CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MAL

Nak Berpantang, Tak Perlu Ikut Cara Tradisional Melayu - Dr Amalina

[Copy link]
Post time 23-6-2020 10:21 AM | Show all posts
daku xde lagi pengalaman mengandung apatah lagi berpantang.. tapi dari pengamatan melihat kawan2 yg ada pantang ada tak ni.. badan org yg bpantang lagi cantik la.. muke pon nampak fresh jekkk.. dari org yg knon x pantang.. acah urban.. tp muke kusam.. semua tak larat.. penat tengok.. maka kalau ada rezeki mengandung daku akan berpantang tradisional.. sronok tengok depa jaga pantang dan hasilnya wow..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 11:13 AM | Show all posts
Edited by KBW2 at 23-6-2020 05:01 PM

Seumur hidup aku tengok orang berpantang (banyak kali) dan mengalaminya juga tak pernah sekali dengar pasal air segelas ni. Yang biasa ialah lauk-pauk yang khusus untuk wanita berpantang dan semuanya sedap-sedap sangat. Ada juga jenis ikan dan daging yang tidak digalakkan makan sebab mengundang kegatalan. Ada jenis buah dan sayur yang dikatakan "sejuk"--juga tidak digalakkan makan. Kemudian penjagaan dari bab urut, barut, bengkung, mandian, pemakaian. Semuanya best-best belaka kot! Macam berpantang ni betul-betul maksud dia nak ibu bersalin cepat pulih tanpa alahan. Aku memang takdak komplen langsung dan aku rasa doktor-docktor sosial media yang beria nak condemn amalan berpantang tradisional ni seropa cakap melalui lobang idung sahaja.

Sekurangnya, ambil tahu dulu tentang amalan berpantang tradisional yang sebetulnya dan beri penilaian yang lebih adil.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:17 AM | Show all posts
tengok la dr imelda tu
gendut semacam jer
tu mesti kes belasah makan semua
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:18 AM | Show all posts
Pengalaman berpantang dengan arwah nenek
berat turun ke 55kg
hari2 makan nasi separuh, ikan bakar, lada hitam
menu tu ja hingga 40hari
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:49 AM | Show all posts
takde ke sesiapa pernah tanya dia, apa yg dia tau pasal pantang Melayu. Mintak dia sebut satu2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 11:55 AM | Show all posts
Edited by Meiizu at 23-6-2020 02:22 PM

my sista kat hospital baru 6jam bersalin normal..mak masak bawak bekal sup ayam.
pasal pantang2 ni agak misteri penerimaan badan orang.

cth laa 1st time sakit badan lepas sehari pesta makan2  ...mulanya taktau sebab apa.  
sembang adik badik diorang identify mungkin i taktahan pulut.

waktu lain.. i pegi beli try makan dinner, ye esok memang bangun sakit dari bahu ke kaki.

then waktu lain try lagi bila neighbour hulur pulut + ayam msk merah..sama, jadi lagi sakit badan.

mujur i jenis tak suka pulut - org bagi i makan , orang tak bagi tak cari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-6-2020 12:45 PM | Show all posts
domestobot replied at 23-6-2020 08:37 AM
jadi apakah mekanisma yang membuatkan makan makanan berprotein macam ayam dan ikan boleh jadi gatal? ...

selalunya gatal kat tempat luka tu bukan gatal kat tangan ke badan ke. even kalau orang elergy ayam dan telur pun boleh naik rashes.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 12:51 PM | Show all posts
Aku bab makan pantang juga pernah kena makan pecal ambik kau angin yang ko nak kentut tak boleh, nak sendawa tak boleh. aku bukan saja - saja makan sebab aku fikir itu sayur rupanya sayur tu tak sesuai ok. yang berurut, tungku, pilis aku suka sebab badan rasa rileks kan. alah yang doktor2 ni gi tak berurut kat saloon so kalau diorang berurut maka tak salah la berurut bertungku dalam pantang. Air tetap minum secukupnya untuk menghasilkan susu yang banyak. moderate la jangan tinggal terus amalan berpantang. yang bercakap tu pun tak pernah keluar seorang manusia pun dari dia so bercakap ikut buku. Tunggu la Dr. Amalina ni beranak dia share pengalaman baru la ikut dan percaya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 01:16 PM | Show all posts
macam neverending gadoh jak antara modern doctors & org yg pro pantang. apsal kena gadoh ek? doctor ni tersangat modern sampai tak boleh terima perkara selain modern meds ka? kena juga paksa terima yang pendapat dia terpaling betul? kalau memudaratkan macam takleh mandi, minum segelas tu..okay fine. aku yg tak pro mana-mana pun akan marah. ni tak. semua aspek pantang dikeji macam salah sangat pantang tu.

tak susah pun nak terima. org ni boleh je ikut pantang asal tak memudaratkan. urut-urut tu best apa. takde pon dalam modern meds tp sangat best okay untuk mak-mak yang baru bersalin. penat wei meneran. pastu penat jaga anak baru lahir. kira spa la untuk mak-mak. pastu makanan yg sihat macam rebus2 macam tu.. apa salahnya mak-mak makan? sihat & kurang minyak. cepat la berat mak turun.

doctor ni kan, maybe da lama sangat percaya dengan konsep 'orang pandai-pandai je dapat jadi doktor'... terus melalut ke perasan diri tu paling betul & terpandai. cara org selain doktor semua je salah. nothing wrong with old school & nothing wrong with new school of thought. cuma kena pandai seimbangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 01:26 PM | Show all posts
Ya Dr. Amalina, you're the bombbbbbbbbbbbbbb ... NOT.
Everything in moderation la, pantang tradisional pon best apa, urut, bertungku, jaga makan etc. Semua tu untuk kesihatan ibu-ibu lepas bersalin kan? Janji one take care of their health and their newborn's health.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 01:38 PM | Show all posts
cara tradisional pun tak semuanya tak bgs..ada yg bgs follow la..yg tak logik akal dan rasa tak mudaratkan tu ignore..apa susah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:17 PM | Show all posts
Terserah pada individu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 02:27 PM | Show all posts
judicata replied at 23-6-2020 01:16 PM
macam neverending gadoh jak antara modern doctors & org yg pro pantang. apsal kena gadoh ek? doctor  ...

penah dengar.. orang dlm bidang medical takkan sealiran pendapat dgn orang dlm bidang nutrisi pemakanan @  dietician.
tu cara2 orang yg expert dlm bidang masing2 pun malas bertelagah dgn doktor
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
syadq replied at 22-6-2020 08:49 PM
Nak cakap pasal pantang dulu-dulu ambil kira hidup orang zaman dulu juga. Ko gila nak minum air bany ...

Sebab dulu toilet luar rumah. Mandi air telaga. Pampers dewasa belum ada.

Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
robinmosby replied at 22-6-2020 10:42 PM
Bagi aku semua ni personal preference. Nak pantang silakan. Tak nak pantang janganlah judge. Itu pil ...

Pilihan di tangan sendiri. Jangan rendahkan2 amalan orang lain tak kira moden atau tradisional. Bab minum air bercatu memang tak patut.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:08 PM | Show all posts
Yang kita rasa baik tu kita ikut je lah. Efek pun kat badan kita juga nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-6-2020 03:41 PM | Show all posts
Makan je lah apa yg sesuai dgn badan ko.asalkan tiap hari ko berak, susu keluar bnyk, and baby pun takde alahan kira betulla pemakanan ko tu. yang penting jangan pemalas. bangun pagi2, mandi bersiap wangi2 and pakaila param pilis mende alah tu suma and buat light exercise.ni balik balik cerita makan tu takboleh makan ni boleh ..apedeiii
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:52 PM | Show all posts
My mother & mother in law, dua-dua moden, tapi tetap ada pantang - cara moden.

Pantang ni healing process, masa untuk adapt dengan baby etc.  Masa untuk bermanja dengan both mothers, dengan husband, dengan saudara & sahabat terdekat.  Semua akan beri extra attention, datang dengan buah tangan etc.  Tak happy ke?

Ada masa berurut yang lain dari yang di spa.  Yang tak sukanya bila kena urut dada untuk lancarkan susu, ini sangat sakit.  Ada orang ikatkan rambut, pakaikan bengkung, sapukan lulur, alahaii manja sangat rasanya.

Makanan masa pantang pun tak banyak beza dari hari biasa.  Setiap pagi tetap dapat telur separuh masak walau pun melahirkan secara csect + milo panas + lain-lain hot meals.

Untuk lunch & dinner, rebus air + bakar + steam, nampak plain tapi sebenarnya sedap bila cukup rasa & herbs.  Yes, Ngah loose weight masa dalam pantang.

Alahai, rindunya masa berpantang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah baca luahan hati mak mertua, menantu dia kena follow cara ank dia pantang, sbb anak dia doktor, katanya hala pantang melayu xmoden, xbetul, byk mitos, bila lelaki dia (doctor) bwk g hosp sbb mini nk ddk pn xblh, badan menggigil doc just bg antibiotics, ubat tahan sakit. Sedangkan anak dah bentan, dtg bidan urut betul2, bg minum air panas, bertungku.. Elok dah sikit. So ini la kot doctor2 moden ckp, xyah follow. Bg aku mana logic and baik kita ambil, lg pn bkn nye setiap thn kita nk pantang.. Apa salahnye jaga..
Reply

Use magic Report

Post time 23-6-2020 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
aku mng watch out apa aku makan..even hr ke 40 pun aku xleh makan ayam...gatal...so mkn balik ikan....mkn ikan pun yg bukan gatal2...termasuk sayur...even sawi pun aku xleh makan...menggigil aku sepanjang malam...sayur most of time makan ulam sahaja...side dishes bwg goreng

air sma air suam...kopi kadang2 jer...teh o xpernah....roti makan sikit2..biskut yg selalu makan...jamu2 xmkn sb breastfeed ank and ank ada kuning...lepas pantang br makan jamu....

pki stoking bekung tuk 3bulan...besttt...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.610422 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list