CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4025|Reply: 33

[Tempatan] Berita mlm seram.Kerap Dengar Anak Kecil Ketawa, Pengalaman Seram Diganggu Kuda

 Close [Copy link]
Post time 5-6-2020 01:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 5-6-2020 09:14 AM

Anak-anak kecil sememangnya sangat suka bermain, jadi tidak hairanlah jika segala barangan permainan pasti membuatkan mereka teruja melihatnya. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang lazimnya menyukai permainan seperti patung atau boneka-boneka yang comel.

Namun, sebalik permainan tersebut sebenarnya banyak kisah yang kurang elok didengari seperti dikongsi doktor ini di Facebook miliknya. Bayangkan permainan anaknya yang berupa kuda tersebut tiba-tiba sahaja menjadi misteri dan berhantu. Seram pula baca!

Terdengar bunyi budak kecil gelak

Anak atau adik kau orang ada banyak anak patung atau binatang mainan tak di rumah? Kalau ada, baca cerita ni, supaya tak kena “gangguan” macam aku kena. Suatu malam, dalam jam 2 pagi, tekak aku haus bukan main. Jadi aku pun turun ke dapur. Masa aku nak teguk air, aku terdengar bunyi macam ada orang hempaskan punggung atas sofa di ruang tamu. Terus terbantut aku nak minum. Aku letak gelas dan pergi tinjau ruang tamu. Ruang tamu gelap. Nak buka lampu ruang tamu, malas. Suisnya di belah depan. Jadi harapkan remang cahaya dari lampu dapur sahaja. Nampak tiada sesiapa di sana. Maka, aku pun ke dapur semula untuk minum. Masa aku teguk air, tiba-tiba terdengar budak kecil gelak di ruang tamu.

“Auni?” aku panggil nama anak aku sambil melangkah ke ruang tamu. Tak nampak ada sesiapa di sana, tapi kali ni aku tak mudah puas hati. Manalah tahu anak aku main sorok-sorok. Aku jalan merentasi ruang tamu yang gelap tu untuk ke suis lampu. Klik! Cahaya menerangi ruang tamu. Silau, jadi aku kerutkan dahi dan sepetkan mata. Dalam Terkebil-kebil tu aku periksalah belakang sofa, sebalik kabinet TV. Sebalik langsir. PEH! Berhenti jantung aku sedetik bila nampak apa ada belakang langsir!
Boleh pula ada anak aku punya ular mainan belakang langsir ni. Dah la aku fobia dengan ular. Hish! buat terkejut je! Ni mesti kerja anak aku yang berumur 3 tahun tu.

Geram punya pasal, aku sepak ular plastik tu sampai terpelanting ia ke tepi kabinet TV. Lepas tu aku sambung tinjau-tinjau lagi. Tak ada apa-apa yang mencurigakan. Jadi aku tutup semula lampu ruang tamu dan jalan naik balik ke bilik. Masa naik tangga, aku dengar lagi suara budak gelak di ruang tamu. Bila aku toleh ke belakang dan nampak apa yang ada di bawah, jantung aku aku macam nak meletup! Kaki aku lemah, tapi aku kuatkan juga semangat dan lari naik ke atas. Aku masuk bilik, tengok anak bini aku ada atas katil. Habis, siapa letak benda alah tu di situ? Ke aku salah tengok? Khayalan aku je agaknya. Sebab tak puas hati, aku pergi balik tangga untuk periksa! Ternyata benda tu ada di situ. Meremang bulu roma aku. Aku ambil gambar untuk sahkan bukan mata aku yang salah.

Aku beli benda alah bouncy hopper ni untuk anak aku, sebab katanya ia bagus untuk train vestibular function budak kecil. Kira penting untuk latih keseimbangan dia orang. Lagi pun anak aku memang suka sangat pada binatang. Masa aku kata aku bawa balik mainan, anak aku teruja sangat, tapi bila aku keluarkan kuda ni dari kotak, dia terus menangis ketakutan. Tak sangka pula dia akan takut macam tu sekali. Mungkin sebab warna kuda ni merah. Selalu dalam buku, kuda kan warna coklat atau putih. Oleh kerana anak aku tak suka, kuda ni aku letak di tepi kabinet TV. Aku letak dekat anak aku selalu main di kawasan depan TV tu. Mana tahu satu hari dia hilang rasa takut dan nak cuba tunggang, senang dia nak ambil.

Malangnya lepas seminggu, dia masih tak sentuh pun kuda yang aku beli untuk dia tu. Kuda tu jadi tukun je di sebelah TV. Jadi macam barang perhiasan. Di mana aku letak benda tu sebelum ni, kat situlah benda tu lepas seminggu. Tak berganjak langsung.

Malah, masa aku sepak ular plastik anak aku ke tepi kabinet TV, aku perasan kuda tu masih di situ. Sekarang, macam mana boleh ada di depan tangga pula? Siapa alihkan? Mana ada orang di tingkat bawah. Itu insiden pertama. Selepas itu, ada lagi benda aneh berlaku. Kali ini lebih menakutkan. Aku tengah tidur.

Telefon aku bergetar bertalu-talu, lantas buat aku terjaga. Masa toleh ke sisi untuk capai telefon aku dari atas meja lampu tidur, aku tersentak. Kuda merah tu atas meja lampu tidur. Mukanya betul-betul menghadap muka aku, dan disinari lampu skrin telefon aku yang berada di atas lantai. Mata dia yang terjegil tu buat aku tak boleh tidur aku sampai pagi. Aku tak rasa anak aku yang letak situ. Dia pun takut dengan kuda tu. Esoknya, aku humban kuda tu dalam stor bawah tangga. Kunci. Setelah itu, tiada gangguan yang ketara. Cuma aku masih rasa tak selesa bila berada di rumah. Rasa serba tak kena. Jadi, suatu hari tu, aku beritahu kawan aku. Dia beri nasihat, yang berjaya selesaikan masalah aku.

Kamarul, apa-apa patung, jangan sesekali kita simpan jika kita tak guna dia sebagai permainan. Jangan letak patung di tempat tinggi. Jangan simpan dalam kotak atau almari berkaca. Jika tidak, kita dianggap puja patung tu, dan patung yang dipuja akan dihuni makhluk halus.” “Jangan muliakannya. Biar ia kotor. Biar dia ada cela. Kalau tak mahu main, sedekahnya kepada yang nak main. Lagipun itulah tujuan ia dicipta, untuk dimain” “Oh ya! Jangan sesekali kita takut pada mainan. Nanti syaitan akan ambil kesempatan untuk memesongkan dan melemahkan iman kita.”

Balik rumah aku keluarkan kuda merah tu aku dari stor dan belasah dia cukup-cukup. Aku ajak anak aku main sepak-sepak kuda tu. Lepas tu aku ambil marker, suruh anak aku conteng. Anak aku jadi seronok pula. Patung-patung mainan yang tak anak aku dah tak main, aku sedekahkan. Semenjak tu, rumah aku tenteram. Tak ada lagi gangguan. Kuda merah tu masih ada dalam rumah aku. Cuma dah comot, hitam-hitam, dan muka dan badannya ada conteng-conteng. Anak aku pun dah tak takut dengan kuda tu. Dah jadi bahan belasahan dia. Jadi, pesanlah pada semua—Mainan adalah untuk dimain, jangan simpan sebagai perhiasan.


Sumber : Kamarul Ariffin Nor Sadan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 02:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm dulu ada citer ni.. Aku senang...apa jenis patung.. Aku x suka.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:51 AM | Show all posts
TT cerita menarik dan seram
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu pernah berharap jumpa chucky.
dululah. i was younger and stupid before kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Die nk ikut msk bilik tidur kot
Heee
Scary u

Klu duk dlm plastik je xpe kn
Dlm keadaan terbaring pun

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 06:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni bukan cter dr fb doctor kamarul ke ??
Aku baca gak kat fb...tp krna masuk bod mps nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
rumah aku dlu banyak bnyak. mainan.. transformers.. gundam... keta keta mainan
malah patung naga fluffy pun ada.. di dinding aku gantung muka tengkorak... muka ghostface yg dlm movie scream dan topeng v for vendetaa
takda apa pun...  
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Citer betui ka ni?
Mcm nak tiru citer annabelle la pulak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada baca kat lobakmerah jugak haritu ni. Doctor ni byk betul pengalaman seram dia kan ghost whisperer
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu kes kat luar negara, story tu baru jadi before doctor ni share story dia kat same blog lobak merah tu.

Yang tu siap ada video anak patung tu gerak. Pastu iol siap nampak mata sepasang belakang patung tu terkejut iol terus campak phone atas bantal
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:41 AM | Show all posts
korang boleh dengar citer2 seram kat sini..... yang ada kelakar.





Live tiap malam kat Youtube





Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tipulah ni..keje dktor kn bz.mana smpt nk karang pjg2..
Pstu kamera pakai Nokia ka?buruk benar kualiti..apa dktor tk mampu beli tepon yg bagus sket ke cm ipon 5 ka
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr ni bukan biase2. Saya rasa ada yang mengikut dia. Banyak benaw citer hantu sejak dari zaman stadi medik kat rusia. Yang tu, hantu rusia lah. Penunggu rumah katanya. Saya baca kat fiksyen shasha
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau diri tu manjang kena gangguan atau dia je nampak bukan2, maknanya tuan badan memang badan sudah ada jin.

Berubat segera, sebelum jin beranak dan bawa geng duduk dalam badan. Payah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Rasa mcm over sgt kalau kuda tu siap naik tangga masuk bilik.... ntah la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
saya pernah dpt satu bear besar ni tapi simpan dlm almari sbb takut berhabuk. bear kan jenis collect dust.. pastu sbb takut ada pengalaman kakak dgn anak2 dia kata tgh duduk2 mahrib2 borak tetiba bear besar kat rumah mak tu mcm toleh ke arah dorg . habis menjerit satu rumah. persoalan sy boleh ke simpan bear and patung bear kecik2 kat rumah dlm Islam?kalau x boleh maybe sy akan let go je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 5-6-2020 12:02 PM
saya pernah dpt satu bear besar ni tapi simpan dlm almari sbb takut berhabuk. bear kan jenis collect ...

Boleh simpan kalau utk mainan budak. Tp kalau simpan utk hiasan tu mmg haram
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavender85 replied at 5-6-2020 12:02 PM
saya pernah dpt satu bear besar ni tapi simpan dlm almari sbb takut berhabuk. bear kan jenis collect ...

Rasanya tak boleh. Gambar pun tak digalakkan. ayah iol habis dibakarnya teddy bear iol masa kecik once iol dah besar hahaha. Gambar2 kat frame pun semua yang separuh je takda full and no portrait besar tergantung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
234126 replied at 5-6-2020 12:21 PM
Rasanya tak boleh. Gambar pun tak digalakkan. ayah iol habis dibakarnya teddy bear iol masa kecik  ...

rumah iols ada mcm2 gambar.. patung

gabar klasik wanita zaman dlu menumbuk beras

patung2 fluffy teddy bears... topeang2 hantu di dinding

takde apaa pun.... imaginasi ja semua tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu ada sekor teddybear besar org bagi kt anak..benatang tu berantu. bila aku suruh budak tu amik balik teddybear dia..terus tenang balik rumah. kalau tk rasa serabut dan budak budak buat perangai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.099946 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list