CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27504|Reply: 17

Tindakan Ombak

[Copy link]
Post time 30-7-2004 03:35 AM | Show all posts |Read mode
Tindakan Ombak

Bentuk pinggir laut sentiasa berubah disebabkan oleh tindakan ombak, pasang surut dan arus yang sentiasa berlaku di sini. Pada hari yang tenang apabila angin kencang tidak bertiup, maka ombak tidak banyak merosakkan pinggir pantai. Sebaliknya ombak itu mungkin akan membina pantai dan bentuk-bentuk pemendapan yang lain. Ombak paling banyak membinasakan pinggir pantai pada waktu ribut.

Pasang surut dan arus yang melanda pantai tidak banyak melakukan kerosakan kepada pinggir pantai. Pasang surut mempengaruhi hakisan laut manakala arus pula membantu memindahkan puin-puin yang terhakis dan menimbunkannya sebagai kelodak pasir dan batu kelikir di sepanjang pantai.

Ombak adalah agen hakisan dan pemendapan yang penting mengubah bentuk sesuatu pinggir laut. Ombak terjadi akibat tiupan angin di permukaan laut. Tiupan angin ini menyebabkan permukaan laut beralun. Alunan-alunan ini dipanggil gelombang. Tiupan angin yang kuat akan menghasilkan gelombang-gelombang yang lebih besar. Bila gelombang bertembung dengan kawasan daratan ia akan pecah dan menghasilkan ombak. Gelombang-gelombang juga akan pecah bila sampai ke kawasan yang cetek. Kekuatan hakisan ornbak bergantung kepada kedalaman air dan sifat batuan di pinggir laut. Di kawasan air yang cetek, gelombang-gelombang pecah sebelum sampai ke daratan sementara kawasan batuan keras adalah lebih kukuh menahan tindakan ombak.

Hakisan ombak boleh berlaku melalui beberapa cara termasuk tindakan hidraul, lelasan, lagaan, perlanggaran dan larutan. Ombak yang melakukan hakisan dikenal juga sebagai ombak pembinasa.Tindakan hakisan ombak menghasilkan beberapa bentuk muka bumi pinggir laut.

Ombak boleh bertindak sebagai agen pemendapan. Ombak ini dipanggil ombak pernbina. Bila tenaga ombak berkurangan atau lemah bahan-bahan terhakis akan dimendapkan. Pemendapan ombak berlaku sama ada di dalam lautan ataupun di kawasan pesisir. Kawasan pesisir adalah kawasan di antara air surut dan air pasang penuh. Pemendapan di kawasan pesisir menghasilkan pantai.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2004 03:39 AM | Show all posts
Cara-cara Hakisan Laut Berlaku

Ombak merupakan kuasa hakisan laut yang kuat sekali dan terjadi disebabkan oleh tiupan angin di permukaan air yang membentuk satu siri alunan gelombang yang bergerak ke hadapan. Ha.l ini menyebabkan gelombang-gelombang ini menjadi lebih tinggi dan lebih deras. Ombak biasa di lautan lepas mungkin berukuran setinggi 6 m (20 kaki) sahaja (ukuran tegak di antara puncak dan lekung ombak) dan panjangnya 120 m (400 kaki), jarak gelombang atau jarak melintang di antara dua puncak ombak.

Ukuran-ukuran ini akan bertambah bila ribut berlaku. Ini bergantung pula kepada kelajuan dan lamanya angin itu bertiup. Setibanya di perairan cetek dekat pinggir laut kelajuannya berkurangan dan ombak akan melengkung atau membias merentang jajaran pantai. Di perairan cetek, bila dalamnya kurang daripada ketinggian ombak, akan mengurangkan kemaraan ombak. Puncaknya akan bergulung dan memecah di pantai seperti kumpulan buih sebagai ombak pecah. Air yang menyerbu ke pantai dan menghempaskan puin-puin batu-batan ke daratan dinamakan damparan atau gedebur. Air itu akan turun semula ke laut sebagai ombak undur atau basuhan balik.. Satu lagi unsur hanyutan ke pinggir pantai ialah arus seret yang mengalir di bahagian dasar dari pinggir pantai ke laut. Arus ini mempunyai kuasa tarikan yang boleh membahayakan orang-orang yang mandi-manda di tepi laut

Ombak melakukan aktiviti hakisan di pinggir laut melalui beberapa cara iaitu :

l- Lelasan

Ombak yang mengandungi puin-puin batu-batan yang berbagai saiz dan bentuk akan menghempas dasar-dasar cenuram dan menghakisnya secara lelasan. Arus dan pasang surut akan menyempurnakan kegiatan ini dengan memindahkan bahan-bahan terhakis itu ke laut.

2. Hakisan laga

Ombak yang sentiasa melanda pinggir laut  itu membawa bahan-bahan yang terdapat di pantai yang berbagai bentuk dan saiz seperti batu tongkol, batu kelikir, batu lada dan pasir halus. Bahan-bahan itu  berlaga sesama sendiri lalu pecah menjadi serpihan-serpihan yang lebih kecil dan halus. Bahan-bahan yang dilagakan oleh ombak ke tebing cenuram dan sesama sendiri itu merupakan satu-satunya faktor utama yang telah menghasilkan pasir halus yang telah membentuk pantai-pantai yang biasanya merupakan tempat peranginan pantai yang baik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 03:42 AM | Show all posts
3. Tindakan hidraul

Bila ombak memukul pantai, ombak ini mungkin memasuki celah-celah retakan dan rekahan batuan pada dinding-dinding cenuram. Udara yang terperangkap di dalamnya akan serta-merta menjadi mampat. Apabila ombak rnengundur semula, udara yang mampat ini mengembang dengan serta-merta dan terjadi suatu letupan. Proses ini berlaku secara berterusan menjadikan retakan-retakan semakin besar dan serpihan-serpihan batu-batan akan menjadi pecah.

4. Tindakan larutan.

Di pantai-pantai batu kapur, tindakan air laut terhadap kalsium karbonat menyebabkan satu perubahan kimia berlaku pada batu kapur tersebut. Akhirnya batu-batan ini akan luluh.  Pembebasan karbon dioksida oleh rumpair menambahkan keasidan air laut dan membantu proses larutan.  Proses ini hanya berlaku di kawasan-kawasan pantai batu kapur sahaja.

5. Pelanggaran

Pelanggaran air di kaki cenuram menghasilkan suatu daya yang kuat yang boleh menghancurkan muka cenuram tersebut.  Hakisan ombak ini boleh menghasilkan bentuk muka bumi seperti teluk dan tanjung, gua, batu tunggul dan tunggul sisa.
  
Kadar hakisan laut bergantung kepada sifat batu-batuan, banyaknya bahagian-bahagian batuan yang terdedah kepada laut, kesan-kesan tindakan pasang surut dan arus serta struktur geologi. Pengaruh-pengaruh lain juga perlu dipertimbangkan. Umpamanya pengaruh kegiatan gunung berapi, pengglasieran, pergerakan bumi dan pemendapan bahan-bahan organan di pantai.
  


Cara-cara mendapan Laut Berlaku

Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung. Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak membina. Ombak membina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih kuat daripada basuhan balik. Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi seperti pantai, tetanjung dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 03:47 AM | Show all posts
Bentuk muka bumi hakisan ombak
  
Hakisan ombak telah menyebabkan perubahan pada bentuk muka bumi di pinggir laut dan menghasilkan pandang darat pinggir laut  yang pelbagai rupa. Antara bentuk muka bumi di pinggir laut yang terbentuk ialah tanjung dan teluk, cenuram dan pelantar hakisan ombak, gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa, geo dan lohong ombak.

Tanjung dan teluk

Tanjung dan teluk terjadi secara serentak. Tindakan ombak terhadap batuan yang tidak sama kerasnya di kawasan pinggir laut yang terdedah menyebabkan hakisan ombak yang tidak sama kadarnya. Ini jelas kelihatan bila batuan keras seperti granit dan batu kapur berselang-seli dengan batuan lembut seperti  pasir dan batu tanah liat. Batuan lembut akan terhakis dengan cepat lalu menjadi serokan, anak teluk atau teluk. Batuan keras pula kekal di tempatnya menjadi tanjung, atau tanjung tinggi.  Contoh-contoh yang baik terdapat di sepanjang pantai Dorest di selatan England, Teluk Swanage dan Tanjung Tinggi Durlston. Kawasan-kawasan yang terdiri daripada sejenis batuan pun masih mempunyai bentuk-bentuk pantai yang tidak sekata disebabkan oleh perbezaan-perbezaan dalam batuan itu sendiri. Oleh itu, Pulau Pinang yang terdiri daripada batu granit, mempunyai banyak teluk-teluk dan tanjung-tanjung. Kawasan teluk biasanya mempunyai air yang tenang kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan sesuai untuk dijadikan pelabuhan semulajadi.

Teluk-teluk yang besar seperti Teluk Parsi atau Teluk Benggala, terbentuk oleh sebab-sebab lain seperti penenggelaman atau pergerakan bumi.

tanjung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 04:17 AM | Show all posts
Cenuram dan pelantar hakisan ombak

Biasanya tebing batuan yang curam di pinggir pantai menjadi cenuram. Kadar pengundurannya bergantung kepada struktur geologi, iaitu perlapisan, rekahan serta daya tahannya menerima pukulan ombak. Jikalau lapisan-lapisannya condong curam ke arah laut, tebing-tebing tinggi yang terbina akan mempunyai bentuk bertangga-tangga yang dikenali sebagai teres pesisir dan jikalau lapisannya condong hala ke daratan, cenuram ini akan lebih tahan daripada dihakis oleh ombak.

Di antara cenuram yang terkemuka ialah tebing tinggi batu kapur di Selat Inggeris. Ini termasuklah juga Tanjung Tinggi Beachy dan tingginya 150 meter, Seven Sisters dekat kuala Cuckmere dan Tebing Tinggi Putih di Dover.

Tebing Tinggi Putih di Dover

Laut akan membentuk satu takikan (notch) di kaki cenuram. Takikan ini akan menjadi lebih besar hingga cenuram itu akhirnya runtuh. Semasa cenuram itu mengundur ke darat maka terbentuklah satu dasar  yang terhakis, yang dinamakan pelantar hakisan ombak. Bahagian yang berhampiran dengan daratan akan terdedah pada masa air surut dan pelantar ini bercerun landai menuju laut. Puin-puin batuan dari cenuram yang mengundur itu berselerak di permukaannya. Hakisan lelasan terus berlaku hingga batuan kelikir itu hanyut ke laut.

Bahan-bahan terhakis itu kemudiannya dimendapkan di teres-teres pinggir pantai. Apabila pelantar hakisan itu menjadi lebih luas, umpamanya 48 km  bagi pelantar hakisan ombak Strandflat di pinggir Norway Barat, maka seluruh permukaannya diliputi oleh air. Ini menyebabkan hakisan yang selanjutnya terhadap cenuram tidak begitu berkesan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 04:34 AM | Show all posts
Gua, gerbang laut, batu tunggul dan tunggul sisa

Hakisan ombak di kaki cenuram yang terus-menerus berlaku akan mengorek lubang di bahagian-bahagian yang lembut. Lubang yang besar terbentuk di cenuram dan di tebing tanjung ini dinamakan gua. Contoh gua yang terjadi akibat daripada tindakan hihraul ini ialah gua-gua di Pulau Langkawi dan di Flamborough Head, England.
gua di Flamborough Head, England.

Apabila terdapat dua buah gua berdekatan dan sebelah menyebelah pada sebuah tanjung dan gua-gua tersebut bertemu dan bercantum  maka terbentuklah sebuah gerbang laut. Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut .Contohnya, Neddle Eye dekat Wick di Scotland dan Batu Berkaki Tiga di Sabah.
gerbang laut

Hakisan ombak yang selanjutnya akan meruntuhkan gerbang laut itu. Bahagian tanjung arah ke laut menjadi tiang batu yang dinamakan batu tunggul. Satu contoh batu tunggul yang terbaik ialah "The Old Man of Hoy" di Orkneys. Batu ini ialah batu pasir tua yang berwarna merah, tingginya 137 meter. Contoh lain yang terkenal juga ialah batu tunggul Needles di Isle of wight. "The Needles" ini merupakan sekumpulan batu-batu tunggul yang terdiri daripada batu kapur dan saiznya semakin mengecil arah ke laut. Lama-kelamaan batu-batu tunggul ini akan terhakis juga.
batu tunggal


Batu-batu tunggul yang tegak ini akan terhakis menjadi tunggul-tunggul sisa yang sedikit sahaja kelihatan di atas aras air laut.Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut.  Contohnya, kumpulan St. Kilda, yang berhampiran dengan Outer Hebrides di Scotland.
tunggu sisa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2004 04:41 AM | Show all posts
Geo dan lohong ombak

Walaupun gua telah terbentuk, hakisan ombak yang sekali-sekala memukul bumbung gua cenuram boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya disebabkan oleh mampatan udara di dalamnya. Sebuah lohong akan terbentuk dan akhirnya akan tembus ke permukaan bumi di bahagian darat. Ombak memukul masuk ke gua-gua ini akan memaksa air atau recikan-recikan air ataupun hanya udara sahaja keluar dari lubang itu . Lubang-lubang serupa ini dinamakan lohong ombak atau gloup (nama yang didasarkan kepada bunyi air dalam lubang-lubang tersebut). Satu contoh lohong ombak terdapat di Holborn Head di Caithness, Scotland.  
gloup


Bila lohong-lohong ombak itu menjadi semakin bertambah besar dan ombak terus bertindak, maka hal ini akan melemahkan lagi bumbung gua itu. Bila bumbung gua itu runtuh sedikit demi sedikit maka satu serokan yang panjang dan sempit atau corok terbina di pantai tersebut. Serokan-serokan itu dinamakan geo dan adakalanya lebih dari 30 meter dalamnya dan panjangnya begitu juga. Contohnya ialah "Wife Geo" dekat dengan Duncansby Head di Scotland.
geo
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 04:53 AM | Show all posts
Bentuk muka bumi hasil pemendapan di pinggir laut
  
Seperti agen-agen penggondolan yang lain, ombak juga melakukan proses pemendapannya. Pemendapan ombak berlaku di kawasan pinggir laut yang terlindung. Biasanya di pinggir laut begini, halaju ombak berkurangan kerana angin yang bertiup adalah lemah. Keadaan sedemikian menyebabkan terjadinya ombak pembina. Ombak pembina membawa beban dan dimendapkan di pinggir laut kerana damparannya lebih kuat daripada basuhan balik.  Dengan itu, bentuk-bentuk muka bumi seperti pantai, tetanjung(anak tanjung) dan beting pasir terbentuk di pinggir laut.

Pantai

Pantai merupakan satu bentuk muka bumi utama di pinggir laut. Pantai terbina hasil daripada pengangkutan dan pemendapan pasir dan batuan kelikir dari kawasan daratan dibawa oleh ombak dan ditimbunkannya di sepanjang pinggir laut. Inilah satu-satunya kegiatan pembentukan yang utama dilakukan oleh laut. Bahan-bahan yang terhakis itu dibawa ke sepanjang pantai melalui beberapa cara yang nyata.

Hanyutan pesisir memanjang yang melanda pantai secara serong membawa partikal-partikal pasir itu di sepanjang pinggir pantai mengikut arah tiupan angin di kawasan itu. Di samping itu, kegiatan basuhan balik akan membawa sebahagian daripada bahan-bahan tersebut ke laut di sepanjang dasar laut itu. Bahan-bahan ini akan dimendapkan di atas teres-teres pinggir pantai atau lebih jauh lagi ke laut. Bahan-bahan yang lebih halus seperti kelodak dan lumpur dimendapkan di perairan cetek di bahagian pantai yang terlindung.

Tindakan ombak yang berterusan dengan sendirinya mengasing-asingkan timbunan pinggir pantai mengikut peringkat-peringkatnya. Batuan yang lebih kasar (batu bundar dan batu tongkol) dilonggokkan oleh ombak di bahagian darat pantai. Bahan-bahan yang lebih halus pula (batu-batu kelikir dan biji-biji pasir) diseret olieh ombak dan dilonggokkan lebih hampir ke laut.

Di kawasan tanah pamah yang rata, pantai mungkin terus menganjur hingga beberapa kilometer seperti yang terdapat di pantai timur Semenanjung Malaysia. Tetapi di kawasan-kawasan tanah tinggi di mana daratan menurun dengan tiba-tiba ke laut, seperti pantai di Chile, pantai-pantai yang panjang jarang terdapat.



[ Last edited by mok_nik on 29-7-2004 at 03:54 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2004 05:02 AM | Show all posts
Anak tanjung dan betir pasir

Semua puin yang dihakis oleh ombak dibawa terus-menerus oleh hanyutan sisir pantai. Bahan-bahan ini akan berterusan dimendapkan di kawasan-kawasan serokan di tepi pantai, seperti di kuala sungai atau teluk-teluk. Oleh kerana bahan-bahan ini semakin bertambah maka bahan-bahan ini akan bertimbun menjadi satu permatang atau benteng batu lada. Ini akan membentuk sebuah anak tanjung. Satu hujungan anak tanjung ini bercantum dengan daratan dan yang sebelah lagi menganjur ke laut.  Contohnya Tanjung Calshot di Southampton Water, England, atau anak-anak tanjung yang terdapat di sepanjang pantai Kelantan.
tanjung

Ombak yang menyerong akan melengkungkan bentuk anak tanjung itu menjadi anak tanjung taji atau anak tanjung berkeluk. Sekiranya permatang batu lada itu merentangi kuala sungai atau bahagian hadapan teluk, maka timbunan ini dinamakan beting pasir.Beting pasir terbentuk sama ada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya.  Contohnya yang terkenal ialah Chesil Beach di Dorset, England, yang menganjur sejauh 26 km  lebih di sepanjang pantai itu.
beting pasir


Beting itu menghubungkan Isle of Portland dengan tanah besarnya dan mengelilingi sebuah lagun yang bernama Fleet. Beting yang menghubungkan dua kawasan daratan lebih dikenal sebagai tombolo.Tombolo menyambungkan pulau kepada daratan.

[ Last edited by mok_nik on 29-7-2004 at 04:06 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:11 AM | Show all posts
Kukup dan Paya Masin

Kukup dan paya masin adalah hasil daripada pemendapan di kawasan lindung seperti di antara beting pasir dan daratan atau di muara sungai. Air pasang dan sungai membawa bahan-bahan enapan seperti lanar dan kelodak dan meinendapkannya di kawasan lindung tersebut apabila air surut. Pemendapan yang berterusan akan membentuk dataran lumpur yang dikenal sebagai kukup.
kukup

Dalam jangka panjang, tumbuh-tumbuhan yang tahan air masin akan tumbuh subur di kawasan kukup ini dan membentuk paya masin. Contoh kukup dan paya masin dapat dilihat muara sungai Kelang dan di Teluk Morecambe, England. Di kawasan tropika, kukup akan menjadi paya bakau.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2004 05:14 AM | Show all posts
Bukit-bukit pasir laut dan kawasan bukit pasir.

Dengan adanya tiupan angin ke daratan maka sebahagian besar dari pasir pantai diterbangkan ke darat. Kejadian ini akan membentuk bukit bukit pasir laut yang luas. Bukit-bukit ini akan membentuk kawasan-kawasan bukit pasir. Kemaraannya ke pedalaman mungkin akan menyebabkan ladang-ladang, jalan jalan raya, malahan seluruh kawasan perkampungan terkambus oleh bukit pasir ini. Bukit-bukit pasir Landes, di barat daya Perancis, meliputi kawasan yang seluas 15 600 km persegi dan puncaknya setinggi 40 meter. Puncak bukit-bukit pasir ini biasa terdapat di kawasan pantai Belgium, Denmark dan Belanda. Untuk menyekat kemaraan bukit-bukit pasir ini, rumput-rumput dan pokok-pokok kecil jenis yang boleh mencengkam pasir seperti rumput marram dan pokok pain telah ditanam di kawasan tersebut.
Reply

Use magic Report

VanRizwan This user has been deleted
Post time 30-7-2004 08:36 PM | Show all posts




[ Last edited by VanRizwan on 30-7-2004 at 08:37 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2004 07:31 AM | Show all posts
Jenis-jenis pantai

Pinggir pantai boleh dibahagi kepada dua jenis yang utama iaitu :

l. Pinggir pantai tenggelam - Ini terbentuk akibat penenggelaman kawasan daratan atau naiknya aras laut. Di antara pantai jenis ini termasuklah pinggir pantai ria, pantai fiord, pantai muara dan pantai dalmatia atau pinggir laut membujur.

2. Pinggir pantai timbul - Ini terbentuk akibat penimbulan bumi atau penurunan aras laut. Pinggir pantai jenis ini tidak banyak terdapat dan digambarkan oleh pinggir laut pamah timbul dan pinggir laut tanah tinggi timbul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2004 07:34 AM | Show all posts
Pinggir Pantai Tenggelam

l. Pinggir pantai ria  

Ais banyak yang tersimpan pada zaman ais dahulu. Sebahagian besar ais ini mencair apabila iklim berubah menjadi lebih panas. Sebagai akibatnya, air laut semakin bertambah banyak dan aras laut pun bertambah tinggi. Di setengah-setengah kawasan, aras laut ini dianggarkan naik hampir 90 meter tingginya. Di pinggir-pinggir laut tanah tinggi, gunung-ganangnya menganjur lalu membentuk sudut tepat dengan laut, iaitu melintang atau menganjur ke pinggir laut
Jadi aras laut yang naik akan meneng,gelamkan kawasan-kawasan lurah yang rendah lalu membentuk anak-anak teluk bercabang yang panjang serta sempit yang diceraikan oleh tanjung-tanjung tinggi. Bentuk ini berbeza dari bentuk fiord tentang dua segi yang penting. Bentuk ini tidak mengalami hakisan glasier dan semakin dalam hala ke laut. Pinggir laut ria merupakan sifat yang biasa bagi pinggir laut jenis Atlantik seperti yang terdapat di barat laut Perancis, barat laut Sepanyol, barat daya Ireland, Devon dan Cornwall.  Pantai Ria biasanya membelakangkan kawasan-kawasan pergunungan dan oleh kerana itu tidaklah banyak pelabuhan-pelabuhan perdagangan yang terdapat di sini walaupun kawasan perairannya dalam dan boleh melindungi kapal-kapal yang berlabuh. Sungguhpun begitu kawasan-kawasan ini telah digunakan dengan luasnya untuk pelabuhan perikanan dan pangkalan angkatan laut seperti di Plymouth dan Brest.

pantai ria
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2004 07:37 AM | Show all posts
2. Pinggir pantai fiord

Pantai Fiord merupakan lekukan hakisan glasier berbentuk U yang telah tenggelam. Fiord menandakan jalan yang diikuti oleh glasier yang turun dari kawasan tanah tinggi. Tebing-tebingnya curam dan biasanya naik terus dari laut. Fiord mempunyai cawangan-cawangan yang bercantum dengan anak-anak teluk utamanya mengikut sudut tepat. Hakisan ais yang terlalu kuat menyebabkan fiord ini dalam di sebelah pedalaman. Bahagian arah ke lautnya cetek kerana di sini terdapat sebuah permatang batuan yang dinamakan tubir. Di luar kawasan fiord banyak terdapat pulau atau pulau kecil. Pulau-pulau kecil ini adakalanya 60 meter sahaja dalamnya dan menyebabkan pelayaran di pinggir laut sukar jika terdapat pula tubir cetek. Hampir semua pinggir laut fiord terletak di kawasan garis lintang yang lebih tinggi di kawasan-kawasan hawa sederhana yang pernah mengalami tindakan glasier. Contohnya terdapat di Norway, Alaska, British Columbia, Chile Selatan dan Pulau Selatan New Zealand. Setengah-setengah fiord yang besar sangatlah panjang dan dalam pula. Umpamanya, Fiord Sogne di Norway panjangnya 177 km, 6 km lebar dan dalamnya hampir 1220 meter  di bahagian tengahnya.

Walaupun kawasan perairannya dalam dan terlindung tetapi pelabuhan-pelabuhan besar tidaklah banyak di sini. Latar belakangnya yang bergunung-ganang dan dengan jalan ke pedalamannya yang sukar menyebabkan kawasan ini tidak menarik hati untuk pembangunan dan petempatan. Usaha-usaha pertanian hanya terhad kepada kawasan-kawasan kipas delta yang telah terbina di kawasan-kawasan sungai yang turun mengalir ke fiord. Beberapa bandar yang ada di sini menjadi pusat perikanan ataupun pusat pemasaran. Misalnya Trondheim hanya penting di kawasan itu sahaja

Pantai Fiord
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2004 07:45 AM | Show all posts
3. Pinggir pantai Dalmatia

Pinggir pantai ini mempunyai sistem pergunungan yang selari dengan pantai. Nama ini berpunca dari pinggir pantai Dalmatia di Yugoslavia yang terletak di sepanjang Laut Adriatic. Di sini pinggir laut yang tenggelam menghasilkan anak teluk yang panjang serta sempit, dengan rangkaian-rangkaian pulau yang selari dengan pinggir laut. Pulau-pulau yang memanjang ini sebenarnya merupakan kemuncak banjaran-banjaran gunung lama, dan selat-selat sempit itu pula merupakan lurah-lurahnya yang memanjang.  Jenis pinggir pantai Dalmatia ini juga merupakan sifat yang biasa terdapat di pinggir laut Pasifik di mana banjaran-banjaran gunungnya selari dengan pantai. Contohnya ialah pinggir laut barat Amerika Utara dan Selatan tetapi pinggir laut di sini lebih lurus keadaannya. Seperti dengan pinggir-pinggir pantai fiord dan ria keadaannya yang bergunung-ganang menyebabkan perhubungan dengan kawasan pedalaman sukar dilakukan. Kawasan ini mempunyai pelabuhan-pelabuhan yang dalam dan terlindung. Sungguhpun demikian pelabuhan-pelabuhan yang baik tidak terdapat di sini. Walaupun begitu terdapat juga beberapa buah pelabuhan penting di pinggir-pinggir laut Pasifik.

pantai dalmatia

4. Pinggir pantai muara

Di kawasan tanah pamah tenggelam, kuala-kuala sungai telah tenggelam. Dengan itu terbentuklah muara-muara yang berbentuk corong. Muara-muara ini boleh menjadi tapak bina pelabuhan yang baik jikalau jalan masuknya tidak terhalang oleh beting pasir. Umpamanya muara-muara Sungai Thames, Eibe dan Plate telah menjadi tapak bina pelabuhan-pelabuhan yang besar seperti London, Hamburg dan Buenos Aires. Pelabuhan ini menjadi lebih baik kalau ada pengaruh pasang surut. Bahkan kalaupun ada terdapat pemendapan kelodak di sini jentera-jentera pengorek moden dapat membuka pelabuhan-pelabuhan ini sepanjang masa.

muara sungai thames
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2004 07:52 AM | Show all posts
Pinggir Pantai Timbul

1. Pinggir pantai tanah pamah terangkat

Rusuk benua yang terangkat menjadi sebuah kawasan tanah pamah pinggir laut yang bercerun landai. Air di luar pinggir lautnya cetek dan mengandungi lagun, paya masin dan kukup. Pantai dan bukit pasir laut akan terjadi jikalau timbunan yang timbul dari pelantar benua itu terdiri daripada pasir dan batu kelikir. Pelabuhan-pelabuhan yang dahulunya terletak di pinggir laut sekarang ini telah menjadi bandar di pedalaman. Antara contoh tanah pamah pinggir pantai timbul termasuklah kawasan tenggara Amerika Syarikat, Finland Barat, Sweden Timur dan sebahagian daripada pinggir laut Argentina yang terletak di sebelah selatan Rio de La Plata.
  

2. Pinggir pantai tanah tinggi timbul

Gelinciran dan gerakan bumi mungkin menaikan dataran tinggi pinggir pantai dan menghasilkan bentuk-bentuk penimbulan. Pinggir laut terangkat merupakan bentuk yang terkemuka kerana kawasan ini tidak dapat lagi dipengaruhi oleh tindakan ombak, tetapi tetap mempunyai sifat-sifat lamanya seperti gerbang laut, batu tunggul dan bentuk-bentuk pinggir pantai yang lain. Pinggir Iaut tanah tinggi terangkat ini boleh dikatakan lurus dan mempunyai tebing tinggi yang curam dan kawasan perairan luar pantai yang dalam. Keadaan ini wujud kerana ombak-ombak masih belum dapat menghakis kawasan-kawasannya yang lemah ataupun membina pelantar hakisan ombak di situ.  Kawasan ini tidak berguna untuk dijadikan pelabuhan yang baik. Contoh-contoh pinggir laut tanah tinggi timbul terdapat di Scotland, pinggir laut barat Deccan di India dan pinggir laut barat Arab yang menghadap Laut Merah.

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2005 03:25 AM | Show all posts
errmm...menarik betui... !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.062038 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list