Perlucutan jawatan Akram sebagai MPT Bersatu dibatalkan
HIDAYAH HAIROM | | 5 Jun 2020
KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Jawatan Akram Shah Mohd Gadafi Sanusi sebagai Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikembalikan malam tadi.
Akram berkata, beliau menerima surat berhubung perkara itu ketika menghadiri mesyuarat tergempar parti itu.
"Agak melucukan malam tadi (kelmarin) saya terima kepilan surat saya dilucutkan lantikan MPT melalui WhatsApp.
"Namun saya adakan perbincangan dengan(Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dan dibenarkan menghadiri mesyuarat malam ini.
"Kemudian malam ini saya menerima surat bahawa perlucutan jawatan saya sebagai MPT itu dibatalkan," katanya kepada media.