CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3532|Reply: 35

[Tempatan] DAP tak perlu gelabah tetek dengan penahanan Jeffrey Chew

  [Copy link]
Post time 2-7-2020 07:25 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM - DAP tidak perlu meracau atau kelam kabut dengan penahanan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang, Jeffrey Chew Gim Eam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, Datuk Nazir Hussin Aktar Hussin berkata, penahanan itu masih di peringkat siasatan berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Sehubungan itu, katanya, DAP tidak perlu panik dan melatah sekiranya yakin bekas Timbalan Bendahari DAP Pulau Pinang itu tidak bersalah.

"Ramai sudah pemimpin lain termasuk pemimpin tertinggi UMNO yang kena siasat dan semuanya profesional.

"Sepatutnya DAP juga bertindak profesional dengan memberikan kerjasama kepada pihak SPRM," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN - Jeffrey Chew direman kes terowong dasar laut

Nazir Hussin berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan DAP yang meminta ahli dan penyokongnya untuk mengadakan satu himpunan solidariti bagi mempertahankan Jeffrey Chew.

Jeffrey Chew yang juga bekas Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Pulau Pinang di Georgetown pada jam 2 petang semalam untuk membantu siasatan.

Difahamkan SPRM menyiasat kes terowong itu selepas mendapat bukti baharu dan susulan itu ramai saksi susah dipanggil termasuk Jeffrey Chew selain individu dari pejabat kerajaan negeri dan Majlis Bandaraya Seberang Perai untuk direkod percakapan.

Pada 4 Mac lalu, SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pihaknya sudah membuka enam kertas siasatan berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang di mana kertas siasatan pertama dibuka pada Julai 2017 manakala lima lagi dibuka pada Januari 2018.

Sementara itu, Nazir Hussin meminta Majistret yang mengendalikan kes Jeffrey Chew agar tidak tunduk kepada tekanan daripada DAP.

"Majistret tidak boleh membuatkan rakyat rasa gelisah dengan memberi layanan istimewa kepada DAP. Tiada siapa boleh dilayan sebegitu istimewa. Diharap perintah tahanan reman penuh dikenakan supaya siasatan dapat dilengkapkan dengan benar-benar telus.

"Saya meminta SPRM supaya tidak menjalankan siasatan terpilih. Tidak adil untuk rakyat Malaysia sekiranya ada siasatan yang terpilih," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ahanan-Jeffrey-Chew
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 07:34 AM | Show all posts
ala DAP - isu jata negara you suruh Dr Asyraf ' jgn ambik hati sangat lah' jgn sensitif sangat lah - itu karya seni - apa punya warganegara malaysia yg bela penghina.

yang ini mau pulak gelabah.

dasar parti ni sesuatu dan tindakan mereka pun sesuatu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana mungkin bangsa sesuci embun pagi makan rasuah.. Ni semua fitnah..

Dan aku pun
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
maklum la 22 bulan pegang kerajaan semuanya dianggap suci
lps tumbang tetiba terlondeh
patut la 24x7 kutuk pintu belakang la, pengkhianat la
rupanya nk make sure kes lama tak terbongkar
tak sempat
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:18 AM | Show all posts
Aku tak percaya.

Kan mereka berhenti bercakap bila azan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 09:30 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 09:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh, nk bersolidariti jadah apa, nk disiasat jer pun bkn ditahan tanpa bicara
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:03 AM | Show all posts
bak kata bangcak.. siasat je kalau bersalah.

#mindapositif (hanjengPH) tapi hati hitam semua reply aku report kt Ace kesayangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 10:13 AM | Show all posts
Awat la kalut sangat depa nie?

Tgk tokjib, relax2 wat pis je kan?

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:20 AM | Show all posts
bersoladiriti der
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:36 AM | Show all posts
SPRM buat laporan polis ke atas Raja Petra kerana kebocoran bukti, kata sumber
July 1, 2020 11:19 PM


PETALING JAYA: Satu laporan polis yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap blogger Raja Petra Kamaruddin tahun lalu mengenai kebocoran bukti projek terowong dasar laut Pulau Pinang, kata sumber kepada FMT.

Sumber itu berkata, laporan itu bukannya berkaitan dokumen palsu, tetapi disebabkan “kebocoran bukti”.

Ini menyusul DAP Pulau Pinang hari ini mendakwa SPRM membuat laporan terhadap Raja Petra pada Mac 2019 selepas blogger itu memuat naik “dokumen palsu dengan dakwaan tidak berasas” berkaitan projek terbabit.

Katanya, projek itu dipolitikkan musuhnya untuk mencemarkan nama baik parti berkenaan dan kerajaan negeri yang diketuainya.

Raja Petra membuat pendedahan yang didakwanya berdasarkan dokumen dibocorkan daripada projek itu, membabitkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang ketika projek itu dimulakan, serta beberapa exco, termasuk Ketua Menteri sekarang, Chow Kon Yeow, Abdul Malik Abul Kassim dan Lim Hock Seng.

Guan Eng yang memfailkan saman fitnah terhadap Raja Petra pada 6 Sept 2019 atas dakwaan blogger itu, memperoleh penghakiman ingkar pada 28 Feb lalu selepas Raja Petra tidak menentang saman itu.

Guan Eng menuntut ganti rugi teladan, permohonan maaf di muka depan dan perintah injunksi bagi menghalang blogger itu mengulangi dakwaannya.

Baru-baru ini, SPRM menyambung semula siasatan ke atas projek terowong dasar laut itu dengan pegawai agensi anti-rasuah menyerbu 3 syarikat semalam, susulan penahanan seorang bekas pegawai tinggi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang.

Projek terowong dasar laut dan 3 lebuh raya utama bernilai RM6.3 bilion itu yang dicadangkan kerajaan Pulau Pinang bertujuan mengurangkan lalu lintas di jambatan pertama.

Pembinaan terowong dasar laut sepanjang 7.2km itu yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, dijadualkan bermula 2023.

Tiga lebuh raya utama itu dari Air Itam ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (5.7km), Tanjung Bungah ke Teluk Bahang (10.53km) dan Jalan Pangkor ke Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (4.1km).
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:41 AM | Show all posts
salamon replied at 2-7-2020 01:30 AM
nah sedikit appetizer utk korg !!

http://theunspinners.blogspot.com/2019/02/misi-sebenar-dap-kami ...

tq bro...Melayu2 PH yang bodoh tak sedar diri..sila BACA !!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Entahnye....nk gelabah ape...leklek sudah....namepun bantu siasatan....nk takut ape kalau x slh....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 10:52 AM | Show all posts
jefrey ni mmg totok DAP kan
kat lengan dia siap ada tatoo logo DAP lagi
ni jenis hidup mati ngan parti yg berenti bercakap bila azan ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:13 AM | Show all posts
leluhur parashit
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 2-7-2020 09:30 AM
nah sedikit appetizer utk korg !!

http://theunspinners.blogspot.com/2019/02/misi-sebenar-dap-kami ...

Good info bro...thks.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Ini yg kononnya kerajaan PeeH Msia Baru
bersih dari rasuah yaa..

Pegidahhh... Sepet2 Kaper lahanat Dapigs ni la lagi kuat rasuah jangan tak tahu.

Mujurla kerajaan PeeH haprak kaki kencing 22 bulan dah kiok tombang...

Kalo lama sikit lagi,  habis jahanam negara
Msia hanya tinggal spendar jer   .
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 2-7-2020 09:30 AM
nah sedikit appetizer utk korg !!

http://theunspinners.blogspot.com/2019/02/misi-sebenar-dap-kami ...

Unspinners ni dulu pro Tun xsalah aku.. Ka aku tertukar dgn another brick on the wall..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 11:54 AM From the mobile phone | Show all posts
underground replied at 2-7-2020 10:03 AM
bak kata bangcak.. siasat je kalau bersalah.

#mindapositif (hanjengPH) tapi hati hitam semua repl ...

Wowwwwwww... Ace tolak tacang? Cehhh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 12:25 PM | Show all posts
Edited by underground at 2-7-2020 12:27 PM
sarah82 replied at 2-7-2020 11:54 AM
Wowwwwwww... Ace tolak tacang? Cehhh...

Ace kalau tolak 98 terus sis..



bila kita report si hanjengPH tu, satu haram tak layan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.085748 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list