Peguam dan aktivis Siti Kassim memaklumkan proses merakam keterangan berjalan lancar berikutan kerjasama penuh diberikannya.
Berkata kepada pemberita, Siti Kassim mendakwa kenyataannya di Facebook berhubung pusat tahfiz baru-baru ini telah diputarbelit pelbagai pihak hingga namanya dipanggil bagi memberi keterangan di Menara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), hari ini.
BACA JUGA: "Melayu Bodoh, Fitnah Takkan Berpisah" - Siti Kasim Bengang Isu Arak
Kredit foto: FB/MalayMail
Menurut MalaysiaGazette, Siti Zabedah Kassim tiba di Menara SKMM pada 10:08 pagi bersama peguamnya dan selesai memberi keterangan selepas tiga jam.
"Tidak ada telefon diambil. Mereka sangat memudahkan sebab saya beri kerjasama saya tidak cuba menafikan apa-apa
"Selagi beri kerjasama, pihak berkuasa pun tidak berkeras. Saya telah buat orang marah, sekarang ini kita hanya boleh setuju dengan apa orang cakap," selorohnya.
Bagaimanapun, Siti Kassim akan mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah organisasi yang didakwanya telah menyebarkan berita palsu berhubung kenyataannya sebelum ini. - CARI |