Nampaknya, kemelut antara Zarina Anjoulie dan pelakon Emelda Rosmila terus berlanjutan.
Memetik mStar Online, Emelda pula tampil menuntut ganti rugi lebih RM1 juta terhadap selebriti kontroversi itu.
Menerusi pernyataan tuntutan balas terhadap Zarina, Emelda juga menuntut ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan teladan serta perintah injuksi bagi menghalang Zarina atau mana-mana ejennya daripada mengeluarkan semula kenyataan fitnah terhadapnya.
Kredit foto: IG Zarina/Emelda
Sama seperti tuntutan yang dibuat Zarina terhadapnya sebelum ini, Emelda juga menuntut pelakon itu meminta maaf dan perlu menyiarkannya di media cetak, Facebook serta Instgram.
Dakwanya, saman dan tuntutan balas itu dibuat berikutan fitnah yang dibuat terhadapnya secara terang-terangan oleh Zarina menerusi video di Facebook.
Difahamkan, Zarina telah menerima tuntutan balas itu pada 9 Jun lalu melalui peguamnya.
Dalam satu kenyataan kepada media, pasukan guaman Emelda sudah memfailkan pernyataan pembelaan yang menafikan dia terbabit dalam mengeluarkan pernyataan fitnah terhadap Zarina menerusi aplikasi Telegram.
Dia juga menafikan bahawa hantaran itu satu fitnah terhadap Zarina. - CARI
BACA JUGA: Gagal Hadir, Peguam Anju Mohon Penghakiman Terus Terhadap Amyza
BACA JUGA: Anju Saman Fitnah RM3 Juta Terhadap Amyza
BACA JUGA: Anju Tuntut Amyza, Emelda Mohon Maaf Dan Bayar Ganti Rugi RM4 Juta! |