CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3497|Reply: 42

Lepas Mapim, Permim Pula Bersuara Isu Halang Warga Asing Solat Berjemaah

[Copy link]
Post time 9-6-2020 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Selepas Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim) pula tampil menyifatkan tindakan kerajaan tidak membenarkan warga asing negatif covid-19 menunaikan solat di masjid adalah tidak wajar.


Memetik Harian Metro, Permim berpandangan sama dengan Mapim bahawa diskriminasi sedemikian tidak wajar berlaku.




Kredit foto: Harian Metro




Tegas presidennya, Dhajudeen Shahul Hameed, setiap umat Islam ada hak untuk bersolat dan ia harus dihormati walaupun negara sedang berdepan pandemik itu.

"Larangan sebegini akan menimbulkan persepsi negatif terhadap negara serta agama Islam sebagai agama yang tidak membezakan antara manusia.

"ermim memohon Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk memperhalusi keputusan ini serta membenarkan umat Islam beribadah tanpa mengira status kewarganegaraan," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Mohd Azmi Abdul Hamid selaku Presiden Mapim, semalam berkata, tuntutan agama tidak boleh dikompromi jika semua syarat sudah dipenuhi. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2020 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Dorang bgi arahan bersebab..kalau tak halang rakyat malaysia yg kemungkinan akn kena pkp lagi
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
semayang jemaah sesama korang je la. semayang jemaah ni hanya bole buat kat masjid je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Halah halah nak jugak jadi hero..utk sementara aja kan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Ala i dia mulim malaysia ni.. dekat masjid, kaum kau jugak yg tak ramai solat jumaat... Ada, tapi tak ramai.. chaittt podahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 9-6-2020 10:08 AM
Ala i dia mulim malaysia ni.. dekat masjid, kaum kau jugak yg tak ramai solat jumaat... Ada, tapi ta ...

engage on the isu please ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2020 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mufti dah setuju.. So korang sapa? Kami dengar ckp mufti.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing? Tak suka, boleh blah dari msia. Xde saper paksa korang duduk sini.
Islam tak bezakan manusia konon tapi setiap negara ada undang2 hatta setiap kampung malah keluarga pun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2020 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
matbad replied at 9-6-2020 09:52 AM
Dorang bgi arahan bersebab..kalau tak halang rakyat malaysia yg kemungkinan akn kena pkp lagi

Are we TO ASSUME THAT ALL WARGA ASING ADALAH POSITIVE COVID 19?
Why discriminate them only dlm masjid dan bukan dlm mrt,lrt and other confined areas like mall restaurants and what have you?



Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan diskriminasi...kita nak kurangkan kesesakan dlm mesjid musim2 covid ni...test dulu...warganegara diutamakan..nanti bersesak2..warga sendiri x leh masuk mesjid solat berjemaah...warga asing disusukan warga tempatan terpinggir?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada yg pati...kalu wujud cluster how to track those pati? Benda mcm ni oyn nak dipolitikkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
evian.. replied at 9-6-2020 10:14 AM
Are we TO ASSUME THAT ALL WARGA ASING ADALAH POSITIVE COVID 19?
Why discriminate them only dlm ma ...

Tanya dorang yg buat syarat tu la..
Bgi aku apa dorang buat bersebab walaupn mcm senget
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:39 AM | Show all posts
sedih pulak tengok gambar jemaah jarak-jarak macam tu

harapnya semua selamat, dapat jemaah macam biasa balik

"Rapatkan saf, luruskan saf."
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:42 AM | Show all posts
orang asing tu cam ni ke


Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 10:46 AM | Show all posts
solat di masjid & bersiar makan di mall adalah aktiviti yg sgt berlainan klu nak dibincangkan dlm konteks covid-19 ni:

solat:
1. amik wuduk bersebelahan menggunakan paip atau gayung. berkumur & berwuduk boleh menyebabkan percikan air ke org sebelah.
2. waktu sujud hidung & mulut sgt hampir ke lantai (sejadah). kemungkinan air liur & air hidung mencemar lantai amat tinggi.
3. bersalam. sebab dah jadi budaya, bila ada yg hulurkan tgn, amat susah utk tidak menerima sapaan salam tangan tersebut, tambahan pula di rumah Allah.
4. kitaran udara: kipas dipasang kuat dari seluruh sudut. sgt mudah utk menyebarkan virus jika ada yg batuk dan bersin.

bersiar / makan:
1. social distancing boleh dipraktiskan. rasa tempat tu agak crowded, kita beredar. klu kedai makan tu ramai, komplen kat pengurusan kedai tu atau laporkan kpd pihak berkuasa, dan kita beredar.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
evian.. replied at 9-6-2020 02:14 AM
Are we TO ASSUME THAT ALL WARGA ASING ADALAH POSITIVE COVID 19?
Why discriminate them only dlm ma ...

U tau kan perangai warga asing bila.kena covid 19 mcm mana? tak nak bagi kerjasama.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2020 11:18 AM | Show all posts
kalau bagi cadangan buat dua sesi solat jumaat boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Warga asing perlu sedar diri dan hormat peraturan malaysia
Semestinya warga malaysia sentiasa diutamakan
Sebagai penumpang kamu tu jangan nak ngada2
Kalau tak suka peraturan malaysia silalah keluar
Hanya rakyat malaysia berhak untuk argue dan pertikai keputusan kerajaan
Kamu warga asing sila diam diam saja
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa tak mewajibkan semua yg berjemaah bawak sejadah sendiri. Sbb sejadah tu medium yg senang contaminate. Tak kan setiap kali masjid nk basuh sejadah. Better la sikit2 dulu. Nanti kan kena fitnah memacam plak mcm cluster sri petaling
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2020 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
evian.. replied at 9-6-2020 10:10 AM
engage on the isu please ....

Letak dalam rumah kau je la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.090426 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list