CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7271|Reply: 27

Kelebihan baca Mathurat, penipuan scammer berjaya ditepis walaupun hampir tercid

  [Copy link]
Post time 22-6-2020 04:14 PM | Show all posts |Read mode
AKU MANGSA SCAM
Rabu, 17.6.2020.
Aku baru sahaja selesai morning round di antenatal cubicle dan mula membuat active plan. Pagi ni dapat banyak panggilan telefon, pertama daripada makmal, kemudian makmal lagi, sambung pula dengan aku membuat referral ke department lain. Telefon bimbit aktif, telefon di kaunter pun aku conquer untuk membuat panggilan ke klinik kesihatan.
Baru sahaja meletakkan telefon kaunter, telefon bimbit ku berdering lagi. Nombor yang tidak dikenali. Tanpa berfikir panjang, aku terus angkat menyangka itu adalah panggilan dari makmal lagi.
Suara operator: “Panggilan daripada LHDN, ini adalah amaran terakhir untuk penunggakan…, sila tekan 9 untuk sambungan ke kaunter informasi”.. lebih kurang macam ni lah ayatnya. Aku memang ada urusan di LHDN yang belum diuruskan, agaknya ni untuk tangguhan e-failing yang aku belum buat. Tanpa mengesyaki apa-apa, aku tekan 9, dan disambungkan kepada pegawai. Tak sangka aku dah mula terperangkap. Ketika ini jam menunjukkan 11 pagi.
Bercakap dengan Encik Zakaria, pegawai bertugas, katanya ada sebuah syarikat ditubuhkan atas nama aku di Kuantan, Pahang. Tunggakan cukai syarikat ini adalah selama 15 bulan sebanyak RM38600.90. Harini adalah hari terakhir untuk membuat bayaran, jika tidak dijelaskan, jumlah wang tersebut akan ditolak daripada mana-mana bank kepunyaanku.
Aku terkejut dan menafikan. Encik Zakaria pelik, takkan aku sebagai owner tidak tahu menahu tentang syarikat ini? Disebutkan kepada aku semua detail mengenai syarikat tersebut, mula diluluskan pada Nov 2018 termasuk nombor pendaftaran. Tegas aku menafikan. Encik Zakaria mengesyaki nama aku telah disalahgunakan oleh pihak ke-3. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan perlu diambil tindakan. Aku adalah mangsa, dan pihak LHDN ingin menolong aku untuk dapatkan penjelasan.
Aku disambungkan kepada Tuan Mohd Danial, Ketua Operasi Cukai LHDN Cyberjaya. Menurut beliau, daripada document yang pihak mereka ada, aku perlu melunaskan tunggakan cukai itu juga, kerana tiada bukti yang mengatakan aku ini mangsa pihak ke-3. Panjang soal jawab yang berlaku, sambil di psycho. Aku bersetuju untuk disambungkan kepada IPK Pahang untuk siasatan lanjut.
Risau.
Sarjan Shahrizal di talian untuk membantu. Aku jelaskan masalah yang berlaku. Dengan tenang, beliau meminta aku memberi kerjasama untuk membuat satu rakaman perbualan di talian bagi tujuan siasatan. Jadi aku diminta berada di tempat yang senyap supaya suara lebih jelas. Disebabkan ini adalah kes serius dan jumlah tipuan adalah besar. Beliau mencadangkan aku ke kereta. Aku bersetuju dan memberi isyarat kepada teman sekerja yang aku ada urusan penting untuk diselesaikan di talian.
Aku di dalam kereta, dan rakaman siasatan dimulakan. Nama aku di masukkan ke dalam sistem. Tiba2 satu lagi masalah muncul.
“Cik, ada buka akaun di UOB Bank Kuantan ke?”
“Tak, akaun mana pulak ni”.
Tiba-tiba nada beliau lain dan banyak bertanya perkara yang aku memang clueless.
“Daripada rekod, didapati ada satu akaun di UOB Bank ditubuhkan atas nama Cik dan bank ini terlibat dalam masalah pengubahan wang haram. Cik tahu tak mengenai hal ini???”
Aku bertambah serabut dan makin tak faham dengan apa yang terjadi. Pandai penipu ni mewujudkan suasana yang real dan buat kita panik, into the situation dan tak lari. Sangkut.
So now what, aku dah jadi suspek jenayah? Sakit kepala.
Ini kes berat, aku disambungkan kepada Inspektor Zulkifli yang incharge kes ni. Kali ini aku di psycho dengan lebih intense. Aku disoal siasat dengan bertubi-tubi soalan, aku hanya mampu menafikan tuduhan yang diberi.
“Cik ada pernah hilang kad pengenalan ke?”
“Pernah memberi Photostat ic kepada mana-mana pihak tanpa letakkan tanda palang?”
“Untuk membuka sebuah akaun memerlukan cap jari pemilik, kalau tanpa cap jari cik, macam mana cik boleh mengatakan tidak tahu mengenai akaun UOB Bank ni?!”
Diterangkan mengenai sebuah sindiket TWP, yang terlibat dalam pengubahan wang haram (money laundering) dan penyeludupan dadah. TWP adalah ketua kongsi gelap yang baru-baru ini ditangkap, tempat operasi TWP digeledah, dijumpai pelbagai jenis dadah dan banyak buku bank. Dikatakan salah satu buku bank tersebut ada nama aku. TWP memberi kenyataan bahawa semua akaun yang dibuka untuk tujuan penggubahan wang haram itu adalah atas persetujuan pemilik buku bank tersebut. Dan seorang pemilk akaun yang bersubahat mendapat 10% komisyen.
Dengan bukti-bukti ini, aku didapati bersalah. Waran tangkap ke atas aku sudah dikeluarkan dan bila-bila sahaja perintah penangkapan boleh dibuat atas tujuan siasatan.
I was like “WHATTT??!!”
Aku disoal siasat memang seperti saspek. Aku hanya mampu menafikan.
“Macam mana saya nak percaya Cik, sedangkan saya ada bukti yang cukup mengatakan cik bersubahat. Mana ada pesalah yang mengaku bersalah!”. Inspektor tu terus mengugut. Tangan aku menggeletar. Takut. Risau.
Akhirnya, “Baiklah, mungkin juga Cik ini adalah mangsa. Sebab memang banyak jenayah yang TWP ni buat melibatkan orang yang tak bersalah. Takpe, saya jadi penjamin Cik dalam kes ini. Dengan syarat Cik memberikan kerjasama penuh kepada pihak kami untuk membuat siasatan, Cik perlu jujur. Menjadi syarat juga untuk tidak menceritakan hal ini kepada mana-mana pihak untuk tidak membesarkan skop siasatan dan orang yang terlibat.” Berkata dia lagi “Kerana ini adalah Rahsia Kerajaan, kes ini merupakan Jenayah Tahap 1. Di bawah AKTA 88, Akta Rahsia Rasmi. Boleh di sabitkan kesalahan jika terdapat kebocoran di mana-mana.”
Takut.
Inspektor menyambungkan aku kepada Dato’ ACP Muhd Nizam untuk membuat rayuan pembatalan waran tangkap dan pembekuan bank oleh bank negara.
Aku bercakap dengan Dato’ dalam ketakutan dan helpless. Dato’ sangat tegas dan aku di psycho lagi.
Akhirnya memberi aku dua pilihan cara sebagai jalan keluar untuk tidak direman bagi membuktikan aku tidak bersalah:
1) Membuat semakan oleh bank negara, iaitu dengan pembekuan bank kepunyaanku. Siasatan atas akaun mengambil masa 2 tahun 6 bulan. Ini untuk membuktikan aku tidak terima komisyen 10%. Atau;
2) Menjalankan siasatan dengan pegawai AMLA (Anti-Money Laundery Act 2001) di bank kepunyaan aku. Hanya mengambil masa 2 hingga 3 jam.
Aku bersetuju dengan cara kedua. Aku diberi arahan untuk pergi ke bank milikku di cawangan berdekatan. Pada fikiranku, aku akan berjumpa dengan pegawai bank secara berdepan.
Enjin kereta dihidupkan, phone dalam mode loudspeaker diletakkan di sit kiri. Aku parking kereta di area belakang bangunan. Dato’ yang masih ditalian mengatakan ada mata-mata yang memerhatikan aku untuk memastikan aku tidak lari. Yelah, aku kan saspek. Dato’ menyambungkan talian aku kepada pegawai AMLA. Diingatkan supaya aku berkata baik-baik dengan pegawai AMLA nanti untuk memudahkan proses rayuan.
Talian disambungkan. Pegawai itu menyuruh aku menyediakan kad ATM dan boleh keluar kereta menuju ke bank. Di mesin ATM nanti aku akan diberitahu langkah seterusnya. Aku terkejut bila dia kata ATM. Aku mula berasa sangsi, dan memberi soalan. Aku dimarah kerana banyak bertanya dan tidak memberi kerjasama. Takut diugut. Aku senyap berdiri didepan bank sambil kepala ligat berfikir bagaimana untuk lari, risau juga jika betul ada mata-mata yang memandang. Ketika ini, semua orang nampak suspicious bagi aku.
Im Alone.
Terus aku berpura-pura buat gaya mencari, dan memberi alasan kad ATM tertinggal dalam kereta. Dan aku perlu kembali ke kereta untuk mencari. Sampai sahaja di kereta, aku terus memandu menuju ke balai polis.
“Cik, nak kemana tu?”
Alamak, agaknya dia dengar bunyi kereta dihidupkan.
Aku menjawab, “Maaf saya nak tukar tempat parking”
“Cik jangan lari ya, tindakan akan dikenakan jika mendapati Cik lari, saya pasang GPS untuk mengesan kedudukan Cik”
Palpitation.
Terus aku pecut ke balai polis. Park. Pergi ke pondok keselamatan polis dengan muka ketakutan. Aku bertanya kepada polis “Encik pegawai AMLA tu apa? %&*^#...”
Polis: “Apa Cik cakap ni? Bagi saya phone Cik. Hm macam kenal nombor ni”.
Encik polis terus maki-hamun scammer yang ditalian. %$#&^* !!!!!
Aku terduduk. Polis meyakinkan aku itu scammer. Nangis. Stress dan takut yang menhantui diri terus relieved. Polis masukkan nombor ke dalam sistem, rupanya aku adalah mangsa ke 8 dengan nombor tu.
Aku lihat jam. Pukul 2 petang. Penatnya.
3 jam menjadi mangsa rupanya. Mujur tiada kerugian. Aku terus call boss dan minta EL (emergency leave) untuk buat repot polis.
Mentally drained.
* * *
Hanya orang yang mengalami sahaja tahu macam mana dose tahap penipu professional ni. Sampai mangsa boleh terus terkabur. Bukan dipukau, tapi ditipu!
Keadaan ini bukan as simple as;
“Letak jelah phone”
“Macam mana kau boleh terkena, tak logik”
Yes memang tak logik! Tapi dalam disituasi tu, orang pandai macam mana pun, ada possibility untuk ditipu, sebab ayat yang digunakan memang meyakinkan. That’s explain why ada orang sampai loss berpuluh-puluh ribu. Dasar.
Memang hanya Allah yang yang memberi perlindungan. Doa banyak-banyak supaya dijauhkan.
* * *
Balik rumah, cerita kepada family dengan lebatnya.
Ayah: “Sujud syukur, alhamdulillah takde apa-apa jadi”
Mak: “Kamu rajin baca mathurat ni, kan ada banyak doa dalam tu, sebab tu Allah jaga”
Allah.
بِسْمِ اللّهِ الّذِيْ لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الأَرْضِ ولَا فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
“Dengan nama Allah, akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit untuk menimpakan bencana, dan Dia Maha Mendengar dan Mengetahui”.
Allah jaga.
Waktu ni memang hanya Allah menjadi tempat pergantungan.
Ter apply terus surah Al-Falaq, yang sesungguhnya hanya Allah yang dapat melindungi hambanya daripada kejahatan yang diluar kawalan.  
Semua tafsir terbayang di kepala. Kisah kedua daripada Surah Al-Kahfi, tentang pekebun yang sombong. Sekelip mata sahaja hartanya dihapuskan. Memang kalau Allah nak menghilangkan harta daripada kita, bila-bila pun dia boleh buat.
Tapi kali ini, Allah memang tak izinkan duit di tanganku jatuh ke tangan penjahat. Tapi dia jaga supaya harta ini betul disalurkan kepada agama-Nya. Subhanallah.

Kredit FB Barizah Rosli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 22-6-2020 07:00 PM

Panjangnya......

Kau pun mengong.....cuba guna logik sikit....memula call kata dari LHDN...Pastu blh sambng ke polis segala bagai....ingat LHDN & polis tu satu department ke?...satu bangunan?.....

Belajar tgi tgi tapi tanak guna akai.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku kalau angkat phone, start dr dia ckp "Ini adalah panggilan dr bla3" terus aku letak
Xkuasa nak layan
Apa2 kena ada black and white
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Detail ya ingatan dia... Kalau iols, kalau buat call, e.g. bank service centre, bank representative tu bgtau nama dia kan, by the end of that one conversation, I dah lupa dah nama reps tu. Nak letak mesti kena tanya balik semula, as courtesy to thank them by their name.

Ini dia ingat nama, ikut kronologi lagi..

Tapi, apa pun, thank you for sharing.. semoga kita blh ambik pengajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu jangan layan dari awal.....iols angkat je fon tu pastu tinggal biar dia membebel sendiri kat fon tu.....iols buat kerja macam biasa....
Memang tak akan dengar apa dia nak cakap.....

Lhdn akan hubungi kita melalui surat kalau ada masalah.....tak akan call.....jangan tertipu.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2020 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Selalu mmg akan ckp "sya tgah meeting ni. Nanti call balik." Pastu siap package aku block number n off handphone..hahahahaha
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2020 12:25 AM | Show all posts
Alahai.. takkan tak leh proses lagi? melayan telefon dari LHDN ke Polis  IPK Kuantan? Guna la logik akai tu.. kalau hang pasti tak dak syarikat macam diperkatakan, matikan panggilan.  Tak baca berita & tgk TV kot?

Rajin pulak dia menaip cerita ni di FB..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 06:50 AM | Show all posts
biasa lhdn polis call , kaka akan forwardkan ke bukit aman.. biar polis dengan polis berbual

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
AMLA? Tu herba india, sesuka hati je bagi nama
Btw masa angmat bunyi lain tu letak teruslah, kata doc takkan tak reti download truecaller tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku install truecaller. Astro call nk promot pakej aku xangkat pun sbb awal2 lg  truecaller tulis top spammer .  Last year adik ipar aku kena scam 2.5k. Thru wssp je. Si babi tu menyamar jd bapak mertua aku. Profile wssp bpk mertua aku sama mcm profile dia guna utk scam., waktu tu dia igt bpk mertua aku tukar nom. Terus dia transfer duit kt acc ustaz ape tah namanya aku lupa dah. Lps dah transfer baru dia call bpk mertua aku tny sbb dia rasa ayat2 dia guna tu pelik. Try call balik try wssp nom tu mmg xdpt dah la.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik laa i bukan doktor dan x sepandai doktor
Jadi i cepat dpt detect scammer call
Mmg mula2 gelabah diorg ugut mcm2..
Tp klu dah main pass call sana sini tu, cancel je la call tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 08:50 AM | Show all posts
gigih tul ko melayan penyamun tu
awal2 dh pelik tu letak je fon
ssh sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 09:17 AM | Show all posts
ntah2 tt yg scammer..

pjg karangan
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 05:02 PM | Show all posts
realitinya, takder pegawai2 ni rajin nak telepon kita
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 05:08 PM | Show all posts
iolsss banyak kali dapat call dr no xdikenali.. iolss angkat dgr suara and then ckp fuck off.. matikan fon & block no.. dia call guna no lain.. sampai sudah xangkat.. last 2 scammer xde dh call..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok bakal diamalkan tq atas ilmu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
sukacactus replied at 22-6-2020 07:09 PM
Aku kalau angkat phone, start dr dia ckp "Ini adalah panggilan dr bla3" terus aku letak
Xkuasa nak  ...

Samala..aku pernah dpt dari kastam, mahkamah,sprm,pos laju..semua aku letak..settle
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:25 PM | Show all posts
I pernah kena. Mcm hampir sama kronologi. Nasib baik dia call office. Dia siap suruh kunci bilik office & duduk seorang2 dlm bilik. Tapi i main tipu..i duduk dgn budak office i. Dia pelik, tp i buat isyarat...shh diam.

& dia pon dengar la sekali. Sampai la dia tak tahan, dia tulis besar2 kat atas kertas,

WEYY BODOH! MANA ADA ORG BUAT REPORT POLIS DLM PHONE! KENA PERGI BALAI LAAAA!

Time tu rasa mcm terjaga dr lena rasa. Yg scammer tu dah melalut smpai ke nama i dlm list narkotik ape entah. Budak office i siap ckp, kau duduk...& matikan phone je. Time tu i dah siap2 nak pergi kereta ok. Rasa mcm bodoh betul time tu. I matikan...dia call balik lg sekali, then bila i tak pick up...terus dia takde call dah. Alhamdulillah terlepas.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 02:31 AM From the mobile phone | Show all posts
degurlz replied at 1-7-2020 11:25 PM
Samala..aku pernah dpt dari kastam, mahkamah,sprm,pos laju..semua aku letak..settle

Samalah...x kuasa nak melayan.pernah jugak dapat call "ini atalah manggilan dalipada telikom meletia. Tila tekan 1 utk" terus iollss hempas fon. Cakap pon pelat ade hati acah2 operator. Konon2 macam iollss yg call operator pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 09:12 AM | Show all posts
Kiranya dlm opis scammer tu ade Pegawai polis,pegawai LHDN, gabenor bank negara,peguam negara,ketua audit negara..semua main pass2 je..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.154449 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list