CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1744|Reply: 2

[Tempatan] Banyak Bantu Orang Susah, Uncle Kentang Umum Henti Beri Sumbangan Wang Kerana Ti

[Copy link]
Post time 5-6-2020 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Sering berkongsi rezeki dan pelbagai kisah mengenai keperitan hidup yang dilalui oleh masyarakat di Facebook, Kuan Chee Heng atau lebih mesra dengan panggilan Uncle Kuan ini sering menjadi tumpuan netizen.

Terbaru, Uncle Kuan memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan bantuan kewangan kepada golongan yang susah selepas ini dan sumbangan makanan pula hanya diberikan kepada mereka yang tinggal di Puchong. Ini kerana, dana yang diperolehnya sudah berkurangan.

Notis pemberitahu. Kami tutup kedai dan gulung tikar. Kami kini hanya memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan. Kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah. Harap maklum. Tidak ada bantuan wang lagi akan diberi. Mohon contact dengan mana mana NGO lain. Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim. Untuk mereka yang perlu ambulan dan van jenazah, kami memang bersedia bantu anda. Call saja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan

Menurut Uncle Kuan, dia hanya memberi makanan kepada golongan yang memerlukan di Puchong sahaja. Tambahnya, tiada sebarang kiriman wang akan diberikan kerana dana yang diperoleh mereka sudah tidak mencukupi. Namun, buat mereka yang masih memerlukan ambulan dan van jenazah, Uncle Kuan sedia memberikan perkhidmatannya.

Menerusi posting tersebut, rata-rata netizen meninggalkan komen terima kasih dan menghargai jasa yang dilakukan Uncle Kuan selama ini. Menurut netizen, jasa dan pengorbanan Uncle Kuan terhadap masyarakat sangat berharga.

Sumber: Kuan Chee Heng


[fbp]https://m.facebook.com/unclekentang

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 06:43 AM | Show all posts

Terimakasih uncle kentang atas segala pertolongan.

Team up la dgn UEL tentu boleh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tengkiu ankel..
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:14 PM GMT+8 , Processed in 0.237754 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list