CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8878|Reply: 121

[Tempatan] Dua lagi Menteri Kabinet dari BERSATU dijangka letak jawatan dan kembali sokong

  [Copy link]
Post time 5-6-2020 11:06 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Boomibulat at 5-6-2020 11:06 AM

Dua lagi menteri letak jawatan?

Skuad Khas Harian Metro
am@hmetro.com.my

SEKURANG-KURANGYA dua menteri kabinet daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka meletakkan jawatan dalam masa terdekat dan menyatakan sokongan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber berkata, ia susulan peletakan jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Dr Shahruddin Md Salleh semalam kerana isu pemecatan ahli parlimen Langkawi itu bersama empat yang lain minggu lalu.

Kedua-dua menteri kabinet berkenaan sebelum ini adalah menteri penuh ketika pemerintahan Pakatan Harapan dan bertukar portfolio selepas pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mac lalu.

"Ya, ada lagi yang akan menyusul. Sekurang-kurangnya dua menteri. Selepas itu dijangkakan ada lagi.

"Mereka ini semua berjuang sejak awal bersama-sama Tun, menubuhkan parti untuk menentang amalan rasuah dan kleptokrasi. Dengan hala tuju parti yang baru ini, mereka rasakan Bersatu sudah lari daripada matlamat asal," katanya kepada Harian Metro.

Semalam Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya berkuat kuasa hari ini.

Dalam satu kenyataan media, beliau memaklumkan, tindakannya melakukan ijtihad politik dengan menyertai Perikatan Nasional (PN) adalah kurang tepat.

Katanya, beliau seharusnya meletakkan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi di Parlimen Sri Gading memilih Pakatan Harapan (PH) dalam PRU14.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 Jun 2020 @ 10:46 AM




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong la ahli2 politik sekalian.... anda pikir sy ada masa utk sakit kepala?

Cuba niatkan betul2 nape nak jd ahli politik...nak tolong rakyat ke nak keuntungan peribadi?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:12 AM | Show all posts
aku pelik la kenapa ada ahli politik yg masih lagi nak sokong Atuk..dia tu zaman kegemilangan dah habis..
nampak sangat PH ni bebal, dah tak ada calon muda berwibawa...
pangkah lagi PH  
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:13 AM | Show all posts
Mungkin satu dari nya menteri yang buat/ mencipta kereta terbang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:13 AM | Show all posts
rasanya lps ni rakyat kena turun kt jalan dah. tikus politik mcm sial je duk pass kerajaan mcm ni depa punya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2020 11:15 AM | Show all posts
SWORKS27 replied at 5-6-2020 11:12 AM
aku pelik la kenapa ada ahli politik yg masih lagi nak sokong Atuk..dia tu zaman kegemilangan dah ha ...

Mungkin atuk offer lebih kut..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 11:16 AM | Show all posts
Boomibulat replied at 5-6-2020 03:15 AM
Mungkin atuk offer lebih kut..

kalau betul, itu menunjukkan Politik PH ni, HANCENG !!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Kemenangan utk rakyat. .   
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Diorang tu demanding like mad, tak nyedor diri sorang macam Doraemon, sorang lagi bini muda macam harrem. Kalau letak jawatan, tak ada orang hingin nak bagi jawatan pada diorang. Tiap2 hari nak ugut orang, ikut perangai hancing PKR.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Pru terus la.. Ada brani ke..
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
geng2 pemyamun dah boleh ketip2 bibir. .



Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:20 AM | Show all posts
mssuci replied at 5-6-2020 11:18 AM
Pru terus la.. Ada brani ke..

kita tunggu/lihat PRK Chini dulu sebagai penanda aras di zaman Covid 19 ni utk next PRU
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
mssuci replied at 5-6-2020 11:18 AM
Pru terus la.. Ada brani ke..


We have the numbers .   


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Abah Mahiaddin xder nye nk risau, now PH split into 2, side Atok dgn side Bangnon....
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
SWORKS27 replied at 5-6-2020 11:12 AM
aku pelik la kenapa ada ahli politik yg masih lagi nak sokong Atuk..dia tu zaman kegemilangan dah ha ...

22 bulan PH memerintah rasanya lebih banyak yg kita merasai manifesto yg belum tertunai dari kes kes rasuah baru yg muncul.Clamping rasuah was actually on the right track?

Fair statements ,you think?

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:26 AM | Show all posts
Edited by highcastle at 5-6-2020 11:28 AM

Jadi siapa yang akan pegang jawatan PM? Abang Non atau Atok? Dan mungkin Parlimen BUBAR?....... Jom makan Super Ring............

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Aduh...dah tu nk bg sape jd pm??bangnon ka??tobat buang la weh.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2020 11:28 AM | Show all posts
Edited by Boomibulat at 5-6-2020 11:30 AM

Pening kan politik ni..2 jun kena pecat..4 jun tarik balik surat pemecatan..
Surat pemecatan

surat tak jadi pecat


Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:28 AM | Show all posts
pellegrinos... replied at 5-6-2020 03:22 AM
22 bulan PH memerintah rasanya lebih banyak yg kita merasai manifesto yg belum tertunai dari kes k ...

saya rasa semua salah jibi
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 11:32 AM | Show all posts
Xim replied at 5-6-2020 11:28 AM
Aduh...dah tu nk bg sape jd pm??bangnon ka??tobat buang la weh.....

Ha Ha Ha.. Skg saper big boss kat dalam Pakatan Harapan? Atok atau Bang Non?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.824148 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list