CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 112428|Reply: 348

[Jenayah] Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars didakwa di mahkamah sebab ugut bapa tiri: “P

  [Copy link]
Post time 1-7-2020 02:45 PM | Show all posts |Read mode
Edited by I.am.PH at 1-7-2020 11:00 AM

Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars didakwa ugut bapa tiri
By Bernama - 1 July 2020



KUALA LUMPUR – Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengugut  bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp.

Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20,  mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S. Mageswary.

Tertuduh didakwa telah menakutkan secara jenayah terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian iaitu dengan menghantar pesanan ringkas melalui aplikasi WhatsApp dibaca “Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako”.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang di sini pada 8.45 malam, 15 Jun lepas mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau  kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam Muhammad Nor Izzat Nordin memohon jaminan dibenarkan antara RM2,000 hingga RM3,000 untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah dan tiada risiko untuk tertuduh melarikan diri.

“Anak guam saya merupakan pengarah bagi tiga buah syarikat dan urusan perniagaan ini adalah bersama pengadu yang merupakan bapa tirinya,”katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa sehingga kes selesai dan menetapkan 7 Ogos  untuk sebutan kes bagi serahan dokumen.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2020 02:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Berminat nak tau sbb apa dia marah kat pak tiri dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Jarang nak jumpe anak masih berbaik dgn ibu/bapa tiri lepas ibu/bapa kandung meninggal....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:00 PM | Show all posts
sebab gapo pulok tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:02 PM | Show all posts
nak tahu juga sebab apa...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:02 PM | Show all posts
“Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako”.

Kenapa ckp mcm ni?

mcm penah baca yg anak pempuan arwah
mmg baik betul dgn ayah tiri dia ni
tak bagi kawin bagai tak silap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2020 03:03 PM | Show all posts
ni yang anak pompuan dia ala-ala nak ganti tempat mak dia kan..
jatuh cinta dengan bapak tiri ke apa sampai nak ugut-ugut..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 1-7-2020 03:09 PM
edoraixora replied at 1-7-2020 03:00 PM
sebab gapo pulok tu


Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk ig dah selamat hide semua post dan private ig nya.
Tapi taktaula aen syahera lain ke apa.

Semakin menarik drama pemeli ni patutnya bapak tiri dia tu dulu pun kena dakwa sbb bawak keta sampai eksiden n menyebabkan kematian bini dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2020 03:03 PM From the mobile phone | Show all posts
dah napa pulak ni? ko gi antar ugutan camtu, lagi syok la pak tiri ko..leh dia guna utk dakwa ko..penat2 arwah mak bina empayar bisnes..kang x memasal pak tiri sebat abis..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:09 PM | Show all posts
sebab katanya bapak tiri dah kawen baru...
mesti laa adik heols yg konon2 kata sheols pengubat rindu tu frust...
kan kt msg tu tulis kalo jadi ape2 kt adik heols...heols nk pancung sume....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:11 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-7-2020 03:03 PM
Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk i ...

amboiiii cepatnya carik pengganti...duda kaya berebutlah masuk line, muda pulak tu.
cuci kaki lah bini baru, patut anaknya marah sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
edoraixora replied at 1-7-2020 03:11 PM
amboiiii cepatnya carik pengganti...duda kaya berebutlah masuk line, muda pulak tu.
cuci kaki lah ...

Kalau ikut kata netizen bini baru tu pun founder product gak set2 jutawan gaklaa tp muda comel lote
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Eksiden sbb microsleep

Tapi lepas eksiden gigih telan pil tidur sebab tak boleh lupa arwah bini

Alih2 nk kawen baru

Pak tiri dia ni dulu asalnya pekerja arwah mak dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni baru drama melayu... Perg x Saba nak tahu lebih lanjut...

Pak tiri muda ngat2... Ptt la kawin lagi...

Ms br kematian arwah mcm ngan x lupa sgt, mcm syg sgt... Tuptup kaweng
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:25 PM | Show all posts

Anak Pengasas Dnars Ugut Mahu Bunuh Bapa Tiri?

Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars Skincare mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengugut mahu menyebabkan kematian terhadap bapa tirinya melalui aplikasi WhatsApp.


Memetik Harian Metro, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, 20, membuat pengakuan itu hari ini selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Mageswary di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.






Iqbar Hakim - Kredit foto: mStar






Tertuduh lebih dikenali sebagai Iqbar Hakim didakwa menghantar kiriman WhatsApp berbaur ugutan berbunyi "Papa ingat deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako" terhadap Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 43.


Kesalahan itu dilakukan jam 8.45 malam pada 15 Jun lalu di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Bukit Bintang. Jika disabitkan kesalahan, Iqbar boleh berdepan hukuman maksimum penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.


Mahkamah menetapkan 7 Ogos untuk sebutan kes bagi serahan dokumen. Tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan syarat tambahan tidak dibenarkan mengganggu mangsa sehingga kes selesai. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ore g pancung belako maksudnya apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2020 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi:    Edited by Suchi at 1-7-2020 03:09 PM  Baca komen2 kat fb katanya pak tiri tu dah kawen baru plak.katanya aen syahera kot bini tu tgk ig dahselamat  ...


Aen syahera tu instafemes kelate kan. Comey2 gedik gtu seksi tek beso..
Pernah ada gosip ngan zizan many years back..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:41 PM | Show all posts
Budak lagi tu pemikiran tak matang. Itu pun sampai buat report bagai kena ugut.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:47 PM | Show all posts
Atata replied at 1-7-2020 03:32 PM
Ore g pancung belako maksudnya apa?

“Papa igt deh kalau adik ore mati, ore g pancung belako”.

Like if anything jadi to his sister ie Mati,  he will go after everyone. Macam bunuh everyone.Tapi cepatnya cari pengganti.Adakah his sister kecewa?? tengokkan posting2 dia, sedikit geli & confuse di situ..erk
Biasanya bila si ibu meninggal macam ni lah. Huru hara. Lagi lagi si ayah kahwin lain. Inikan pula si ayahnya itu ayah tiri.

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 03:51 PM | Show all posts
husna_amal replied at 1-7-2020 03:41 PM
Budak lagi tu pemikiran tak matang. Itu pun sampai buat report bagai kena ugut.

Anak tiri ada duit, upah orang je.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.087843 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list