CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5746|Reply: 30

Boleh Buat Majlis Kahwin Tapi Duduk Jauh-jauh, Pengantin Nak Ke?

[Copy link]
Post time 7-6-2020 02:09 PM | Show all posts |Read mode


Bibit-bibit kejayaan Malaysia menangani pandemik Covid-19 semakin menyerlah. Ramai yang mula tersenyum kerana pelbagai industri boleh beroperasi dalam had yang dibenarkan.




Antara yang diperkatakan adalah industri perkahwinan yang menerima tamparan hebat kerana terpaksa dibatalkan sebelum ini.



Astro Awani melaporkan majlis perkahwinan yang mematuhi normal baharu seperti cadangan perunding perkahwinan, Farlisa Yafar boleh dilakukan oleh kelarga pengantin.







Menerusi idea tersebut, tiada sebarang sentuhan dilakukan ketika majlis berlangsung dan ia perlu dipatuhi oleh semua pihak. Tetamu akan sentiasa diperingatkan mengenai prosedur yang perlu dipatuhi seperti menjaga jarak, menggunakan pencuci beralkohol dan tidak berbual bagi langkah keselamatan.





Kredit foto : Twitter



Dengan menetapkan pelbagai peraturan ini, majlis tetap boleh diadakan, namun dalam situasi terkawal. Menurut Farlisa lagi, ianya normal baharu yang perlu diterima oleh semua orang.



"Kita ada pelbagai seksyen, bermula dengan pendaftaran, tetamu perlu menepati SOP yang ditetapkan serta menjaga jarak di dalam dewan. Selain itu, tuan rumah juga akan berada di pelamin bersama pengantin. Tiada sesi borak antara tetamu dan tuan rumah. Ianya seperti 'drive thru'."





Kredit foto : Twitter




Sementara itu, bagi memudahkan proses majlis, tiada jamuan diadakan, sebaliknya tetamu akan diberikan juadah untuk dibawa pulang.



Jika mahu memberi sumbangan atau 'salam kaut' kepada ibu bapa pengantin, ianya juga boleh dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.



Idea ini mendapat sambutan yang pelbagai daripada warganet. Masing-masing mempunyai pelbagai pendapat.








Kredit foto : Twitter




Kredit foto : Twitter



Walau apapun pendapat, sememangnya idea ini boleh digunakan dengan syarat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Jadi, bagaimana pengantin? Bolehlah buat kenduri seperti ini, kan?- CARI

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah buat la.. Lg dibuat lg kene ketuk harga dgn wedding planner,catering,butik bridal..kan trend dulu perabes smpi 30k-50k utk wedding saje..pdhal makan tak sedap,doorgift pon anjirr punye kualiti,baju pon recycle zaman bile tah. Skang ni cash la asek kaut untung dulu kans..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif pengantin lelaki dn pompan duduk jejauh kt pelamin? Malam nanti menyumbat gak konek dlam lubang nonok.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak juga buat majlis.
Memang payah nak ubah cara baru yer.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Nope..weols sanggup tunggu akhir tahun nak buat majlis..
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lauk + bekas tapau jer dh brp? Huhuhuhu.. untong la caterer.. tp kalu ttamu 1k above...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-6-2020 04:17 PM | Show all posts
kazen suami akk semlm pun nikah online tp pengantin perempuan ada sekali,family takde lah  pg,tgk gambar kat grup jer,dah pakcik suami bgt takde kenduri bagai.minta maaf bebanyak sbb kahwin gitu tp sedara mara ok jer,janji dah selesai kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 05:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Mira filzah blh pakai la idea ni utk pemenat2 sheols.. Rakyat marhaen buat je live fb yt ig aqad nikah and sesi bergambar. Settled!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-6-2020 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Tingin makan nasi minyak.. takde sape nak jemput iols jadi tetamu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kena duduk jauh2 that means pelamin kena besa. Maka, lebih la bayarannya. Tunggu je la sampai betul2 boleh buat majlis
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelakarnya tgok gambar tetamu duduk jarak2 mcm tu.. better x payah buat majlis.
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2020 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94: Kelakarnya tgok gambar tetamu duduk jarak2 mcm tu.. better x payah buat majlis.

Tetamu jarak ok lg.
Yg pengantin jarak tu kenapa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Gigihnye lahai nak jugak buat majlis zaman corona gini
Tak menyabor2. huh.. bosan..
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:46 AM From the mobile phone | Show all posts
motif pengantin dok jauh? abis majlis ko tak dok sebilik ke apa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la buat majlis. Orang bukan nak mengata pun musim2 macam ni. Sedara mara jiran  kawan2 semua faham. Kalau iols, baik duit kenduri tu buat beli rumah ke, buat insurans ke.. Benda2 berkaitan masa depan. Sebab i takut dengan ekonomi akan datang. Tak tahu stabil atau tak. So, baik berjaga-jaga
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
iols nak..janji kawin.nanti malam bole je rapat2 hihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2020 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Takde meja makan, hanya food bungkus. Tak kuasa la org nak duduk saja utk tgk pengantin berkipas je. Kalau gini tak perlu dewan pun. Bukak counter amik makanan depan pagar rumah je la. Lol
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
xyah buat majlis jimat duit.haha
nikah jela pastu buat makan2 edar packfood je
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau boleh bersabar untuk tunggu tahun depan boleh, tapi kalau dah commit untuk buat majlis tahun ni pun tiada masalah
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Aloh pengantin tu dok sebilik, sebantal. Nak social distancing apanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.380412 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list