CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6483|Reply: 58

[Tempatan] KANAK-KANAK perempuan ditemui berseorangan dalam keadaan menangis di tepi jalan

  [Copy link]
Post time 5-6-2020 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KANAK-KANAK perempuan ditemui berseorangan dalam keadaan menangis di tepi jalan di Prima Saujana, Kajang, hari ini.

Peniaga, Upik Ilias, 49, berkata dia menemui kanak-kanak dipercayai berusia tiga tahun itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Sungai Kantan, Kajang pada 2.40 petang.

Ketika kejadian, saya dan suami Iskandar Munir, 53, dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar barang di Nilai 3, Negeri Sembilan sebelum terserempak dengan kanak-kanak itu.

"Dia dilihat berseorangan seperti mahu melintas jalan lalu meminta suami membuat pusingan U di laluan berkenaan untuk melihat keadaan kanak-kanak terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kanak-kanak itu berpakaian kemas dengan rambut diikat serta memakai gincu.

"Dia juga kelihatan takut. Apabila ditanya, dia menjawab, namun percakapannya tidak begitu jelas dan tidak dapat difahami.

"Saya dan suami kemudian membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

"Setakat ini, kanak-kanak itu belum dituntut dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenalinya diminta menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

https://www.google.com/amp/s/www.hmetro.com.my/node/585660/amp

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya allah anak sapa ni sian nyaaa bdk ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak siapa la ni, comel
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayah Nye Pandai croooot maknye Pandai ekkkk ekkkk je.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:35 AM | Show all posts
anak sapalah ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Comellllllllnyaaaaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mujur dia x main lintas aje jalan & mujur jugak yg jumpa anak ni terus bawak ke balai polis anak sapalah ni, harap2 mak bapaknya cepat2 dapat jumpa & ambik dia balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:56 AM | Show all posts
warganegara ke bukan warganegara budak ni?
kena marah dengan mak sebab pakai lipstick mak ke?


semoga bertemu kembali dengan parent ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 02:16 AM | Show all posts
Comel dak ni...
Nasib bukan pedo yg jumpa dulu, huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:53 AM | Show all posts
Semoga anak kecil tersebut dapat berjumpa semula dengan ibu bapanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:08 AM From the mobile phone | Show all posts
baca kat FB
maknya datang tuntut dah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 05:53 AM | Show all posts


Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


POLIS membuka kertas siasatan berkaitan kecuaian terhadap ibu bapa seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui bersendirian di tepi jalan di Taman Prima Saujana, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan dibuat seorang suri rumah warga Indonesia berusia 51 tahun yang menemui kanak-kanak berusia lingkungan tiga tahun itu di lokasi terbabit.

"Dia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut pada 5.41 petang. Ketika ditemui, kanak-kanak itu berpakaian lengkap dan dalam keadaan sihat.

"Justeru, kami menggerakkan pasukan untuk mengesan ibu bapa kanak-kanak berkenaan sebelum ibu kanak-kanak berkenaan datang ke balai selepas dua jam laporan dibuat," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, difahamkan ibu kanak-kanak berkenaan datang ke Balai Polis Kajang selepas menyedari anaknya itu tiada di rumah.

Beliau berkata, semakan mendapati ibu bapa kanak-kanak itu yang juga warga Thailand berusia 30-an bekerja di restoran di Kajang manakala anak mereka pula berusia lima tahun.

"Kami sudah menghantar kanak-kanak itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Susulan insiden ini, kami membuka kertas siasatan menjurus kepada kesalahan kecuaian dan pengabaian terhadap kanak-kanak mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001.

"Ibu bapa serta kanak-kanak perempuan itu berada dalam keadaan selamat dan mereka masih diperlukan pihak polis untuk siasatan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengabaikan anak kerana ia adalah satu kesalahan mengikut Akta Kanak- Kanak 2001," katanya.



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 5-6-2020 05:53 AM
Nurul Hidayah Bahaudin




tgk gmbr kt atas terus agak budak ni bukan malaysian.. tp ingt ank indon. rupanya ank thai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm satu2 masa,mcm2 warga ada kat Msia ni... oh Malaysiaku..warna warni sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 5-6-2020 06:19 AM
Dlm satu2 masa,mcm2 warga ada kat Msia ni... oh Malaysiaku..warna warni sungguh.

bermacam warganegara kt kajang tu.itu yg pernah tersebar demam kepialu dlu tahun 2017-18 xsilap
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Comel budak ni.. camana la boleh tersadai keseorangan tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Area rumah ni ada, umur lebih kurang mcm ni comel petah betul keluar main sorg2 tengahari rembang. Bila di tanya boring duk umah mak ayah tdo
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 07:44 AM | Show all posts
alhamdulillah la yg jumpa pun jenis manusia bertanggungjawab.
klu dpt kat tgn penjenayah, tggl jasad je la. organ dalaman habis kena korek bawak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga Indonesia jumpa budak warga Thailand di Malaysia. ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
glump replied at 5-6-2020 08:01 AM
Warga Indonesia jumpa budak warga Thailand di Malaysia. ..

Malasyia truly Asia...haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:09 PM GMT+8 , Processed in 0.075157 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list