CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2622|Reply: 33

[Tempatan] Era Covid TNB umum dividen tertinggi dalam sejarah

[Copy link]
Post time 1-7-2020 11:12 PM | Show all posts |Read mode
Era Covid TNB umum dividen tertinggi dalam sejarah


ERA negara dilanda wabak Covid-19 yang menyaksikan rakyat dihimpit tekanan ekonomi termasuk bil utiliti yang tinggi menyaksikan Tenaga Nasional Berhad (TNB) seperti berada di kemuncak kejayaan apabila mengumumkan pengagihan dividen tertinggi dalam sejarahnya.

Ketika rungutuan orang ramai mengenai bil elektrik yang tingginya luar biasa ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), syarikat pembekal tenaga elektrik monopoli negara itu mengumumkan dividen berjumlah RM5.69 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 (FY2019).

Lembaga Pengarah TNB juga telah meluluskan dividen peringkat tunggal akhir 20 sen sesaham, sekali gus menjadikan jumlah dividen peringkat tunggal itu kepada 50 sen sesaham bagi tempoh kewangan tersebut.

Selain itu, Lembaga Pengarah TNB turut meluluskan dividen khas 50 sen sesaham yang menjadikan jumlah dividen sesaham kepada RM1.

“Ini merupakan tahun ketiga berturut-turut kita dapat memberi dividen pada akhir polisi dividen sebanyak 30 peratus dan 60 peratus daripada keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI),” kata Pengerusi TNB Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam kenyataan.

Kenyataan itu menyebut, setakat Mei 2020, barisan pemegang saham utama TNB termasuk Khazanah Nasional Bhd (25.8 peratus); Permodalan Nasional Bhd (18.1 peratus); Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (16.7 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan (6.7 peratus).

“TNB akan terus mengimbangi komitmennya bagi mengembangkan perniagaan demi meraih pulangan saksama untuk pemegang saham selain tanggungjawabnya terhadap pelanggan dalam tempoh semasa yang mencabar ini.

“Kita juga akan terus bekerjasama erat dengan kerajaan untuk menyokong rakyat menerusi pelbagai inisiatif yang diperkenalkan di bawah pakej PRIHATIN dan Bantuan PRIHATIN Elektrik,” katanya.

Ketika tempoh PKP, rakyat merungut ekoran bil elektrik pengguna meningkat antara 25 hingga 40 peratus sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berikutan peningkatan penggunaan elektrik.

Peningkatan penggunaan elektrik menyebabkan bacaan bil akan masuk dalam tarif blok kedua atau ketiga.
Ini kerana bacaan bil yang diperkenalkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) berdasarkan sekatan tarif.

Berdasarkan penggunaan, maka bil akan menjadi tinggi kerana penggunaan pelanggan meningkat.

Semakin banyak penggunaan elektrik, semakin tinggi bilnya kerana sekatan tarif dibuat seperti itu.

Blok tarif pertama adalah untuk 200kWh penggunaan elektrik pada kadar 21.8 sen; blok 100kWh kedua pada 33.4 sen dan 300kWh blok ketiga pada 51.6 sen. – SM

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2020 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Thread ni bakal penuh dgn cemuhan
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku msh xpuas hati statement TNB yg nk jugak bg alasan xde org keluar baca meter dan bil tinggi sbb semua org wfh..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2020 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kaunter mahal ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:17 AM | Show all posts
org sumer dah bayar bil ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:39 AM | Show all posts
omg untungnya sape ada saham tnb... iols takde sorry
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kapitalis semua
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana x tinggi dh cas cekik darah main tipu. Duit haram sebegini pasti akan membinasakan tnb, amen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 08:11 AM | Show all posts
bodo punya strategi...dikala ummah merempan korg caj bil tinggi waktu pkp xmenyempat nak umum dividen tinggi..

dividen tinggi maka org2 tnb pun dpt byk bonus... bonus yg dikaut dlm waktu singkat mase pkp... harap dicerca sahaja top management yg hauk..

dividen mmg la elok untuk pelabur..tpi bukan waktu org merempan atas kebodoan tnb yg x g baca bil time pkp... da umum rebate pun still byr dividen paling tinggi.. nampak tak byknye untung yg dorg buat time pkp..

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg mahal berkali2 ganda dr kebiasaan..siapa x terkejut... ada yg bulanan pki rm300++ skrg cecah rm1k++
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 08:58 AM | Show all posts
aku yakin ramai out there yg tgh mental dgn tnb

even dah dpt diskaun bagai coz depa masih tak faham why bill tinggi


nak empok kalo gi empok menteri & pegawai2 atasan yg gaji 5 ke 6 angka tu

jgn jadikan pekeja bawahan tnb sbg mangsa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebat duit rakyat...memang la untung banyak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:06 AM | Show all posts
TNB mmg xguna....mmg la wfh....
tapi bukan 24 jam wfh....

aku rasa yang wfh pun bukan on laptop 8 jam pun....

bil biasa x pernah cecah 200...paling tinggi 180...sekali sampai billl 900 daaa...
'mmg gila....ingat rumah aku ada air cond on 24 jam ke..?

aje ke gila org TNB.....

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:13 AM | Show all posts
hahahahahaha...
sapa yg bayo lebih tu bulan ni....
dividan itu la duit korang....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:57 AM | Show all posts
tahun lepas tnb kena saman sbb caj tggi, kali ni investor tnb dpt dividen tggi sbb caj tggi. tahniah kerajaan Abah !
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
tahun 2019 harga arang batu jatuh tp tnb naikkan tarif, bonus staff katanya dpd 6 bulan ke bp bln di turunkan jd setengah bulan, subsidi utk bil bwh RM20 dah takde, etc, etc. mau x untung berlipat kali ganda.

ni semua jasa kerajaan ph. tahniah pengundi ph

tp bila pn ambik alih, kurang2 ada la sikit dpt ke rakyat v bil percuma utk 3 bln pkp tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
badaksumbu replied at 2-7-2020 10:29 AM
tahun 2019 harga arang batu jatuh tp tnb naikkan tarif, bonus staff katanya dpd 6 bulan ke bp bln di ...

mcm biasa la, kerajaan muhyiddin mmg expert bab2 menghabiskan tinggalan2 harta kerajaan dulu

hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:36 AM | Show all posts
bukan main berseronok yer
xde sape nak halal kalau ko org salah guna kuasa caj kt org bil tinggi gila
x tentu pasal
umah yg xde ekon pun bil mahal gilerrr
setakat guna barang2 letrik biasa..mcam ada kilang pulak kt rumah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:55 AM | Show all posts
badaksumbu replied at 2-7-2020 10:29 AM
tahun 2019 harga arang batu jatuh tp tnb naikkan tarif, bonus staff katanya dpd 6 bulan ke bp bln di ...

dulu tnb tipu pengguna gomen saman.

hari nih tnb tipu pengguna, gomen cover bil sebulan.

next month bleh teruskan tipu seperti biasa ye.




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang je konsep dia:
Bil TNB tinggi > Keuntungan tinggi > tunai dalam tangan yang banyak > bayar dividen tinggi kpd pemegang saham i.e. kerajaan. Dalam kata lain, kerajaan bagi duit BPN bukan free maa.. rakyat kena bayar balik la kat kerajaan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.078297 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list