CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 868|Reply: 2

[Dunia] ARAK LAGI: Dipercayai Ketagihan Arak, Tiga Dilaporkan Maut Selepas Minum ‘Hand S

 Close [Copy link]
Post time 27-6-2020 12:17 PM | Show all posts |Read mode
Dipercayai Ketagihan Arak, Tiga Dilaporkan Maut Selepas Minum ‘Hand Sanitizer’

Tiga orang dilaporkan telah meninggal dunia manakala tiga lagi berada dalam keadaan kritikal dan seorang buta kekal selepas menelan hand sanitizer yang mengandungi metanol, lapor New York Times.

Kes paling awal yang dilaporkan kepada Pusat Maklumat Racun dan Kawalan Dadah New Mexico adalah pada 7 Mei lalu dan selebihnya berlaku selepas 29 Mei.

Jurucakap dari Jabatan Kesihatan mengatakan bahawa kes-kes tersebut berkait dengan alkoholisme dan menyatakan bahawa hand sanitizer diminum kerana ia mempunyai kandungan alkohol yang tinggi.

Pengumuman itu dibuat seminggu selepas Pentadbiran Makanan dan Dadah memberi amaran kepada pengguna agar tidak membeli sembilan produk pembersih yang dihasilkan  di Mexico kerana mengandungi metanol yang boleh menjadi toksik jika diserap melalui kulit dan tertelan.

Sama ada produk yang terlibat dalam kematian tersebut termasuk yang disenaraikan dalam nasihat sedang disiasat, menurut Jabatan Kesihatan.

Menurut seorang profesor di University of New Mexico, Brandon Warrick, hand sanitizer kebiasaannya mengandungi alkohol etanol atau isopropil namun menjadi beracun apabila mengandungi metanol.

Menelan metanol boleh membawa maut dan jika ada yang masih hidup, kebutaan atau kerosakan otak merupakan kesan sampingan yang biasa kerana toksin merosakkan saraf optik dan otak.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2020 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa rentung kan? Akibat pemerintahan.Dapig
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 03:35 PM GMT+8 , Processed in 0.091524 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list