CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2937|Reply: 19

ALBUM SITI NURHALIZA #ManifestaSITI2020

[Copy link]
Post time 29-6-2020 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by EncikAiskrim at 29-6-2020 09:29 PM

DATUK Seri Siti Nurhaliza menjadi penyanyi tempatan pertama muncul dengan album pada empat dekad berbeza bermula pada 1990-an, 2000, 2010 dan terbaharu pada 3 Julai ini.


Album solo studio ke-18 berjudul ManifestaSITI2020 itu memuatkan 11 lagu dan lima daripadanya sudah dilancarkan sebagai single iaitu Anta Permana, Terang, Kasihku Selamanya, 7 Nasihat dan Basyirah serta lagu rakaman semula, Teratai Menjelma nyanyian asal Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad.

Album pertama Siti berjudul Siti Nurhaliza 1 dipasarkan pada 1996.

Siti berkata, sudah menjadi azam selain kepuasan sebagai penyanyi adalah alasan utama kenapa dia terus menerbitkan album fizikal selain secara digital.

"Album penuh terakhir saya iaitu SimetriSiti pada 2017. Kemudian saya berehat sebab hamil dan bersalin. Dalam tempoh itu sehingga awal tahun ini, saya melancarkan single Comel Pipi Merah, Anta Permana, Terang,  7 Nasihat dan Basyirah.

"Album penuh ini adalah azam dan kelangsungan untuk saya meneruskannya kerana inilah kepuasan seorang penyanyi. Alhamdulillah, syarikat saya, Siti Nurhaliza Productions bekerjasama sekali lagi dengan Universal Music Malaysia untuk menerbitkan album baharu.

"Ini penting kerana saya mahu memastikan peluang dan ruang untuk berkarya bukan saya saja, tetapi penerbit album, pencipta lagu dan penulis lirik dapat terus dikembangkan dalam satu produksi," katanya.

Antara komposer yang terbabit dalam album kali ini ialah Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo dan ramai lagi.

Menurut Siti, album itu sepatutnya dilancarkan lebih awal namun disebabkan disebabkan beberapa perkara ia perlu ditangguhkan.

"Sabar itu indah dan penuh hikmah. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), album tak jadi keluar sebab ada perkara yang perlu tangguh untuk teruskan pembikinan.

"Apabila masuk fasa PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat), saya kembali memulakan kerja yang perlu disiapkan. Seterusnya PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) dapat melaksanakan kerja akhir album yang membabitkan penggambaran.

"Ini hikmahnya. Apabila album bakal keluar 3 Julai ni, berasa sangat bersyukur kerana penantian bakal berakhir serta ramai peminat sudah rindu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Jun 2020 @ 11:25 AM

LATEST
-3 Julai akan release
-pre order sudah berjalan
- kira kira 800 dari 1400 salinan batch pertama sudah habis
-setiap hari satu teaser
-mv Iagi banyak
-jam 9 malam hari pertama rilis dh sold out

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2020 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Ce perdengarkan sikit. Sora jantan ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2020 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
https://youtu.be/TfjklXIVYow
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 10:04 PM | Show all posts
kerlas sitizoners memborong yachhhh!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 10:16 PM | Show all posts
dah ada la benang ni..
btw, iols rasa ramai je penyanyi tempatan yg keluar album utk 4 dekad berbeza mcm tok jamal, tok mnasir, arwah sharifah aini....  
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2020 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Mader in law buat album jota2, doter in law non malaysian rm10k bantuan penjana pon masih hadap

#normabaru
#T20
#bukankecammakiti
#jgntriggernaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-6-2020 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
sleepandream replied at 29-6-2020 10:16 PM
dah ada la benang ni..
btw, iols rasa ramai je penyanyi tempatan yg keluar album utk 4 dekad berbe ...

Dh ada eh? Nak link
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Hi semua
Korang boleh beli disini ye

Album  Siti Nurhaliza @CTNurhaliza11 #ManifestaSITI2020 boleh ditempah secara pre-order sekarang!!!
Sekeping CD berharga hanya RM46.90(tidak termasuk postage)

MANIFESTASITI  #ManifestaSITI2020
@CTNurhaliza11 mengandungi lagu lagu ciptaan komposer terulung terdiri daripada
Aubrey Suwito, Omar K, Hael Husaini, Ezra Kong, Pown Hasril, Melly Goeslow, Hafiz Hamidun, Ippo Hafiz, John Jeevasingham, Ryan Kyoto, Kmy Kmo.

BUY NOW
LINK:
https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/mistahazjaz
  Atau
Whatsap
https://wa.link/h3tv0q

BERBAKI 1200 NASKHAH TERAKHIR SAHAJA LAGI

Pos ke Indonesia/Singapore/Brunei/Malaysia juga ada! Order sekarang
.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
EncikAiskrim replied at 30-6-2020 10:48 AM
Dh ada eh? Nak link

https://snp.onpay.my/order/form/manifestasiti2020/mistahazjaz

Boleh beli disitu 7july baru pihak snp akan buat postage
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 11:23 AM | Show all posts
melly goeslow buat lagu apa.. lagu dia sedap biasanya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tracklist #ManifestaSITI2020 (tak ikut turutan)
1. Basyirah
2. 7 nasihat
3. Terang
4. Anta Permana
5. Kasihku Selamanya
6. Tertulis Nama Kita
7. Kuasa Cintamu
8.  Aku bidadari Syurgamu (OST 7 HARI MENCINTAIKU 2 BERMULA 2 JULAI) - ciptaan Ippo Hafiz
9. Teratai Menjelma (cover lagu Allahyarham Dato Sudirman Haji Arshad)
10.
11.
Maaf tt sibuk jap eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tracklist #ManifestaSITIA2020 (Tak ikut turutan)
1. Basyirah
2. 7 Nasihat
3. Terang
4. Kasihku Selamanya
5. Anta Permana (wae??)
6. Aku Bidadari Syurgamu (OST 7 HARI MENCINTAIKU CIPTAAN IPPO HAFIZ)
7. Kuasa Cintamu
8. Takhta Dunia
9. Tertulis Nama Kita
10. Siapa Tak Mahu

Kalau sapa sapa tahu silalah tepek nama komposer tapi ada komposer seberang tu nama apa eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tracklist #ManifestaSITIA2020 (Tak ikut turutan)
1. Basyirah
2. 7 Nasihat
3. Terang
4. Kasihku Selamanya
5. Anta Permana (wae??)
6. Aku Bidadari Syurgamu (OST 7 HARI MENCINTAIKU CIPTAAN IPPO HAFIZ)
7. Kuasa Cintamu
8. Takhta Dunia
9. Tertulis Nama Kita
10. Siapa Tak Mahu
11. Teratai Menjelma (cover lagu Allahyrham Dato' Sudirman Haji Arshad)

Kalau sapa sapa tahu silalah tepek nama komposer tapi ada komposer seberang tu nama apa eh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 29-6-2020 10:25 PM
Mader in law buat album jota2, doter in law non malaysian rm10k bantuan penjana pon masih hadap

...

Sila pegi thread apa yg saya tak tahu boleh membawang di sana hehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
https://www.instagram.com/p/CB6_gduH1Lk/?igshid=styph35rm7ja

Dlm video tu ada Aubrey 'kesayanganku', omar k, ryan kyoto, pown hasril, luca sickta
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw sitizoner request lightstick ngan photobook cam kpop
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2020 02:38 PM | Show all posts
Baut pertama kali aku cam was2 nak beli album DSCT sebab lately ni lagu2 dia banyak naw eksperimen pastu ditambah pulak Labum ni memuatkan 5 lagu yang aku dah download secara sah so cam rugi je beli... melain kan dia tolak harga lagu aku beli kat itunes tu.. berkira naw pulak aku..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 30-6-2020 02:38 PM
Baut pertama kali aku cam was2 nak beli album DSCT sebab lately ni lagu2 dia banyak naw eksperimen p ...

Hidup kena berkira sis, tapi bab anta permana tuh haih huhu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2020 03:56 PM | Show all posts
EncikAiskrim replied at 30-6-2020 03:31 PM
Hidup kena berkira sis, tapi bab anta permana tuh haih huhu

Kan.. dah siap masuk AJL bagai pastu dah kene kecam mic rosak segala.. pastu masuk Album.. alahai..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
buragazz replied at 30-6-2020 03:56 PM
Kan.. dah siap masuk AJL bagai pastu dah kene kecam mic rosak segala.. pastu masuk Album.. alahai. ...

Kalau ganti anta permana dengan lagu baru takpe gak sebab tu punya lagu dah 2 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.064047 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list