CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: haryatie

"Pondok kecil ini syurga buat saya dan isteri" - To'ki

  [Copy link]
Post time 2-7-2020 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
nia_salina replied at 1-7-2020 10:03 PM
of u took drugs kalau dari kaya raya pun akan merudum hidup..masalah sana sini...bukan saja kt diri  ...

Jamal Abdillah pernah cakap yg dia habis jutaan ringgit sebabkan dadah dulu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
@Phoenix replied at 30-6-2020 02:45 PM
Dulu kehidupan dia elok bahagia dgn isteri n anak3..ingat lagi dia buka kedai makan di BTHO (i selal ...

bukan current wife ni la ye? mcm penah baca gak thread dia mendadih
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlu ke nak kesian penagih dadah? Kat CI jika marhaen keluar cerita sebegini, memang tak cukup tered dihencap.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Boomibulat replied at 2-7-2020 10:34 AM
Dikunjungi Ebit Lew Sejurus Kisah Viral, To’ki Sempat Belanja Live 4 Lagu Popular

Baru-baru ini, ...

Bagi duit beli dadah ye? Elok la tu. Elok sangat simpati tak bertempat tu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
piahsemah replied at 2-7-2020 01:08 PM
Ada jugak pndpt sama iols..huhuhu..bkn sakit pun kan..napa la uel ni bantu camtu..biar la dia bg k ...

ustaz ebit ni main tolong je semua org..asal ada org pm dia je, dia terus g bantu..bukan tak suka ustaz membantu tp bukan kat tokki ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:37 PM | Show all posts
dah dpt umah baru kan? ustaz ebit pon ade kata nk bagi mcm2 brg2 ... rezekilah. boleh x agaknya kemaskan rambut - c am kusut masai skali
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 07:44 PM | Show all posts
tgk muka bini kulit cerah ada la rupa....cemana laa tersangkut dgn tok ki ni...aku dah mcm tgk tengkorak jek ni haaa....

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah terus memberi rahmat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
enginelady replied at 1-7-2020 08:00 PM
Dia ni ada anak ke?

Dia ada anak dgn isteri pertama...alhmdulillah walaupun diabaikn leh tokki tapi dorang hbis bljr sampai degree..tahniah utk emak yg melahir dan mmbesarkn mrk dgn baik
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:22 PM | Show all posts
Biar rumah kecil ke apa, penting kemas.
Dan bersih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 12:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Klu potong rambut pendek kn npk kemas..ni rmh dh mcm tu hidup ssh x selesa dgn rambut mcm tu x serabut ke.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 11:21 AM | Show all posts


KUALA LUMPUR: Anak To'ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu ketika beliau menjadi wali nikahnya, empat tahun lalu.

Anak kedua daripada lima beradik itu memberitahu, sejak ayah dan ibu berpisah, kira-kira 16 tahun lalu, itulah kali pertama dia menatap wajah To'ki, sehinggalah dia dan adik-beradik membaca kisah penyanyi lagu Seni Berzaman itu yang tular, sejak beberapa hari lalu.

"Ketika ibu dan ayah bercerai, saya berusia 11 tahun. Selepas berpisah, ayah menghilangkan diri daripada kami. Sehinggalah empat tahun lalu, ayah datang pada hari pernikahan saya selepas dibawa keluarganya.

"Selama ini, kami memang tidak pernah berhubung, kecuali abang yang ada berinteraksi dengan ayah beberapa kali di Facebook (FB)... Itu sahaja, telefon atau mesej memang tiada," katanya kepada BH Online.

To’ki mengaku bangga dengan kejayaan lima anaknya dan mendakwa tidak pernah mengabaikan mereka. Foto NSTP/Asyraf Hamzah
To’ki mengaku bangga dengan kejayaan lima anaknya dan mendakwa tidak pernah mengabaikan mereka. Foto NSTP/Asyraf Hamzah
BH Online menjejaki Noor Hidayah, 27, yang mesra disapa Yaya selepas entri yang dimuat naiknya, tular, mendakwa To'ki tidak menunaikan tanggungjawab sebagai bapa selepas meninggalkan ibu, dirinya dan empat beradik lain.

Kisah kehidupan To'ki, 53, dan isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, yang tinggal dalam pondok di Batu 12, Gombak, tular, sejak beberapa hari lalu.

Noor Hidayah berkata, dia dan adik-beradik yang lain terkejut mendapat tahu keadaan To'ki dan kehidupannya di pondok melalui laporan media.

"Sejujurnya, saya dan adik-beradik yang lain baru dapat tahu keadaan ayah selepas berita disiarkan... Barulah kami tahu ayah sudah berkahwin lain.

"Memang terkejut sebab tidak sangka ayah hidup dalam keadaan begitu. Sebelum ini, saya ada tengok ayah buat lintas langsung di FB, tetapi tidak sangka begitu keadaan tempat tinggalnya," katanya.

Noor Hidayah berkata, selepas ditinggalkan, mereka tidak pernah berhubung dengan To'ki sehinggalah berjumpa sekejap pada hari pernikahannya.

Mengenai perkongsiannya di laman sosial berhubung kisah To'ki, Noor Hidayah berkata, entri itu bukan untuk meraih simpati, sebaliknya bertujuan mempertahankan dirinya dan adik-beradik lain.

"Pada awalnya, kami mahu berdiam tetapi ramai yang membuat tanggapan negatif. Disebabkan itu, adik beradik mewakilkan saya untuk bersuara.

"Orang cakap kami tidak ingat ayah dan lupa diri selepas hidup senang. Tetapi mereka tidak tahu apa yang kami lalui sebelum ini.

"Saya harap apa yang saya luahkan dapat memberi penjelasan kepada orang ramai bahawa kami bukanlah seperti yang dianggap," katanya.

Noor Hidayah berkata, dia tidak berniat memburukkan bapa kandung, sebaliknya merasakan langkah itu perlu demi kepentingan ibu dan adik-beradik.

Namun, Noor Hidayah tidak menyimpan dendam dan mendoakan yang terbaik buat ayah.

"Sudah tentu saya sedih melihat keadaan ayah, tapi itu jalan yang dia pilih. Mungkin itu juga dugaan atas apa yang dilakukan ke atas kami.

"Kami doakan yang terbaik buat ayah. Kami mahu ayah mendapat kehidupan yang lebih baik. Sebenarnya, kami semua selalu ingat pada ayah. Buruk macam mana pun, ayah tetap ayah kami," katanya.

Sementara itu, To'ki berbangga semua permata hatinya berjaya dalam hidup.

Keberatan bercerita kisah peribadi, To'ki berkata, biar apapun yang berlaku, dia mengambil tahu perkembangan anak-anak.

"Anak-anak saya semuanya berjaya dalam bidang masing-masing dan berpelajaran tinggi. Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar.

"Mereka hidup selesa dengan bekas isteri. Saya memohon orang di luar janganlah menulis yang bukan-bukan dan menimbulkan cerita yang tidak benar," katanya mengulas persoalan dibangkitkan netizen mengenai anak-anak.

To'ki akur tatkala diri mendapat perhatian ramai, isu seumpama itu datang menerjah.

Tidak keberatan berkongsi, To'ki berkata dia memiliki lima cahaya mata hasil daripada perkahwinan pertama.

To'ki berkata, anak sulungnya berusia 28 tahun iaitu Mohd Hafizi; diikuti Noor Hidayah, 27, Noor Husna, 22; Noor Aishah, 21 dan Mohd Hairi Hanis, 18.

Enggan mengambil endah tanggapan netizen, To'ki percaya ada hikmah di sebalik ujian dihadapi.

To'ki berkata, bakatnya mula dihargai apabila video yang dimuat di laman Facebook (FB) mencatatkan tontonan tinggi.

Tambahnya, ada hikmah di sebalik penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 18 Mac lalu.

"Nama saya menjadi sebutan ramai sejak PKP. Dulu, apabila saya buat siaran langsung di FB, tontonan hanya tiga atau empat orang. Sekarang mencecah ribuan penonton.

To'ki berkata, dia tidak menyesal memilih untuk menetap di pondoknya itu.

"Sebelum ini, pondok ini hanyalah tempat persinggahan saya. Saya hanya di sini beberapa malam untuk mencari inspirasi.

"Tetapi, sejak lebih setahun lalu, saya memutuskan untuk menetap di sini kerana saya mahu menyediakan kandungan yang baik untuk pengikut laman sosial.

"Seiring dengan perniagaan industri muzik sekarang, saya juga mahu mewujudkan saluran YouTube sendiri," katanya ditemui di pondoknya di Gombak, dekat sini, semalam.

Selain aktif di laman sosial, To'ki banyak memenuhi undangan nyanyian di ibu negara.

"Sebelum PKP, saya banyak mendapat undangan nyanyian di Johor, Kedah dan Pulau Pinang.

"Saya ada dua persembahan tetap iaitu di I'Dahlia Corner, Persiaran Stonor dan Pak Tam Sri Corner, Batu Caves pada setiap hujung minggu," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by TravellingBear at 4-7-2020 08:05 PM
prettyuglybabe replied at 30-6-2020 02:40 PM
mesti sejuk je rumah dia..
tepi sungai pulak tu..
nyaman je rasa..


baru nak tanya tanah tu beli ke. Area KL mesti mahal , kalau nak membeli lahh... sbb dia ada citer nak pump air sungai (which is kalau bukan tanah sendiri , legal ke nak install pam bagai)
area kampung @ sub urb yg jauh beribu batu dari KL kat tempat aku pon ratus2 ribu 1 petak kecik je.... ni brp km je dari KL...

kalau boleh pacak je aku macam teringin nak buat rumah cenggitu. alala main pondok2 masa kekecik
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 4-7-2020 07:36 PM
baru nak tanya tanah tu beli ke. Area KL mesti mahal , kalau nak membeli lahh... sbb dia ada citer ...

kat belah tu macam ada komuniti orang asli and melayu setempat..
sapa dok lama so dia claim tanah tu tanah dia..
memang ada yang jual but pasal geran tu i tak tau macam mana..
maybe dorang rasa gomen takkan kacau dah area tu..
so dorang berani la pacak/jual kat penduduk setempat yang nak beli..
area depan sikit komuniti indon pulak..
siap buat rumah berpintu-pintu pastu sewakan kat orang kita
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
MsCinderella replied at 4-7-2020 11:21 AM
KUALA LUMPUR: Anak To'ki, Noor Hidayah mendakwa kali terakhir bertemu penyanyi era 1990-an itu k ...

Antara Tok ki Dan anaknya.Aiols lagi percaya dgn statement anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
@Phoenix replied at 30-6-2020 02:45 PM
Dulu kehidupan dia elok bahagia dgn isteri n anak3..ingat lagi dia buka kedai makan di BTHO (i selal ...

yes betul.aku dulu keje kat area situ.wife dia regular kastemer aku time tu.wife nya tak habis2 dok canang hal buruk To'ki.lebam2 bini dikerjakan nya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2020 06:35 AM | Show all posts
Edited by sidewinder at 5-7-2020 06:39 AM

time senang lupa anak2 dia......time susah....anak2 dah besar....anak2 dah berjaya.....baru nak berbangga bagai....baru nak berkata "Tuduhan mendakwa saya tidak menghiraukan mereka adalah tidak benar"......ahakkk puiiii

tapi bagus gak laa anak2 dia ni.......baru cite sikit jer tu......kalu cite A-Z mau To'ki yg acah2 popular tu x sempat berak kat sungai....pengajaran kepada artis2 ......kerjaya sbg artist ni sekejap jer......dh byk kes hampir serupa masuk dlm Melodi
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
one_aiman replied at 2-7-2020 07:23 PM
ustaz ebit ni main tolong je semua org..asal ada org pm dia je, dia terus g bantu..bukan tak suka  ...

Utk harumkan nama je ...dia ala2 fast respond mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 09:21 AM | Show all posts
makadek replied at 5-7-2020 07:38 AM
Utk harumkan nama je ...dia ala2 fast respond mcm tu

Ntah apa2.. Makin lemau la orang2 susah dan makin bertambah manusia pemalas kat Malaysia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Pesal meols nampak dia nih cam sentiasa lalok jerr ... cakap pun merapu2 ntah apa2 ..cam org salah menuntut belajar agama pun ya ... dia nih cam ada yg tak kenalah ... nampak pelik ...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:54 PM GMT+8 , Processed in 0.101881 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list