LAHORE - Sepasang suami isteri di Pakistan dituduh membunuh seorang pembantu rumah berusia tujuh tahun selepas menuduh mangsa sengaja melepaskan beberapa burung peliharaan kesayangan mereka dari kurungan.
Hassan Siddiqui dan isterinya dituduh menyeksa Zohra Bibi di rumah mereka di Rawalpindi.
“Budak perempuan malang itu didera selepas dituduh melepaskan empat ekor burung kakaktua spesies Macau.
“Siddiqui menendang bahagian bawah abdomen sehingga membawa kematian mangsa,” kata pegawai penyiasat, Mukhtar Ahmad.
Zohra dibawa ke hospital pada Ahad lalu oleh pasangan terbabit tetapi meninggal dunia pada keesokan harinya.
Kakitangan hospital yang menyedari mangsa didera telah membuat laporan polis.
Jenazah mangsa telah diserahkan kepada keluarganya yang menetap di Muzaffargagh kira-kira 500 kilometer dari Rawalpindi.
Faktor kemiskinan memaksa kira-kira 8.5 juta orang termasuk kanak-kanak bekerja sebagai pembantu rumah di Pakistan.
Kebanyakan pembantu rumah terutamanya kanak-kanak berdepan penindasan dan keganasan termasuk serangan seksual oleh majikan.
Secara teorinya, mengaji pembantu rumah berusia bawah 15 tahun adalah satu kesalahan di sisi undang-undang Pakistan.
Namun ia menjadi amalan biasa di negara terbabit. - AFP
Post time 5-6-2020 08:56 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Pakistan ni kasta kuat macam di India, kalau root of your family miskin sampai bila bila pun keturunan tu akan miskin kecuali kalau diaorg keluar dari situ. Options not as diverse as us here.
baya anak sulung aku... akal baru nak develop, baru nak belajar banyak perkara, masih tak berapa mahir buat weightage untuk any decision... masih seronok main masa umur ni... tak dapat bayangkan camne la anak kecik ni dipaksa terpaksa jadi maid
Post time 5-6-2020 11:24 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Betul ke aku baca pembantu rumah tu umur 7 tahun??
Ni baru betul kes abuse. Tak ada ke NGO kap lam ya nga nak operate dari Malaysia tapi fight untuk rights macam ni? Macam so called Tengku Rohinghya sorang tu yang claimed dia Ambassador of whatever sampah Rohingya Organisation?
Post time 5-6-2020 12:18 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam dalam cerita The Kite Flyer. Kecik kecik lagi jadi pembantu rumah. Sick. Tapi negara kita pun ada jugak jadik macam ni. Kesian. Semoga keturunan kita terhindar dari kehidupan begini. Amin.
jahat sungguhlah ..biasa kalau suda naik kaki tgn mmg ada silap skt jer nak memukul,eloklah ddk diam2 pl kat penjara,cubalah lawan pl dgn sama saiz tgk berani ke tak..