CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1851|Reply: 19

[Tempatan] Cikki miliki ijazah senibina tawarkan khidmat angkat sampah semurah RM1

[Copy link]
Post time 5-6-2020 08:42 AM | Show all posts |Read mode



BIARPUN memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang seni bina namun gadis ini tidak malu menawarkan khidmat mengangkat sampah dengan bayaran RM1 selepas kehilangan pekerjaan sebagai pereka tudung.

Bagi gadis cantik ini, Wan Nur Elisa Adreena Wan Jusoh, 24, dia tidak malu demi mencari rezeki halal dan sanggup mengiklankan perkhidmatan itu khusus buat penduduk di Apartmen Cempaka Sari, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

"Saya baru tawarkan khidmat angkat sampah secara sambilan hasil inspirasi rakan saya yang membuat infak tepung pelita ketika Ramadan baru-baru ini.

"Rakan saya mula jual tepung pelita. Apabila ada pelanggan mahu infak dia akan beri kepada orang miskin, kaya, bukan Islam dan Islam.

"Jadi saya terfikir apa salahnya ambil peluang mencari pahala dan rezeki dalam masa sama.

"Sementara sedang mencari pekerjaan, saya terfikir menggunakan kesempatan ini dengan menawarkan khidmat mengutip sampah dari rumah ke rumah.

"Mungkin bayarannya kelihatan murah dan tidak berbaloi namun saya yakin ia mampu membantu orang ramai," katanya.

Graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak itu berkata, dia baru mengiklankan perkhidmatan dua hari lalu dan hanya menawarkan khidmat kepada penghuni di pangsapuri didiaminya itu.

"Saya tidak bercadang menjadikan kerja ini sebagai kerjaya tetap. Ia hanya sambilan sementara menunggu peluang pekerjaan," katanya kepada wartawan Harian Metro.

Anak kedua daripada tujuh beradik itu berkata, dia bercadang mengangkat sampah di depan rumah dan pelanggan hanya perlu menghantar pesanan WhatsApp maklumat berkaitan nombor rumah, blok dan tingkat kediaman dihuni.

"Saya sendiri akan pergi mengutip sampah diletakkan di hadapan rumah mereka. Tetapi saya hanya hadkan dua bungkusan sampah bagi setiap kediaman.

"Saya hanya menerima sampah domestik dan tidak menguruskan pembuangan peralatan atau perabot besar berikutan pangsapuri ini tiada kemudahan lif.

"Saya hanya melakukan khidmat ini seorang diri buat masa ini dan pelanggan hanya perlu membayar RM1.

"Bagi saya khidmat angkat sampah berkenaan bukan untuk mencari duit semata-mata, tetapi sebagai usaha bersedekah dengan cara berbeza," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 6:45 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:52 AM | Show all posts
di mana ada jalan di situ ada rezeki..pokoknya kena rajin
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau awek buat keje, mudah je viral.

Macam awek rider foodpanda tu.

Walhal ramai je laki kepam dah lama buat keje2 camtu.

Sampah ni bam bangla pun dah lama buat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:43 AM | Show all posts
mesti byk dapat tip
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaca angkat "sumpah"
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 10:50 AM | Show all posts

sama laaah. aku pun terbaca angkat sumpah.

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu....dpt jugak exercise turun naik tangga sbb xde lift kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 11:52 AM | Show all posts
Terbaik dikkk


Sambil bersenam sambil cari duit extra




Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:50 PM | Show all posts
mmg bagi sampah dgn terima duit kene dlm masa yg sama yeh

apekah ini?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebagai pemegang ijazah senibina....... come out with an idea membina “rumah sampah pintar” ke......... tapi paling bagus bagi idea membina rumah mampu milik berharga kurang RM100k dengan keluasan 1,500 kps keatas berkualiti gred A. Bagi idea dekat Gomen/pemaju tapi jangan lupa daftar hak harta intelek ........ pasti kamu kaya dek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2020 01:49 PM | Show all posts

kau sekolah tak?  tadika lepas tak?

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:57 PM | Show all posts
Buat masa ni ia pasti membantu hidupnya hingga keadaan ekonomi pulih semula
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus dik.. Semoga cepat2 dpt kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:54 PM | Show all posts
pittjie replied at 5-6-2020 10:50 AM
sama laaah. aku pun terbaca angkat sumpah.

aku pon ... hahahah
tgk photo tang mana acik tu angkat sumpah
baca komen lain baru sel2 otak bersambung

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:17 PM | Show all posts
Modngengade replied at 5-6-2020 01:49 PM
kau sekolah tak?  tadika lepas tak?

Ya Allah nasib baik kak mod tak perasan komen aku. syukuuuurrrr (urut dada). kalau tak .. mesti kena maki macam diva aa maki org.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
batu kikir replied at 5-6-2020 01:13 PM
Sebagai pemegang ijazah senibina....... come out with an idea membina “rumah sampah pintar” ke.... ...

bdk ni keje dlm bidang dia pun tidak lg nak bg idea sapa je nak pandang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 04:24 PM | Show all posts
Auntie cadangkan dia buat service lipat baju utk penduduk2 di situ, jika skill lipat baju dia bagus.
Atau buat service iron baju. Mungkin boleh menjana pendapatan yg lebih.
Tapi dia kena buat covid test dulu lah sebelum memulakan service
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 08:03 PM | Show all posts
Makin manjalah org kat flat tu nanti, skit skit panggil "Elisa, Elisa".
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 09:51 PM | Show all posts
Yang penting pendapatan yang halal, satu perniagaan inovasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:46 PM GMT+8 , Processed in 0.162585 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list