"Orang selalu kata, saya suka lelaki yang berduit. Mestilah, giler."
Kredit foto: IG
Pelakon kelahiran Singapura, Atikah Suhaime berkata begitu ketika memberi nasihat kepada kaum hawa supaya menjauhkan diri daripada lelaki yang suka meminta wang.
Sudahlah suka meminta wang, malas bekerja pula tu! Malah, dia pernah berdepan beberapa lelaki bermuka tebal menuduh dia yang terhutang budi dengan mereka.
Kredit foto: Twitter
"Jadi ladies, kalau lelaki selalu minta duit tapi sendiri tidak berusaha mendapatkan wang, tak payah dah.
"Elok jadi single seumur hidup daripada hidup dengan parasit," ciapnya di Twitter.
Kredit foto: Twitter
Sebab itulah Atikah lebih selesa bersama lelaki yang mempunyai kewangan stabil.
Dalam kicauannya sebelum itu, Atikah mendakwa ada lelaki pernah meminjam MacBooknya dan memberi banyak alasan apabila diminta untuk memulangkannya.
Kredit foto: Twitter
"Saya harap tiada yang tertipu dengannya selepas ini.
"Dia ambil duit saya dan tidak pernah memulangkannya. Duit bekas kekasih pun dia 'kebas'," ujarnya.
Siapakah yang diperkatakan Atikah Suhaime itu? - CARI |