CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1590|Reply: 17

[Tempatan] Masuk 3 bulan. Jika sekolah masih ditutup, lagi tertekan ibubapa - pakar

[Copy link]
Post time 5-6-2020 11:31 AM | Show all posts |Read mode
Awas masalah keresahan sosial jika sekolah terus ditutup, kata pakar
June 5, 2020 9:15 AM

PETALING JAYA: Ahli psikologi kanak-kanak memberi amaran tentang kemungkinan munculnya masalah keresahan sosial dalam kanak-kanak dan ibu bapa kerana sekolah yang sepatutnya ditutup selama 2 minggu kini masuk bulan ke-3 dalam usaha mengawal penularan Covid-19.

Dr Hanina Hamsam dari Universiti Putra Malaysia berkata kemahiran sosial murid sekolah rendah mungkin merosot jika mereka tidak dapat menghadiri kelas dan terkurung di rumah bagi tempoh yang lama.

Walaupun banyak sekolah melaksanakan pembelajaran dalam talian, interaksi dalam talian tidak sama dengan belajar dalam kelas.

Pertamanya, pembelajaran dalam talian memerlukan lebih disiplin.

“Ada kanak-kanak yang tiada akses internet kerana lebar jalur yang tidak baik atau peralatan substandard,” tambahnya.

Ibu bapa juga terkesan kerana ramai terpaksa memantau dan membantu pembelajaran anak, sesuatu yang mengambil masa dan memerlukan kesabaran.

Hanina menambah ramai ibu bapa bekerja di rumah sejak perintah kawalan pergerakan berkuatkuasa pada 18 Mac.

“Bukan senang nak tangani kanak-kanak, lagi-lagi yang kecil,” katanya.

“Ada juga ibu bapa yang hilang pekerjaan ketika ini, dan berada di rumah bersama anak sepanjang masa jadi tekanan baru yang perlu mereka hadapi.”

Sebelum ini, FMT melaporkan gangguan persekolahan sejak 14 Mac mungkin berterusan sehingga tahun depan bagi kebanyakan pelajar.

Sumber yang dekat dengan perbincangan mengenai membuka semula sekolah di seluruh negara berkata mungkin hanya pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan penting akan kembali ke kelas.

Hanina berkata keadaan itu amat sukar bagi mereka yang tinggal di perumahan rakyat kerana ruang kediaman yang tidak luas.

Beliau mencadangkan jawatankuasa perumahan rakyat membolehkan kanak-kanak yang bersekolah menggunakan dewan masyarakat untuk pembelajaran dalam talian, tertakluk kepada tatacara operasi standard (SOP).

“Ada rumah pangsa kos rendah didiami sehingga 10,000 orang,” katanya.

“Ruangan yang tidak luas dan anak-anak tidak bersekolah bagi tempoh yang lama boleh memberi tekanan dan masalah.”

Katanya, pilihan lain adalah membuka sekolah secara giliran, yang mana kanak-kanak pergi kelas secara berselang-seli.

“Kementerian Pendidikan boleh mulakan dengan membolehkan pelajar senior ke sekolah seminggu sekali atau 2 kali untuk membiasakan diri dengan norma baru.”

Lihanna Borhan dari Universiti Islam Malaysia berkata harga diri kanak-kanak mungkin terkesan jika mereka rasa mereka tiada kemajuan kerana sekolah ditutup begitu lama.

Bagi melawan perkara itu, dan mengelakkan kemahiran sosial merosot, beliau menasihatkan ibu bapa memenuhi masa anak-anak dengan aktiviti bersama seperti bercerita dan memasak.

“Libatkan diri anda dengan anak,” katanya kepada FMT. “Bukan sahaja berbual atau buat kerja sekolah bersama. Harus ada kegiatan tambahan.”

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia, Ali Hassan pula menggesa Kementerian Pendidikan merangka kurikulum yang sesuai untuk pembelajaran dalam talian.

Beliau juga bersetuju persekolahan menggunakan pendekatan tak serentak, yang mana ia dihadiri pelajar senior terlebih dulu dan kemudian diikuti pelajar junior.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
eh tak..saya suka je lama lama budak cuti..bole tatap 24 jam wajah diorg..bermanja. kita ckp lembut je buat keja skolah..dia buat ye jap lagi. .jap lagi jap lagi pas mandi jap lagi pas tengok katun. yelah..kita mak jenis tal reti jaga anak

kan kan kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 5-6-2020 04:28 AM
eh tak..saya suka je lama lama budak cuti..bole tatap 24 jam wajah diorg..bermanja. kita ckp lembut  ...

Anak buah iols pukul 2 3 petang baru bangun, nak maghrib baru mandi..kerja sekolah haram nak buat, mak bapak jgk yg kena buat..
Aku rasa nak hempuk je budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca ni terasa macam....eh, parents ni memang lebih mengharapkan stranger untuk lebih masa bersama anak-anak ke....
Kenapa alasan anak tak ke sekolah mengganggu urusan kerja mereka....
Buat pertama kali, iols rasa macam nak me****....kalau ko rasa anak tu jadi penghalang kepada kerjaya, sila jangan beranak....
Anak-anak tu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada ibu bapa kan...cikgu ni just pemudahcara je...
Kalau anak buat masalah di sekolah, tahu pula nak salahkan cikgu...
Anak-anak di rumah, korang rimas pulak....

Apooooo.....

Anak tak sampai sepuluh orang merungut lebih...
Cikgu menghadap satu kelas 40 orang dengan pelbagai karenah...tu baru satu kelas....cikgu bukan mengajar satu kelas....banyak kelas kot...ok je pun....

Sekian bebelan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
mmg ada ibu bapa yg stress mlayan anak d ruma..  dan lega jika anak p skola..  ni kisah bnar
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:49 PM | Show all posts
nazzse replied at 5-6-2020 12:35 PM
Anak buah iols pukul 2 3 petang baru bangun, nak maghrib baru mandi..kerja sekolah haram nak buat, ...

ni bukan soal rimas atau tak..dh budak tu kena sekoalh kena sekolah la..takde isu harap org luar didik anak. sukahatilah..ckp bgitu bgini anak dia sukati dialah. selama ni anak aku tu bukan pasal aku suruh cigu tu ajar..sebab memang peel anak anak aku rajin kt sekolah je..dalam kelas dia tekun..kemain takut ..ngan aku dia buat derk ja kalau suruh bleajar, aku risauu psal si kecik djh 4 tu je kemain seronok dia siang malam merepair beskal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku yg cikgu pn nk ank p skola jgk.. Lain mcm weh ajaq ank sndr ngan ajaq ank org.. Nape ank org leh sabaqqqqqqqqqqqq ank sndr sat ja.. Dh la kuat sebek... Bl sebek nk berair mata.... Tnggi la pitching mak ko nnt
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuk aku x pun.. Suka lg ade.. Kalo anak sekolah ya ampun penat oii.. Kuar msk rumah berkali2.. Adik blk kul 11.30..lps tu kakak balik kul 1.30 atau 3ptg..lps tu trs anto sekolah agama kakak.. Adik standby cikgu dtg ambik p tuesyen mandarin atau English.. Lps tu ambik kakak.. Kakak lak siap2 p tuesyen mandarin 4 ari seminggu tuk siap kan homework dlm mandarin Dan belajo..cuti jumaat sabtu Pg2 anto p mengaji.. Petang bawak p jalan2.. Tido mlm rs nak pengsan.. Skrg ni relax2 je.. Lps subuh msk sarapan trs msk lunch.. Tunggu anak bgn lps solat subuh biasa dia org tido blk.. Lps tu duk layan si adik tgk karton.. Skrg ni lebih lega rsnye.. Relax serelax nye.. Cuma monitor kakak buat homework setiap hari..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2020 01:02 PM | Show all posts
cuba wartawan tanya parents yg guna masa 3 bulan didik anak2 dgn mcm2 skill
ada dia org komplen ka pasal stress?
ada yg tinggal di flat, ambik peluang bawak anak2 gi belajar berkebun kawasan hutan sekitar
ada yg ajar mcm mana nak baiki motorsikal etc
baking etc
parents mcm ni fhm, KPM lebih arif bila masa sesuai nak bukak sekolah
dh tentu la KPM ada berbincang pjg lebar dgn KKM
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 5-6-2020 12:49 PM
ni bukan soal rimas atau tak..dh budak tu kena sekoalh kena sekolah la..takde isu harap org luar d ...

Sama la. Bukan soal rimas atau x suka anak2 kat rmh. I suka je. Tapi ada masa rasa kusut jugak dengan geram sebab dah disuruh belajar buat2 lambat ambik buku. Bagi alasan nak main dulu la apa la. Pastu tengah elok mengajar anak no 3 nak makan la. Tengah ajar no 1 sains no 2 cakap nak berak la. Adus stresss la i. Persekitaran belajar x kondusif sungguh la. Anak anak i 3org. 8thn 5thn 3thn. No 2 tu mmg mencabar sikit nak ajar sebab dia xblh ada distraction. Nak fokus kat dia kakak pulak sebok tanya ibu itu ini adik pulak nak makan.

I ok je anak3 kat rumah. Dorang xde sunyi. Tapi i risau la anak2 i ketinggalan dlm pelajaran terutama no 2 sebab dia baru je tadika 2bulan dh pkp. Baru nak kenal huruf dah cuti lama. I ada jugak ajar2 dia phonic ni tapi i tetap rasa dia kena belajar di sekolah jugak dengan cikgu.

No 1 i tak risau sebab dia dh pandai baca dah hafal sifir independent belajar sendiri cuma i kena assist dia jugak kadang2. Hari2 la i kena make sure dia bt maths dgn scs dan english. Risau dia lupa.

Semoga cepat la hapus covid ni. Rindu nak bawa anak2 jalan2 mcm dulu

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:50 PM | Show all posts
Itulah hakikat yang dihadapi oleh kebanyakan makpak sebab tu eloklah kalau sekolah dah boleh dibuka semula.  Nak menyorok sampai bila pun bukan boleh selesai masaalah sebab tak boleh nak tahu bila wabak penyakit benar2 akan berakhir melainkan dan ada ubat dan vaksin untuknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:53 PM | Show all posts
i tak rasa parent rimas sekolah tak bukak.
dia mcm kita as parent ..bukan smua career sesuai work from home.
persekitaran tak kondusif utk belajar/kerja
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku nk anak pi sek..dkt rmh ni klu aku xtunggu dia buat keje sek online tu mmg tak buat punya...plk tu klu asyik bergaduh pasal hp je... Bkn xnak jg anak..tp bab sekolah mmg cikgu lg pandai.. Dan anak2 aku sendiri pun bersungut..lmbtnya nk sekolah..dh lama xjumpa kawan. Dah la xde duit klu tak sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:59 PM | Show all posts
jangan pulak dah masuk sekolah, mak bapak cari pasal dengan cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
abg ak dh hint dh  mcm nk letak anak2 dia kt umah nenek, sbb bdk2 dh bosan katanya. umah nenek, hari2 le nenek masak mcm2 nnti. setakat rentas daerah je. tp mak ak hati keras, x kuasa nk jaga wlupun rindu kt cucu2. ikut jela pkp ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:01 PM From the mobile phone | Show all posts
i ok je anak i laaagiiii la suke dah dia pun asperger, antisosial. cuma risau bab bljr je la. selama ni ada cikgu dtg rumah pantau utk subjek yg tak faham sgt lepas bljr online. skrg ni semata online iols plak kdg2 tak reti nak ajar. jenuh klebet silibus.tp takpe la nak amik exam lambatttt lg.so bljr2 la menrajinkan diri buat kerja2 domestik dlm rumah ni. cuma kalau pergi sek keb tu boleh la dia repair bab communication & social skills.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2020 02:11 PM | Show all posts
Aku risau juga yg kecik ni tak nak g sekolah langsung.Aritu masa mula2 sekolah puas laa aku berperang dengan dia tiap pagi ..memujuk dia supaya pergi tadika.Dia buat perangai tak nak pakai uniform ..hari2 cikgu pakaikan.Lepas tu dah start suka ke tadika..cuti penggal dan PKP.

Isnin ni pihak tadika buat kelas on9..padah laa anak aku nak buatnya .Masa PKP cikgu bagi worksheet haram dia tak buat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2020 02:28 PM | Show all posts
aku tak stress pun, aku rasa dapat gunakna kreativiti side aku utk explore cara ngajar anak2..macam baru2 ni, anak aku ada subjek sains, pasal akar pokok semua, so aku gi la bawa dia tgk contoh sayur kat rumah. .. jenis akar.. berbunga ke tak..lagi cpt diorang fhm. lepas tu boleh btkan kuiz. then subjek matematik, masuk bab pecahan, aku gunakan pizza dan kek utk ajar diorang fhm.. then lps dapat jawab betul, reward dia adalah makanan.

  aku rasa cam dah boleh home school anak2 .. cuma mengajar bukan passion aku dan kerjaya aku skrang lebih mampu kasi financial support pada keluarga aku.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:07 AM GMT+8 , Processed in 0.085327 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list