View: 25085|Reply: 80
|
[Dunia]
Lelaki ke Turki untuk tanam rambut sebab harga murah, namun hasilnya adalah mimp
[Copy link]
|
|
LONDON: Seorang lelaki sanggup terbang ke Turki untuk melakukan rawatan menanam rambut dengan harga lebih murah tetapi berdepan masalah lebih parah apabila rambutnya tidak tumbuh dan bintik merah tidak hilang.
Hapless Luke Horsfield, 26, menemui sebuah klinik di Turki yang menawarkan rawatan menebalkan rambutnya pada harga separuh lebih murah dari kedai di United Kingdom.
Bagaimanapun, selepas berbulan-bulan menjalani rawatan itu dengan harga £1,250 (RM6,713), rambutnya tidak tumbuh semula dan semakin teruk termasuk bekas luka yang jelas kelihatan.
Luke, seorang juruteknik teknologi maklumat menganggap pakar bedah di klinik di Istanbul mengambil terlalu banyak folikel daripada bahagian belakang kepalanya ketika rawatan itu dilakukan.
–– ADVERTISEMENT ––
Prosedur itu dikenali sebagai pengekstrakan folikel iaitu folikel rambut diambil daripada sisi dan belakang kulit kepala pesakit dan disuntik ke bahagian depan yang botak atau tiada rambut.
Dia mendakwa rambutnya semakin menipis dan botak sebelum membuat keputusan melakukan rawatan menanam rambut.
Di laman web klinik, dia menjanjikan hasil yang berkesan dan memuaskan bagi lelaki yang mengalami rambut makin menipis dan akan tumbuh semula.
Luke memberi peringatan kepada orang ramai supaya mempertimbangkan menyelidik terlebih dulu klinik rawatan rambut sebelum menjalani prosedur itu.
Luke dari Bradford, West York berkata, dia berjaya memperoleh bayaran balik berjumlah £400 (RM2,148).
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Jun 2020 @ 7:35 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
meremang bulu roma nengoknyeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tgk.. lengkali terima je la rupa mcmana sekalipun |
|
|
|
|
|
|
|
menyesal aku tengok |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai tudung bro, tu jer solution dia. |
|
|
|
|
|
|
|
eh xsakit ke tido bgesel kepala dgn bntal. kesiannya. |
|
|
|
|
|
|
|
geli tengok.. tambah pulak ada iklan chia seed ke biji selasih ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Geli wei nengoknya!
Kepala dia dah boleh masuk iklan menggelikan kat cari ni |
|
|
|
|
|
|
|
makin hodoh...bertabahlah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku terbayang ulat keluar dari bintik2 tu.. Erkkk |
|
|
|
|
|
|
|
Nak murah akhirnya rugi sebab nak kena buat rawatan pada kecederaannya tu |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. Very the trypophobia sgt |
|
|
|
|
|
|
| |
|