Didenda RM5,000 kerana langgar perintah kuarantin demi sepinggan mi
BERNAMA
PENYELIA tapak didenda RM5,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Sibu, hari ini, selepas mengaku bersalah melanggar perintah kuarantin di rumah.
Jeffery Jambo Dan, 27, mengingkari perintah itu pada jam 9.30 pagi, 25 Mei lalu, apabila dia pergi ke sebuah kafe di Sibu Jaya untuk menikmati sepinggan mi kampua, dan memuat naik gambarnya di Facebook yang kemudian menjadi tular.
Majistret Muhammad Faizal Che Saad menjatuhkan hukuman itu terhadap Jeffery selepas menimbang kepentingan awam, terutama bagi menghalang orang ramai melakukan kesalahan yang sama seperti tertuduh.
Sebelum menjatuhkan hukuman, Muhammad Faizal bertanya Jeffery adakah dia memahami syarat untuk dikuarantin selepas pulang dari Kuala Lumpur dan adakah tertuduh menyedari tindakannya yang tidak bertanggungjawab akan memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga masyarakat, Jeffery kemudian menjawab dia memahami kesalahannya.
Jeffery didakwa mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Ketika rayuan mengurangkan hukuman, Jeffery yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan, dengan alasan dia sudah menyesal kerana melanggar perintah itu dan dia perlu menjaga seorang anak, ibu bapa dan adik-beradiknya.
Pegawai Pendakwa Wilfred John Mujang bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pengajaran kerana tertuduh telah melanggar perintah pemantauan atau pengawasan kontak yang dikenakan terhadapnya.
Beliau menegaskan tertuduh sengaja melanggar perintah kuarantin di rumah dan telah mengkhianati petugas barisan hadapan yang bekerja kuat untuk menghentikan penyebaran Covid-19.
"Ini akan menjadi pengajaran kepada tertuduh, individu yang sedang menjalani kuarantin dan individu lain yang sedang disiasat serta kepada masyarakat umum pada amnya untuk mematuhi peraturan dan perundangan seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang 342 dan garis panduan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan yang akan menyelamatkan nyawa rakyat Malaysia," kata Wilfred.
Ketua Pegawai Kesihatan Persekitaran Sarawak, Billy Sujang ketika ditemui pemberita berkata kes adalah kes pertama pelanggaran kuarantin yang dibawa ke mahkamah, untuk menunjukkan kesungguhan Jabatan Kesihatan dalam mengekang penularan Covid-19.
Beliau juga menyambut baik keputusan mahkamah sebagai pengajaran kepada mereka yang sedang menjalani kuarantin.
Billy berkata, Jeffery masih dalam kuarantin ketika dia keluar dari rumah dan menyiarkan gambar dirinya di Facebook, dan tertuduh memberitahu dalam komen di hantarannya bahawa orang ramai boleh menanggalkan gelang tangan QR dan memakainya semula, mengajar orang ramai untuk melanggar undang-undang.
Pemakaian gelang tangan plastik itu diwajibkan terhadap individu yang memasuki Sarawak, untuk memastikan mereka mematuhi perintah kuarantin selama 14 hari bagi mengekang penularan pandemik Covid-19.
lebih kurang kot. kat Kuching dipanggil mee kolok dimakan dgn cili potong, kat Sibu markas Foochow: dipanggil Kampua dimakan dgn sos cili. kalau tak silap lah lol
Post time 5-6-2020 01:20 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by dua_chzy at 5-6-2020 03:57 AM
dani-rox replied at 5-6-2020 01:02 AM
nama2 lain: mee kolok dan mee rangkai
Kat Sabah weol panggil konlau men @ konomen (kat Semenanjung dipanggil Kon Loh Mien / Wantan Mien. Tapi mee yang digunakan berbeda versi Semenanjung ni). Versi Sabah more wet. Mee Kolok ori Sarawak, drier. Tapi sayang ah, versi halal yang sedap susah nak carik. Aiol selalu gi makan di Thien Thien Gaya Street ja if teringin. Deyol JAKIM approved. Aiol suka makan dengan steamed ciken. Dari kecik suka style gitu. Kecik2 dulu ai selalu cicah ciken dalam kuah kicap campur cuka. Rasa masam tu compliment rasa konomen (versi Sabah, letak banyak minyak bawang putih or if tak halal, minyak bawang putih plus lard) dan kurangkan oiliness. Dah besar, reti la request limau kesturi untuk kasik masam sket.
If not, gi makan kat Kentin Bakut, Tuaran or food court Bataras Tamparuli. Ni, makan tanggung sindri la sebab takda JAKIM punya cop approval.
Nih resipinya. Girl ni buat legit ai tengok. Btw, biasanya kat Sabah weol guna mee telur yang dipanggil Mee Tuaran if buat konomen ni. Btw, gambar kat thumbnail tu, char siew ayam iya. Bukan babi.
Post time 5-6-2020 01:33 AMFrom the mobile phone|Show all posts
dua_chzy replied at 5-6-2020 01:20 AM
Kat Sabah weol panggil konlau men @ konomen. Versi Sabah more wet. Mee Kolok ori Sarawak, drier. ...
Jahat nye sis. Tk kn nk terbang srwak pulak. Mana nk cari sobsobsob
Kt jb ada 1 kedai mee kolok famous, pagi2 ramai org breakfast. Dkt2 hutan bandar jb
1st time i try coz wonder la rase mee kolok mcm mana. So so jah! Plain
Ke orng tu tk reti buat or i tk reti mkn haha
Post time 5-6-2020 01:39 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by DtrongBpai at 5-6-2020 04:07 AM
immaryjane replied at 5-6-2020 01:33 AM
Jahat nye sis. Tk kn nk terbang srwak pulak. Mana nk cari sobsobsob
Kt jb ada 1 kedai mee kolok f ...
Macam Mee sup je...
Btw meols prefer Coto Makassar....rempah dia rasa kuat dan pelbagai...Tak hairan rempah dia kuat sebab Sulawesi tu terletak bersebelah Kepulauan Rempah Maluku.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register