangis...


atok jgn jd ulama...semua org dinurakakannya.  skrg pun dh nampak...semua salah org
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 4-6-2020 11:37 PM
bagi ak..kalau ko rasa ko jenis bendul..hati x boleh kering..x sanggup nk tgk org mderita....jangan  ...

Boss aku dulu pernah kena. Pernah sekali secretary datang bawak surat2 untuk disign. Tanpa periksa dia terus sign tanpa tahu salah satu surat ialah surat sokongan untuk sesuatu. Secretary tu happy sgt bagitau aku boss dah sign without asking. See sgt bahaya bila terlalu percaya pd sesama manusia walaupun itu pegawai khas.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kahkahkah lawak apa aku baca ni najib ptut jd ulamak ? Ptuih
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
dan org bendul ni..bila dia keluar dari kepompong bendul..pd satu tahap..boleh jadi pembunuh bsiri...

sib baik bendul ak tahap sedang...x tukar jadi jahat..tp jd notti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2020 11:51 PM | Show all posts
cmf_shalom replied at 4-6-2020 11:47 PM
najib sesuai jadi alim ulama...nk sebut neraka...mgigil nangis...

atuk mana ada guna istilah syurga neraka ni. sumpah sumpah pun dia xlayan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 4-6-2020 11:50 PM
Kahkahkah lawak apa aku baca ni najib ptut jd ulamak ? Ptuih


saja ak buat kenyataan ni nk tgk ko muntah smpai esok pagi

sila smbung muntah x henti smpai 6am esok
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ResellerMaxis replied at 4-6-2020 11:51 PM
atuk mana ada guna istilah syurga neraka ni. sumpah sumpah pun dia xlayan.

ko jngn....skrh pun dia ingat dia je betul semua....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
zamzam replied at 4-6-2020 11:50 PM
Boss aku dulu pernah kena. Pernah sekali secretary datang bawak surat2 untuk disign. Tanpa periksa ...

yup...sebab itu bg aku najib x boleh jd pm..


tolong la...demi kebaikan najib dan negara..jgn la dia jd pm lg
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cmf_shalom at 5-6-2020 12:02 AM

kebanyakan kes 1mdb tu...sebab dia bendul ak tgk.. terlalu pcaya kt org...

tp mcm peguam dia ckp...susah juga nk kata najib x salah...sbg pm...mana ko boleh buta mata...atas alasan kkwn ..contoh la

sbg pm..ko x dibayar gaji utk bendul


kalau betul najib tu mmg sengaja buat...xkan satu x sangkut....
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:59 PM | Show all posts
kenapa la pee esh suka amek rba bodo je buat keje
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2020 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_shalom replied at 4-6-2020 11:53 PM
saja ak buat kenyataan ni nk tgk ko muntah smpai esok pagi

sila smbung muntah x henti smpai 6 ...

Kahkahkahkahkahkah !!!  Najib patut jadi ulamak ?

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.182737 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list