View: 1190|Reply: 5
|
[Dunia]
Joni yang hilang semalaman ditemui dalam mulut buaya
[Copy link]
|
|
PALEMBANG – Joni (30) seorang nelayan di Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan, ditemui mati kerana dimakan oleh buaya. Joni ditemui mati setelah hilang selama satu malam. Ketika ditemui, mayat mangsa masih berada di mulut buaya di perairan Sungai Bungin, Kabupaten Banyuasin II, Kabupaten Banyuasin, Sumatera Selatan, Khamis (6/4/2020).
Pengarah Polis Air dan Udara (Dit Polairud) Polis Daerah Sumatera Selatan, Senior Asisten Komisioner Pol Yohanes Sismardi Widada berkata, polis pada awalnya menerima laporan daripada orang ramai. Polis diberitahu bahawa ada seorang penduduk yang diterkam oleh buaya. Setelah dilakukan penyiasatan, polis menemui buaya yang masih kelihatan menggigit mangsanya. Setelah diperhatikan dengan teliti, mangsa di mulut buaya itu adalah tubuh Joni.
Buaya menyerang pegawai
Pegawai juga berusaha mengusir buaya tersebut untuk melepaskan mayat mangsa. Tetapi sebaliknya buaya itu menyerang petugas.
“Anggota melepaskan dua das tembakan ke atas badan buaya itu. Akhirnya, buaya itu melepaskan mangsa dan melarikan diri. Dipercayai mangsa pada ketika itu telah meninggal dunia,” kata Yohanes ketika dihubungi melalui pesanan teks.
Sumber: Kompas.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aduhh kesian..saya mau berpesan juga pada nelayan yg ghairah menjala atau memancing udang di sungai..kan skrg ramai yg buat online bis jual udang sepit biru. bahaya..sebab domana ada udang di situ ada buaya menunggu. moga selalu berhati hati dan jgn tamak.
sekian pesanan masyarakat |
|
|
|
|
|
|
|
pesanan buat youtuber kacak Cardock
|
|
|
|
|
|
|
|
Modngengade replied at 5-6-2020 09:22 AM
pesanan buat youtuber kacak Cardock
sapa tu cardock? kasi link pls..(-_-) |
|
|
|
|
|
|
| |
|