CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 22570|Reply: 35

BAJA GUNA BAHAN DI DAPUR-Pokok Gemuk2 & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan

  [Copy link]
Post time 19-6-2020 04:48 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 19-6-2020 04:50 PM

Pokok Gemuk-Gemuk & Daun Tumbuh Banyak, Sangat Berkesan Guna Baja-Baja IniOleh
Suhaidah Abd Wahab -

March 17, 2020






Setiap pokok memerlukan baja untuk hidup lebih subur.Buat mak-mak yang suka berkebun, jika nak pokok gemuk-gemuk,daunnya banyak dan berbuah boleh cuba guna jenis baja-baja yang dikongsikan ini. Sangat berkesan, mudah dan jimat pula tu.

Perkongsian daripada Puan Lidya Izzati ini boleh dijadikan panduan;

“Hari ni Kekya nak share 8 jenis baja yang berkesan. Setakat ni kesemua petua 8 jenis baja yang kekya dah kumpulkan. Kekya dah cuba. Sangat berkesan, mudah dan jimat. Pokok kekya pun gemuk-gemuk guna petua baja-baja ni tau. Kepada siapa yang tengah risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Takpaa, cuba petua 8 jenis baja ni. Insya Allah sukses pokoknya. Selamat mencuba!”


1. Siram Air Ajinomoto

Pernah sekali kekya cuba petua siram dengan air ajinomoto. Sekali kekya tengok daun kari keluar besor-besor daunnya. Siap ada buah kari lagi.

Sukatan untuk baja air ajinamoto. Satu paket kecil ajinamoto 33g lepas tu kekya campur dengan satu baldi air. Pastikan air baja ajinamoto dibiarkan semalaman. Lepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. Insya Allah menjadi.

Biasanya kekya siram pakai air ajinamoto ni untuk pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut. Semua kekya siram air ajinamoto ni.

–– ADVERTISEMENT ––




2. Air Basuhan Beras

Jangan buang air basuhan beras atau ikan tau. Simpan dulu air basuhan tuu. Esok pagi boleh siram pokok atau pagi simpan dulu. Petang dah boleh siram. Nak peram satu hari pun boleh. Takda masalah.

3. Baja Campuran Sisa Bawang, Telur, Nasi Basi

Baja campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi. Letak air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit diaorang rendam dan peram tapi baunya kekya tak boleh go lahh. Busuk yakmatt tapi pokok takyah citer memang gemok.

IKLAN



4. Kulit Telur

Kalau kekya takda stock kulit bawang semua tu. Kekya guna kulit telur pula. Kekya memang selalu buat kek untuk jual. Jadi telur memang bahan wajib perlu ada untuk kek. Jadi kulit telurnya kekya tak buang sebab kulit telur bagus untuk pokok tau. Kekya jemur kulit telur sampai kering. Lepas tu kekya tumbuk kulit telur sampai halus. Tabur dekat keliling pangkal pokok. Kira macam kalsium untuk pokoklah

Kadang-kadang nasi yang tak habis kekya masukkan ke dalam botol kemudian biarkan selama 7 hari. Lepas kekya tapis dan sembur dekat pokok. Memang menjadi. Pokok jadi subur. Sembur dekat pokok limau purut, limau kasturi, limau nipis dan lemon.

5. Baja Roti Tamat Tempoh

Kekya buat juga baja roti yang dah expired. Roti amik dalam 3-4 keping. Potong kecil-kecil rotinya dan rendam dalam botol air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau takda molases atau gula merah. Abaikan tak letak pun takpa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.

Hari ke 11 dah boleh pakai. Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan dekat daun dan batang pokok atau siram je air baja roti dekat pokok macam biasa.

Tak lama tu pokok limau purut kekya pun keluar tunas baru. Daunnya lagi besar dari daun yang tua hijau pekat tu. Sesuai pokok limau kasturi, pokok limau nipis dan pokok limau purut. Sebab tu jaa pokok kekya ada masa tuu. Elok ja berbuah.

6.Baja Tahi Ayam

Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.

Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian.

Pokok kari memang suka air dan baja tahi ayam yang belum proses sebulan sekali kekya akan bagi baja ni. Kadang-kadang 2 minggu sekali.

7. Baja Kopi

Ada juga tanam sayur guna baja tinja haiwan dan baja kopi. Kekya perasan sayur-sayur ni suka bila letak baja organik tinja haiwan process atau baja kopi. Baja kopi juga sesuai letak dekat pokok limau kasturi, limau nipis dan kedondong. Orang kita panggil Baja kopi tapi nama betulnya baja kopi ialah npk 888. Boleh beli dekat eco 2 ringgit atau nursery.

Pokok kobis, pokok terung, pokok bendi, bayam brazil, pokok kacang botol, pokok sawi, pokok kangkung, pokok tomato dan petola. Kekya gunakan baja AB. Boleh beli dekat online shopee. Guna kaedah siraman fertigasi.

8. Baja AB

Kekya guna baja AB yang dah jadi cecair. Korang boleh beli serbuk baja AB. Balik rumah larutkan jadikan cecair boleh dapat 10 liter pati baja AB. Ada juga jual baja AB yang sudah siap dibancuh tapi rugi beli yang sudah siap dibancuh. Biasa kalau beli baja AB dia dah siap tulis sukatan bancuhannya. Boleh juga tanam sayur guna kaedah hydroponic bagi yang tiada tanah.

Extra Tips
  • Biasanya kalau kita beli anak pokok Limau kasturi mesti siap ada yang berbuah lagi. Bila ada buah. Kita akan tertarik untuk membelinya tapi kita silap bila kita tanam. Lama kelamaan daunnya mula takda tinggal buah sahaja. Jadi pastikan bila tanam dalam pasu atau atas tanah kena buang semua buahnya tujuan untuk bagi pokok fokus kepada pembesaran pokok dan daunnya bukan buahnya
  • Kena rajin-rajin cantas dahan atau daun yang rosak supaya pokok keluarkan tunas yang baru.

Racun sayur kekya sembur yang organik. Kadang-kadang kekya guna juga ubat serangga brogard dan ubat cuka kayu. Bagus untuk halang serangga. Ada jual kat shopee. Kekya sembur ubat serangga ni pakai spray 2 minggu sekali.

sumber

Mona Din Kongsi Cara Buat Sendiri Baja Home Made Suburkan Tanaman, Guna Bahan Dapur!Oleh
Suhaidah Abd Wahab -

February 25, 2019






Tak rugi berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya nanti. Mona Din merupakan seorang ikon usahawan wanita negara yang pernah mengendalikan lima perniagaan utama bersama suami sejak tahun 2004, iaitu Leesa Formula, Serenity Spa, Butik Hajaba, Butik Women of Jannah, dan KL International Hijab Fair (KLIHF).

Melihat gambar hasil tanam-tanaman dan pokok-pokok yang sering dikongsikan di laman facebook, membuatkan ramai yang bertanya rahsia tanam-tanam dilihat begitu subur menghijau dan membesar dengan jayanya.Rupanya, minat bercucuk tanam yang mendalam membuatkan wanita ni rajin membuat sendiri baja hasil daripada lebihan bahan makanan yang ada di dapur.



Berikut perkongsian cara buat baja sendiri yang boleh menjadi panduan;

“Ramai orang dok kata pokok-pokok saya membesar menghijau dan membiak dengan subur.Saya rasa la, rahsianya adalah baja yang saya buat sendiri kot.Jadi, saya terasa pula nak kongsikan cara saya sediakan baja-baja homemade aka handmade ni”.

?Baja Pertama : Air Basuhan Beras + Lebihan NasiCara Membuat:

Setiap kali basuh beras untuk tanak nasi, air basuhan beras saya tuang dalam container plastik, tutup dan biarkan di dapur. Then, after lunch or dinnner, bila ada nasi lebih, saya masukkan ke dalam bekas air basuhan tadi juga, tutup biar berendam di situ.Esok, saya ulang perkara yang sama.

Hari berikutnya, saya tapis butir-butir nasi tadi, then blend lumat- selumatnya. Nasi yang lumat tadi saya masukkan kembali dalam bekas air basuhan beras tadi, kacau dan tutup simpan lagi.

Setiap hari saya ambil sebahagian air untuk disiram, bakinya saya biar tersimpan dalam bekas tu. Nanti setiap hari ada air basuhan & blended beras baru, saya akan tuang masuk dan peram lagi, bersambung setiap hari.

Ini bermakna, baja air basuhan beras saya sentiasa ada, makin hari makin masam. Don’t worry tentang bau, sebab secara peribadi, saya sukakan bau masam itu. Ia mengingatkan saya kepada beras rendaman arwah emak untuk buat bedak sejuk. Its exactly the same smell, and I just love it !

IKLAN




Tiap-tiap hari, saya ambil & masukkan air beras tersebut ke dalam bekas plastik penyiram pokok, dan spray dari hujung daun, hingga ke pangkal batang pokok. Sehari saya akan guna 3 bekas spray tu.First, saya spray siram pokok-pokok sayur dan herba makanan. 2nd, saya siram pokok-pokok roses. Third, saya spray kumpulan pokok orkids & pokok-pokok yang gantung.

Inilah air basuhan beras + beras rendaman yang telah di blend. Saya tuang air ke dalam bekas penyiram tu, re-fill 3 kali setiap hari siraman.Cara Menggunakannya:

Saya spray baja air beras tu setiap hari, sekali sehari, samada pagi atau petang, ikut free saya.

?Baja Kedua : Gabungan Telur & Kulit Bawang

Cara Membuat:

Selalu, di tepi sinki wet kitchen saya, akan ada satu plastik kecil. Setiap kali kupas bawang, kulitnya dimasukkan di situ.Begitu juga, setiap kali nak masak telur, kulit telur saya letak dalam plastik tu juga.

Dan jika ada bahagian sayur-sayur yang tak diguna seperti batang, empulur dan lain-lain, saya kumpul dalam tu sekali.

Kulit telur dan kulit bawang saya ambil anak batu tumbuk, tumbuk dari luar plastik, sampai hancur lumat, then letak kat pangkal batang pokok.

? Baja Ketiga : Air Sayur

Sayur-sayur dalam plastik tu saya keluarkan dan blender hingga lumat, cairkan dengan campuran air, masuk dalam bekas plastik, simpan as baja.

Itu 3 cara saya buat baja. Saya guna ke tiga-tiga baja tu berselang seli hari.So far, saya rasa baja-baja itu berkesan dan berperanan membesarkn pokok-pokok dengan subur sekali.

Saya yakin effect & keberkesanannya datang dari baja, sebab sepanjang saya ber gardening untuk semua pokok-pokok saya, saya tak pernah sekali pun beli tanah tambahan. Tidakpun walaupun satu peket.

Antara tanam-tanaman yang membiak dengan subur!

Semua pokok-pokok sayur dan bunga-bunga saya di tanam atas tanah yang ditambah oleh contractor saya masa renovation dulu. Only that tanah yang saya planted tanam- tanaman saya, tidak pun pernah ada tanah baru yang lain. So sebab itu saya agak pasti, bajanya lah kot yang buat pokok-pokok saya hidup, subur dan sihat, dengann izin Allah jua, pastinya.

So tu saja la nak cerita. Sekadar berkongsi pengalaman sendiri.
Semoga bermanfaat.

MW:Semoga perkongsian ini bermanfaat! Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, jika tanaman atau pokok-pokok bunga yang ditanam itu kurang subur, boleh cuba hasilkan sendiri baja home made guna bahan buangan makanan yang ada di dapur je.Seperti kulit telur, kulit bawang, air basuhan beras, pangkal batang sayur dan sebagainya ini. Pastinya lebih bersifat organik dan bebas daripada bahan pengawet, malah lebih menjimatkan.

Sumber:Mona Din














Rate

4

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu guna air basuhan ikan. Gemuk2 pokok. Tapi jangan pula terlebih baja.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2020 05:04 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-6-2020 05:00 PM
Selalu guna air basuhan ikan. Gemuk2 pokok. Tapi jangan pula terlebih baja.

wah memang kesan ya.. kangkung pernah guna tak basuhan beras ni?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 09:09 PM | Show all posts
Info yang sangat bermanfaat, terima kasih TT
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-6-2020 09:10 PM | Show all posts
Supersirap replied at 19-6-2020 09:09 PM
Info yang sangat bermanfaat, terima kasih TT

sama hehe..awak ada tanam2 juga ke kat tepi2 rumah ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 09:13 PM | Show all posts
trunks replied at 19-6-2020 01:10 PM
sama hehe..awak ada tanam2 juga ke kat tepi2 rumah ke ?

Teringin juga nak tanam pokok buluh tetapi orang rumah pula tak suka, sekarang ni cuma tanam rumput carpet je
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-6-2020 09:24 PM | Show all posts
Supersirap replied at 19-6-2020 09:13 PM
Teringin juga nak tanam pokok buluh tetapi orang rumah pula tak suka, sekarang ni cuma tanam rumpu ...

oh hehe..mungkin sebab,orang rumah awak ada info tentang pokok buluh ni,cuba baca artikel bawah no 10..


10) Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya. Pernah satu ketika dulu, masa itu saya baru darjah enam. Ketika balik dari kelas tambahan malam, saya ternampak seseorang mengayuh sebuah basikal tua. Tetapi selepas melalui serumpun pokok buluh, si pengayuh basikal tua itu terus lesap dari pandangan. Nak kata dia mengayuh dengan laju mustahil pula sebab jalan yang saya lalui itu adalah jalan yang lurus.




-----------------------------------------------------------------



Tahukah anda di manakah tempat yang menjadi tempat tinggal hantu? Pada kebiasaannya, rumah kosong atau rumah yang telah lama ditinggalkan sering dikaitkan dengan tempat yang menjadi kesukaan hantu untuk dijadikan sebagai tempat tinggalnya. Namun begitu, selain rumah kosong, pokok juga dipercayai menjadi tempat tinggal hantu atau makhluk halus. Ada beberapa jenis pokok yang menjadi tempat kesukaan untuk hantu atau makhluk halus bertenggek di atas dahan pokok tersebut.


Selain itu, ada juga pokok yang menjadi tempat tinggal makhluk halus dan ada juga yang menjadi tempat tinggal pontianak atau pocong. Mungkin ada di antara kalangan pembaca setia kisahseram.com yang pernah terserempak dengan pontianak atau makhluk lain yang sedang bertenggek di atas dahan pokok? Justeru itu, mari kita kenali apakah jenis-jenis pokok yang sering menjadi tempat tinggal makhluk halus atau hantu-hantu ini.

Berikut merupakan antara jenis pokok yang sering dikatakan dihuni oleh makhluk halus atau dijadikan sebagai tempat mereka bermain. Jika tidak dihuni sekalipun, mungkin pokok itu sekadar dijadikan sebagai tempat persinggahan melepaskan lelah setelah seharian bergentayangan dan mengganggu manusia.
1. Pohon Beringin
Pohon beringin adalah tempat tinggal genduruwo, terutamanya pohon beringin yang sudah tua dan berjanggut dengan akar-akarnya yang tergantung dari atas pokok. Jika ada orang yang mematahkan akar beringin yang berjuntai itu dan kebetulan ada genderuwo yang tinggal di situ, makhluk ini akan marah dan akan membuatkan orang tersebut jatuh sakit. Jika tidak diubati dengan segera oleh orang yang arif tentang makhluk halus maka nyawa akan menjadi taruhannya.
2. Pokok Ara
Sekilas pandang, pokok ara hampir serupa dengan pokok beringin dan merupakan tempat tinggal bagi segala macam jenis hantu.
3. Pokok Kekabu
Pokok kekabu atau kapuk merupakan pokok yang menjadi tempat tinggal pontianak atau lebih dikenali sebagai kuntilanak bagi negara jiran kita iaitu negara Indonesia. Bagi pembaca-pembaca kisahseram.com yang tidak mengenali pokok kekabu, buah kekabu itu biasanya akan dijadikan sebagai isi bantal dan tilam setelah kulit buah kekabu dan bijinya dibuang.
4. Pokok Ciku
Pokok ciku adalah tempat tinggal pontianak dan genderuwo. Sebaik-baiknya cuba elakkan dari melalui pokok ini jika sudah memasuki waktu Maghrib kerana biasanya pada masa itu, hantu penunggu pokok ciku sedang berkeliaran. Yang pasti, buah ciku sangat sedap. Rasanya manis melekat!
5. Pokok Saga
Pokok saga adalah pokok yang sangat besar, rendang dan tinggi. Malah pokok saga telah tua memberi impak yang sangat menyeramkan. Oleh itu, ia memang sesuai menjadi tempat tinggal hantu. Namun begitu, tidak dapat dipastikan hantu apa yang menghuni pokok saga tetapi pokok ini dipercayai menjadi tempat tinggal hantu. Di kampung sewaktu kecil-kecil dahulu, saya selalu kutip buah saga ini tapi pada waktu sianglah. Warna merah buah saga ini cukup menarik. Sekarang pokok saga itu sudah tidak ada, tidak tahu pula sama ada ditebang atau tumbang sendiri.
6. Pokok Asam Jawa
Pokok asam jawa biasanya menjadi tempat tinggal pocong atau pontianak terutamanya pokok asam jawa yang telah matang dan umurnya sudah mencecah bertahun-tahun.
7. Pokok Bacang
Pokok bacang biasanya dijadikan sebagai tempat bermain oleh toyol. Buah dari pokok bacang hampir sama dengan buah mangga, cuma bentuk buah bacang lebih bulat dan mempunyai serat yang lebih banyak.
8. Pokok Sukun
Pokok sukun biasanya menjadi tempat tinggal pocong.
9. Pokok Pisang
Pokok pisang terutamanya pokok pisang yang berkumpul serumpun merupakan tempat tinggal pontianak dan pocong.
10. Pokok Buluh
Pokok buluh adalah salah satu pokok yang disukai oleh pontianak dan akan dijadikan sebagai tempat tinggalnya. Pernah satu ketika dulu, masa itu saya baru darjah enam. Ketika balik dari kelas tambahan malam, saya ternampak seseorang mengayuh sebuah basikal tua. Tetapi selepas melalui serumpun pokok buluh, si pengayuh basikal tua itu terus lesap dari pandangan. Nak kata dia mengayuh dengan laju mustahil pula sebab jalan yang saya lalui itu adalah jalan yang lurus.
11. Pokok Nangka
Pokok nangka turut dipercayai menjadi tempat tinggal hantu.
Sekiranya di persekitaran tempat tinggal anda ada pokok-pokok yang dinyatakan di atas, elakkan berjalan di bawah pokok-pokok tersebut pada malam hari. Namun jika terpaksa juga melalui pokok-pokok tersebut, anda disarankan untuk membaca doa dan ayat-ayat pendinding diri agar terhindar dari sebarang gangguan makhluk-makhluk halus. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan kerana ini hanyalah kepercayaan orang dulu-dulu.
Orang-orang tua juga selalu berpesan supaya jangan sesekali bermain atau kencing di bawah pokok atau berhampiran dengan pokok-pokok yang telah disenaraikan di atas kerana dikhuatiri tersampuk. Percaya atau tidak terpulang kepada anda namun jika ianya benar, hanya perlindungan daripada Allah yang diminta agar terhindar daripada gangguan makhluk halus. Jadi pembaca-pembaca setia kisahseram.com, silakan kongsi artikel ini kepada semua, semoga bermanfaat kepada semua yang membacanya
sumber

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 09:36 PM | Show all posts
trunks replied at 19-6-2020 01:24 PM
oh hehe..mungkin sebab,orang rumah awak ada info tentang pokok buluh ni,cuba baca artikel bawah no ...

Hahaha, memang betul pun, dia cakap tempat hantu-hantu suka lepak, pada saya pokok buluh ni senang nak jaga dan cantik tapi tu la orang rumah tidak suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-6-2020 09:42 PM | Show all posts
Supersirap replied at 19-6-2020 09:36 PM
Hahaha, memang betul pun, dia cakap tempat hantu-hantu suka lepak, pada saya pokok buluh ni senang ...

kan haha..

alah,tanam aje pokok bunga raya..wanita suka kan tu
cantik,merah haha




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2020 10:16 PM | Show all posts
trunks replied at 19-6-2020 01:42 PM
kan haha..

alah,tanam aje pokok bunga raya..wanita suka kan tu

thanks for the idea
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 11:51 AM | Show all posts
tu la kan.. kadang main pukul rata je letak baja yang sama.. padahal ada certain baja untuk certian pokok atau bunga je..

selalu guna baja kopi dan kulit telur / bawang..

roti tu dulu-dulu ada jugak buat, bau memang perghhh

Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 19-6-2020 09:36 PM
Hahaha, memang betul pun, dia cakap tempat hantu-hantu suka lepak, pada saya pokok buluh ni senang ...

Cuba tanam buluh madu sis. Sambil boleh buat hiasan, bolej juga makan. Jangan sampai membiak banyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-6-2020 09:24 PM
oh hehe..mungkin sebab,orang rumah awak ada info tentang pokok buluh ni,cuba baca artikel bawah no ...

Paku langsuyar, paku tanduk rusa, iols tak berani tanam. Terbayang2 acik2 duk bergentayangan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2020 01:00 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 22-6-2020 01:39 PM
Paku langsuyar, paku tanduk rusa, iols tak berani tanam. Terbayang2 acik2 duk bergentayangan

haha kan.seram gila.. dulu2 awak tau,masa saya kecil lah
depan rumah saya ada sekolah,siap ada pokok sena tau
seram yang amat, di rimbunan,pokok2 lebat tu,saya
selalu terbayang macam awak taip tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-6-2020 01:06 AM | Show all posts
bianglala replied at 22-6-2020 11:51 AM
tu la kan.. kadang main pukul rata je letak baja yang sama.. padahal ada certain baja untuk certian  ...

haha kan.. main  paw aje mana yang ada test baja

tapi kan.kalau tanam pokok2 dekat rumah ni, yang saya nampak
kena penjagaan gila punya, sebab nanti akan jadi tempat
sarang nyamuk aedes
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 02:06 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 24-6-2020 02:08 PM
trunks replied at 23-6-2020 01:06 AM
haha kan.. main  paw aje mana yang ada test baja

tapi kan.kalau tanam pokok2 dekat rumah ni, ...

baja 101 , bacaan N:.P:K (ada tulis kat packaging) - ni tulis nisbah
N - nitrogen
P - phosporus
K - potassium

yg daun ijau takde bunga, cari baja tinggi N (salu kaler ijau)
pokok bunga - tinggi P (kaler pink)
pokok buah  - tinggi K (kaler biru)

ada jugak baja yg sama je ratio dia mcm baja kopi (8:8:8) tinja ayam (5:5:5) tinja kamben  - seswai utk smua pokok, takde fertilizer burn, seswai utk sayur2 or pokok indoor or if tak tahu baja mana nak guna

rumput - guna baja urea - kaler putih

some ada baja yg mmg utk certain pokok like cactus and bunga kertas (warna pepel)

lagi satu slow release fertilizer - osmocote, juga seswai utk indoor plants

orchid fert, rose fert, bonemeal, fishmeal, iron suppliment, soil suppliment etc.. banyak .. ni kalau nak specific to certain plants, tu blom baja yg campur air pun utk pokok indoor or pokok yg kita tak perlus siram selalu mcm lidah jin/ibu mertua if tanam indoor - selalunya once a month je siram, sebab selalunya lepas baja kita perlu siram secara deep watering ie kalau dlm pasu, air perlu keluar dar lubang tu.. kalau tanah make sure tpt baja tu smua kena air or else fert burn... selalunya edges daun tu turn brown

so utk pokok yg jarang siram, elok guna yg bancuh air..  baja perlu berkala 2 minggu sekali. some heavy feeder needs weekly baja. so kena google kat internet, so best masa beli pokok mintak nama omputih dia k

pokok salu mati sbb overwatering dari under, so make sure before nak siram, sentuh guna jari.. if 1-2 inches tahah still lembab, sila skip and jgn over head watering (siram mcm air hujan), pokok cepat sakit sebab air titisan tu kering atas daun so selalu kena penyakit.. selalu siram dekat pangkal sahaja, jgn kena daun

kalau pokok overwatered nanti dia layu.. so jgn lah ditambah lagi siram air tu ingat tak cukup air. tu yg penting rasa dulu tanah.. or else leading to root rot, dah seterusnya sadakallah..

semoga tips pasal fert dan pasa watering yg bersangkut paut ni berguna

kalau nak basic pasal penjaggan pokok pun meols boleh cuba tolong






Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2020 02:15 PM | Show all posts
Kitty_catz replied at 24-6-2020 02:06 PM
baja 101 , bacaan N:.P:K (ada tulis kat packaging) - ni tulis nisbah
N - nitrogen
P - phosporus
...

ok banyak ni info untuk rujukan ahli forum  hehe
thanks sudi share..

ohya,kalau kangkung nak bagi dia gemuk,awak ada info ke
atau pengalaman guna baja yang mana berkesan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2020 02:26 PM | Show all posts
Edited by Kitty_catz at 24-6-2020 02:35 PM
trunks replied at 24-6-2020 02:15 PM
ok banyak ni info untuk rujukan ahli forum  hehe
thanks sudi share..

basic pokok
soil/tanah
sun/mahatari
water/air

nak pokok gemuk, kena guna tanah seswai.. saya dulu penah semai, ekceli campak batang kangkung je, tp sebab tanah tu baru (6in1mix) kang kung jadi gemuk.. tu tanam sbb nak bagi ikan makan je.. sbb kangkung ni plg senang.. and tiap kali amek, dia nak baru

so prep je, tanah hitam tu pun boleh or tanah bakar, campur organic waste la mcm kitchen waste ke - kulit buah, sayur, (kulit pisang tu plg elok antara smua, sbb tinggi potasium)  or daun2 kering.. (kalau dah guna 6 in 1 tu tak perlu dah)

tunggu seminggu then batang kangkung (yg fresh, jgn yg layu) susun je melintang.. potong ikut lebar plater box tu pun takpe.. siram hari2 sebab kangkung ni nama pun water spinach kan ..

kangkung ni kejap je naik.. if batang tu still fresh, mmg kompom la idop.. if lepas 3,4 hari batang layu, tak berjaya.. cuba lagi. make sure plant node tu ada for each la , sbb di situ la terbentuk akar.. sama basic utk semua pokok yg kita nak semai.. kena tahu mana plant node sebelum buat keratan.. tak sure boleh gugle

if your soil is rich, kompom la pokok gemuk2.. sbb your are actually  feeding the cacing yg akan breakdown the organic matter tu jadi baja pokok.. baja dr tinja cacing ni gred AAA .. ni la yg kita panggil vermicompost


as for sun... kangkung rasa takde sensitive sangat kut but kena ada matahari la , matahari pagi saja pun ok


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2020 01:56 PM | Show all posts
dalam masa terdekat ni, cadang nak beli baja NPK 15 15 15. tak pernah cuba baja ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-7-2020 03:37 PM | Show all posts
bianglala replied at 8-7-2020 01:56 PM
dalam masa terdekat ni, cadang nak beli baja NPK 15 15 15. tak pernah cuba baja ni.

saya nampak di shopee, agak murah juga hehe

[color=rgba(0, 0, 0, 0.8)]NPK 15-15-15 Baja Sebatian 65 NPK Fertilizer(Baja Subur) 1KG  RM4.99


Cara guna yang disyorkan  :-
(bagi tanaman dlm pasu)
Anak pokok umur 2 minggu ke atas - 2 biji
Anak pokok umur sebulan ke atas - 3gm
Pokok matang - 10gm
Tabur baja keliling pokok jauh sedikit dari batang setiap 2 minggu sekali.

-Lala tanam apa .boleh tau?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.409408 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list