CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7887|Reply: 25

3 HUTANG YANG PERLU KITA LANGSAIKAN SEBELUM BERSARA

[Copy link]
Post time 12-6-2020 11:05 PM | Show all posts |Read mode
Disebabkan keadaan ekonomi yang tak menentu sekarang ni. So saya rasa agak elok kita bincangkan tentang apa2 yang melibatkan budget. Contohnya apa yang dapat kita lakukan supaya kita dapat bersara dengan tenang.

Mempunyai pelbagai hutang semasa kita masih bekerja, memang menyusahkan. Bukan tu saja, menyukarkan kita untuk menabung. Tapi jika kita masih dibebani dengan hutang2 tu, sampai tempoh waktu persaraan, memang amat bahaya. Untuk mengelakkan bebanan hutang setelah kita bersara, ada 3 jenis hutang yang sebaiknya kita langsaikan  dahulu.

1. HUTANG YANG TIDAK DIJAMIN
Sekiranya anda hidup dengan pendapatan persaraan tetap, anda mungkin tidak mampu membuat pembayaran tambahan atas wang yang terhutang. Sekiranya anda menghabiskan bertahun-tahun untuk pembayaran balik, sebahagian besar dari pendapatan tetap anda akan menghasilkan pembayaran faedah yang tinggi. Contohnya hutang kad kredit yang biasanya mempunyai interest yang tinggi.

Dengan hanya membuat pembayaran minimum, ianya mungkin mengambil masa yang lama untuk dilangsaikan. Contohnya, jika anda mempunyai kad kredit dengan baki RM 5,000 dengan faedah 18%, anda akan mengambil masa kira-kira 84 bulan untuk membayarnya. Bukan hanya itu, tetapi anda akan membayar hampir RM 4,320 faedah dalam tempoh tersebut.

2. HUTANG PINJAMAN PELAJAR
Pinjaman pelajar sering dipandang sebagai masalah "golongan muda", tetapi sebenarnya, semakin banyak orang Malaysia walaupun telah berusia masih lagi dibebani dengan pinjaman pendidikan. Kadang2 bukan untuk diri sendiri,tetapi pinjaman untuk pendidikan anak-anak.
Tidak merancang simpanan untuk pendidikan anak2 menjadi punca utama masalah ini berlaku. Akhirnya, wang yang sepatutnya di gunakan untuk persaraan, terpaksa digunakan untuk pendidikan anak2.
3. HUTANG Gadai janji (Morgage)
Kebanyakan dari kita, mula membeli property pada usia muda. Jika anda membeli rumah pada awal2 pekerjaan, kemungkinan dalam tempoh 30 tahun, akan langsai semua hutang dengan bank. Tapi tak semua yang mampu atau ada kesedaran untuk memiliki rumah sendiri.
Ada yang hanya menyewa saja, sampai la dah pencen, baru nak ada kesedaran untuk memiliki rumah sendiri. Pastinya ianya membebankan dan mungkin wang persaraan akan digunakan untuk membuat pembiayaan bulanan.
Jadi, terpaksa la bekerja jugak walaupun dah sampai waktu bersara.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah baca apa yang mod tulis ni..teringat hutang rumah yang masih ada. Anggaran habis bayar lepas pencen. In sha Allah moga ada rezeki dapat selesaikan hutang rumah cepat2.

Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2020 12:57 PM | Show all posts
Alhamdulillah kebanyakkan hutang dah selesai melainkan hutang rumah dengan 2 buah bank. Sebuah rumah tinggal 20 tahun lagi manakala rumah kedua ada 30 tahun.

Walaupun ada moratorium tapi saya simpan duit tu dalam akaun Tabung Haji (as if saya bayar installment rumah seperti biasa). So bila start bayar semula takde la rasa terbeban sangat sebab duit memang standby dalam akaun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2020 02:16 AM From the mobile phone | Show all posts
No 1 kad kredit aku manageable. X penah max pun, alhamdulillah, smpai bank pun mls dah nak increase credit limit sbb x guna katanya.

No 2 study loan dah abis byr

No 3 mortgage ni la akan still kena byr lps bersara sbb aku lmbt beli rmh. Mudah2an dimurahkan rezeki and dpt setelkan sblm retire.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-8-2020 10:06 AM | Show all posts
tinggal hutang rumah...
rumah baru beli diusia 35tahun, lepas pencen masih kne bayar...
klu ada duit extra, nnt nak payar prinsipal dia lebih sket...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2020 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Masih ada hutang rumah 2 lagi .. tapi rumah yg dah loan free pun ada beberapa.

Hutang kereta - baru buat bulan ni setelah lebih 10thn hidup tanpa hutang kereta . ada hp-mrtt, rate pun rendah.

Insya Allah, semoga boleh debt free by retirement age.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-8-2020 12:11 PM | Show all posts
airisa replied at 14-8-2020 06:07 AM
Masih ada hutang rumah 2 lagi .. tapi rumah yg dah loan free pun ada beberapa.

Hutang kereta - b ...

InsyaAllah...Aamin...

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2021 11:54 PM | Show all posts
hi TT, ada ig x? nk follow... need more infor bout personal finance
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2021 11:56 PM | Show all posts
1. xde cc
2. ptptn dh hbs byr
3. tgh usaha nk cpt2 byr, hbskn mortgage... nk financial freedom!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 06:11 PM | Show all posts
sun5670 replied at 6-1-2021 11:54 PM
hi TT, ada ig x? nk follow... need more infor bout personal finance

Hi dear...ig sis tak ada pun berkisar pasal finance ni. Cuma sis ni gaji tak berapa nak banyak..so banyak beringat untuk masa depan..hi..hi...Tapi banyak masuk page yang berkaintan dengan money management ni. Contohnya Dave Ramsey ..yang ni sis banyak belajar pasal Dave Ramsey baby step. [color=var(--primary-text)][color=var(--primary-text)]TBM Family (Saving Tips, Budgeting & Finance Talk), The Budget mom...n banyak lagi la..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2021 06:24 PM | Show all posts
sun5670 replied at 6-1-2021 11:56 PM
1. xde cc
2. ptptn dh hbs byr
3. tgh usaha nk cpt2 byr, hbskn mortgage... nk financial freedom!

Gud for u dear...teruskan usaha..Bila dah dapat financial freedom, boleh la kita menyimpan untuk kehendak kita pulak. Orang cakap, bersusah2 dahulu..bersenang2 kemudian..
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2021 01:07 AM From the mobile phone | Show all posts
airisa replied at 14-8-2020 06:07 AM
Masih ada hutang rumah 2 lagi .. tapi rumah yg dah loan free pun ada beberapa.

Hutang kereta - b ...

Bestnya bbrp rumah yang dah loan free
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2021 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
adoi. byk nau baki utang ni..
lagi 150K..
target lg 5 thn setel semua laaaa harap sgt.
jenuh berjimat cermat. kereta br abeh byr. dh 7 thn masih keta yg sama.

aku berdoa.. moga tercapai financial freedom.. walaupun tak mewah.. tp idop bebas utang..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2021 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Hutang kete dan rumah masih ada lagi.
Ptptn dah selamat bayar.
Kad credit takde ..tak nak guna pun..
Nak beli brg , bayor cash shj.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2021 04:41 PM | Show all posts
Alhamdulillah. Umur 45 skrg. Umur 41 dah tak ada hutang. Masih kerja di sektor swasta.

Rumah-rumah dan tanah-tanah semua dah habis loan. Semua rumah-rumah disewakan.

Masih duduk di kuarters kerajaan atas nama isteri. Sebab isteri kerja gomen. Ada pencen.

EPF + ASNB: RM3.4 juta (tak ambil ASBF loan)

Kereta myvi beli baru 2016. tak ada loan. Isteri bawa Wira beli baru tahun 2005 pun tak ada loan.

Ada private medical card satu family.

ada GL hospital kerajaan sebab isteri kerja kerajaan.

Sudah derma lebih 50 kali darah jadi seumur hidup percuma rawatan perubatan di hospital kerajaan.

Masih bekerja dan plan untuk masih bekerja untuk kekalkan momentum dan fungsi otak dan aktiviti. Retirement dekat tempat kerja ialah 65. Jadi plan nak kerja sampai 65.

Sambil tu tetap menyimpan dan enjoy life.

Banyak beza kalau kerja makan gaji sebab nak bayar hutang dan komitment kehidupan dengan kerja makan gaji tapi dah ada financial freedom.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 03:26 PM | Show all posts
hommokuwada replied at 17-4-2021 04:41 PM
Alhamdulillah. Umur 45 skrg. Umur 41 dah tak ada hutang. Masih kerja di sektor swasta.

Rumah-ruma ...

Wow...ni kira level jutawan dah ni. Kagum sangat..Ni masih lagi terkial2. Anak dah masuk skolah. Nak kena bayar duit pengasuh n tuition pulak. Dah tak boleh simpan duit amount mcm sebelum ni. Bestkan hidup tanpa hutang ni. Bila la pulak nak habiskan hutang rumah ni.

Nak beli rumah kedua pun do bertangguh...buat sewa ke..homestay ke. Tapi tu la..i ni bab manage benda2 mcm ni tak reti la.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2021 03:27 PM | Show all posts
iminidin replied at 20-2-2021 10:06 PM
adoi. byk nau baki utang ni..
lagi 150K..
target lg 5 thn setel semua laaaa harap sgt.

Skejap je tu..pejam celik...pejam celik..settle la tu. Kereta dah settle bayarkan. Tahniah..one step further dah tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2021 03:31 PM | Show all posts
akies replied at 21-2-2021 11:51 AM
Hutang kete dan rumah masih ada lagi.
Ptptn dah selamat bayar.
Kad credit takde ..tak nak guna pun ...

Lepas settle satu2..mesti dah lega dah kan...sikit lagi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2021 04:33 PM | Show all posts
julia5094 replied at 19-4-2021 03:27 PM
Skejap je tu..pejam celik...pejam celik..settle la tu. Kereta dah settle bayarkan. Tahniah..one st ...

itu lah..

tahun ni rejeki dapat lak kuates kerajaan..
Harap nak kekalkan monetum mcm kawan kat atas tu, umo 41 semua loan dah setel smua utang..
tapi aku rasa paling awai pun setel utang lagi 5 thn, (rasa mcm forever ja.. tak zabarrr..)
bulanan kena belanja ikut keperluan ja..


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2021 09:43 PM | Show all posts
julia5094 replied at 19-4-2021 03:26 PM
Wow...ni kira level jutawan dah ni. Kagum sangat..Ni masih lagi terkial2. Anak dah masuk skolah. N ...

Satu jer masalah bila dah ada financial freedom; nafsu makan.... Tak control nafsu badan boleh naik berat dan penyakit pun datang
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:32 AM GMT+8 , Processed in 0.074020 second(s), 43 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list