Murah betul hati Fikry Ibrahim sanggup sanggup menyedekahkan sebanyak RM29,000 kepada Zulin Aziz yang disangkanya ditimpa kesusahan.
Zulin menerusi Instagramnya berkongsi video pendek bersama pengacara program Trek Selebriti, Alif Farhan ketika melakukan prank terhadap aktor berkenaan.
Kredit foto: IG Fikry/Zulin
Dalam lakonannya, Zulin meminta bantuan kewangan daripada Fikry bagi melunaskan hutang sewa rumahnya yang kononnya tertunggak akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), baru-baru ini.
"Tuan rumah nak halau aku, tiga bulan tak bayar sewa. PKP, kan? Aku mana ada duit. Aku dah tak tahu nak pinjam kat siapa, aku stres gila," acah Zulin.
Jelas riak terkejut di wajah Zulin dan Alif apabila Fikry selamba meminta nombor akaunnya untuk melakukan pemindahan wang sebanyak RM9,000 bagi menjelaskan tunggakan sewa rumah Zulin.
Kredit foto: IG Zulin
Tidak puas setakat itu, Zulin terus mengusik Fikry untuk meminjam RM20,000 bagi memulakan perniagaan.
Teruja betul Zulin dan Alif apabila Fikry menganggap angka RM29,000 itu sebagai sedekah sebelum Zulin memaklumkan ia hanya panggilan prank.
Sementara itu, di ruangan kapsyen banyak lagi pujian Zulin untuk Fikry yang disifatkannya sebagai lelaki yang sangat baik hati. - CARI
|