CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32340|Reply: 162

Atikah Suhaime, Lokman menanti hari bahagia

[Copy link]
Post time 6-6-2020 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime, 29, dan kekasihnya, Datuk Lokman Teh, 31, hanya

hanya boleh memikirkan fasa seterusnya apabila pandemik COVID-19 berakhir.

Ini berikutan mereka kini berjauhan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Atikah berada di negara kelahirannya, Singapura, manakala Lokman di Kuala Lumpur.

"Hubungan jarak jauh menyebabkan tiada apa yang boleh dirancang buat masa ini, apatah lagi larangan merentas negara masih dikuat kuasa.

"Saya berharap COVID-19 segera berakhir. Selagi belum selesai, selagi itulah segala perancangan ke fasa seterusnya tidak boleh terlaksana. Apakan daya, kami juga terpaksa berpisah jauh buat seketika," katanya kepada BH Online.

Atikah berkenalan dengan Lokman yang juga pewaris produk penjagaan badan popular selepas diperkenalkan rakan mereka. Diakui, hubungan terjalin selepas empat bulan impian Atikah melangkah ke jenjang pelamin bersama penyanyi, Awi Rafael tidak kesampaian.

"Saya dan kekasih diperkenalkan oleh rakan-rakan. Kebetulan rakan saya juga berkawan dengan Lokman. Awalnya, sekadar teman biasa, tetapi lama kelamaan kami gembira bersama," katanya yang membuat pendedahan hubungan cinta dengan Lokman pada Julai, tahun lalu.

Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime berkurung di Singapura selama beberapa bulan hanya menunggu lampu hijau kerajaan Malaysia memberi keizinan kepada warga asing masuk.

"Saya sudah lama berehat, hampir tiga bulan. Perasaan rindu kembali bekerja membuak-buak, apatah lagi saya masih mempunyai baki 10 episod untuk drama Dendam Cinta Arissa terbitan Radius One Sdn Bhd.

"Saya sudah berbincang dengan keluarga keputusan pulang ke Kuala Lumpur. Keluarga bimbang sekiranya saya tak dapat pulang dalam tempoh lama berikutan tanggungjawab pada tugas.

"Kini, saya sedang menantikan maklumat mengenai kemasukan ke Malaysia. Setakat ini, belum ada lagi keputusan. Saya dan pelakon, Hisyam Hamid berbincang mengenai hal ini berikutan kami digandingkan menerusi drama arahan Shahrulezad Mohameddin," katanya.

Pelakon filem Lagenda Budak Hostel dan Volkswagen Kuning itu berkata, syarikat produksi ada memaklumkan melakukan penggambaran secara berasingan. Mereka akan menyiapkan penggambaran watak lain terlebih dahulu.

"Selepas mendapat keizinan masuk semula ke Malaysia, barulah mereka akan menyelesaikan bahagian saya dan Hisyam," kata Atikah.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 11:38 AM | Show all posts
"Pewaris produk penjagaan badan popular"?? Zaitun tu masih popular ke uolls?? Ke dah rebrand to something popular yang iolls tak tau..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Bgs kawin ngan awie ja haritu.. muka lebih kurang
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 6-6-2020 11:39 AM
Bgs kawin ngan awie ja haritu.. muka lebih kurang


takde jodoh uolss
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 6-6-2020 11:39 AM
Bgs kawin ngan awie ja haritu.. muka lebih kurang

Dah awipael rejek camtu je nak buat camane uols..
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Atata replied at 6-6-2020 11:39 AM
Bgs kawin ngan awie ja haritu.. muka lebih kurang

Haha
Adoi btl la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2020 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
lokman tu lg parah dari tikah ni. Takde ke laki elok sikit tikah ni nak cari. Apa2 pun sekufu la dedua ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari segi keligatan, diorang sekufu
So elok la berjodohan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 12:43 PM | Show all posts
Keligatan? Cer cerita
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah nk kawen eh diorg tahniohhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka atikah dah jadi mcm muka ashanti bini anang pulak dalam gambar tu
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cikpisang replied at 6-6-2020 12:30 PM
lokman tu lg parah dari tikah ni. Takde ke laki elok sikit tikah ni nak cari. Apa2 pun sekufu la ded ...

Spill the tea sis
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Datuk boksit?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
walaupun dia kena tinggal dek awie,  poket awie sedikit kempis kot yang ni ada harapan menebal poket walaupun dispeku dato dari kayangan boksit. Jadi rupa tu dia pejam mata je lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
oohhhhhh bakal mertua dh tau ke belum ni hal trisome aritu?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:41 PM | Show all posts
minah_selekeh replied at 6-6-2020 03:38 AM
"ewaris produk penjagaan badan popular"?? Zaitun tu masih popular ke uolls?? Ke dah rebrand to some ...

dh berzaman2 aku takde nmpak brg2 zaitun kat mana2 kedai.. wujud lagi ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2020 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
zaitun..gunakan tanpa was was
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
tikah ni ada iras pajura
teringat gambo sheols.cantik ketet sheols
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tikah ni cantas lokman drpd sepupu lopa ke? Atau depa putus dulu sebelum Tikah masuk line?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2020 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
minah_selekeh replied at 6-6-2020 11:38 AM
"Pewaris produk penjagaan badan popular"?? Zaitun tu masih popular ke uolls?? Ke dah rebrand to some ...

Last ioll check dengan kazens di SG, produk Jeton memang ada lagi. Tapi kat sini dah terbarai rasanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 07:56 PM GMT+8 , Processed in 0.185794 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list