CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2679|Reply: 31

[Tempatan] Uncle Kentang tolong agih 5,000 ayam percuma

  [Copy link]
Post time 2-7-2020 02:23 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Nahnukutu at 2-7-2020 09:11 PM

Uncle Kentang agih 5,000 ayam percuma
NUR FARHANA ABDUL MANAN | | 2 Julai 2020


Uncle Kentang mengagihkan 5,000 ekor ayam percuma di 15 lokasi sekitar Puchong dan Cheras semalam.


PUCHONG - Seramai 5,000 keluarga di sekitar Puchong dan Cheras menerima sumbangan ayam percuma hasil agihan aktivis masyarakat, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang semalam.

Sumbangan berkenaan hasil sumbangan pembeli yang menyumbangkan seekor ayam bagi empat ekor ayam yang dibeli menerusi Program Ayam Rakyat Syawal 2020 anjuran Anugerah Hikmah Consultancy dan Services.

Chee Heng berkata, beliau terkejut apabila ada pihak menghubunginya dan memaklumkan hasrat mengagihkan sumbangan ayam berkenaan di 15 lokasi berasingan.

Menurutnya, agihan ayam berkenaan dilaksanakan dengan bantuan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain.

“Sumbangan 5,000 ekor ayam bukan sedikit, tugas saya adalah untuk agihkan amanah tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang menderma dan sambutan program ini sangat baik.

“Harap lebih ramai menyumbang untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang ‘awesome', katanya.

Pengarah Program Ayam Rakyat Syawal 2020, Wan Idora Irqin Wan Munawer berkata, menerusi program membeli sambil menderma itu pembeli yang membeli empat ekor ayam hanya akan menerima tiga ekor ayam manakala seekor lagi disumbangkan untuk Program Ayam Rahmat ‘Ayam dapat, pahala pun dapat’.

Menurutnya, pembeli dan penyumbang datang dari seluruh negara, program turut dijayakan bersama beberapa NGO lain dan 'social influencer' termasuk Cikgu Mohd Fadli Salleh.

“Kita gunakan Uncle Kentang sebagai platform untuk memanggil penerima sumbangan ayam ini.

“Mereka yang menerimanya adalah golongan kurang berkemampuan, asnaf dan fakir miskin,” katanya.

Sementara itu penerima, Sabran Osman, 63, berkata, dia bersyukur menerima sumbangan ayam berkenaan.

Pesara itu berkata, harga ayam mahal menyebabkan dia tidak dapat selalu membelinya untuk dijadikan lauk.

“Rasa beruntung dapat sumbangan ayam ini, sekarang harga ayam mahal tak mampu nak beli.

“Dapat bantuan macam ini rasa bersyukur sangat,” katanya.

Pembantu gerai, Nurazian Razali, 32, berterima kasih kepada penyumbang ayam berkenaan.

Katanya, dia ke lokasi penyerahan ayam di Surau Ar Ra’ayah, Puchong Permai sebaik menerima maklumat berhubung agihan tersebut.

“Terima kasih Uncle Kentang bagi ayam, bolehlah dijadikan lauk untuk dua tiga hari ini,” katanya.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... h-5000-ayam-percuma
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 02:37 PM | Show all posts
baik nya dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat puchong utama aeon big ada ambulans dan van jenazah
Sapa sapa nak pinjam boleh ke sana...
Mintak kat kedai mamak situ kuncinya..
Ada 5 6 buah gitu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 2-7-2020 02:40 PM
Kat puchong utama aeon big ada ambulans dan van jenazah
Sapa sapa nak pinjam boleh ke sana...
Mint ...

Alhamdulillah....

Skrg ni ramai dah ada kesedaran...suka bersedekah.....

Sampai satu masa nanti, dah tak de org miskin kita nk b sumbangan.....semua kaya kaya dah.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:15 PM | Show all posts
slalu folo uncle kentang dlm fb...seronok tgk dia tlg org x kira warna kulit...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik hati uncle ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2020 03:24 PM | Show all posts
Syukur masih ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu, punya byk icon Muslim Berwibawa, kenapa apek cina selet juga diguna?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 04:15 PM | Show all posts
cop.. yang i faham dia tolong agihkan saja kan?
ayam tu sumbangan orang lain..
lembu punya susu, sapi dapat nama
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:21 PM | Show all posts
pelik mcm mane dia boleh kalah dlm pru lepas.. baik gile kot uncle ni. moga diberi hidayah la
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:23 PM | Show all posts
ok dh baca artikel bebetul. dia tolong agihkan sbb aktivis tu percaya dia slalu jumpa org susah la tu. kira baikla tu. dia mmg terkenal dgn kebaikan lain2 pun. bila2 masa kalau rasa xde mknn call/whatsapp je dia nti dtgla dia bwk makanan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-7-2020 04:15 PM
cop.. yang i faham dia tolong agihkan saja kan?
ayam tu sumbangan orang lain..
lembu punya susu, s ...

Duit sumbangan tu dr org ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 2-7-2020 03:06 PM
Alhamdulillah....

Skrg ni ramai dah ada kesedaran...suka bersedekah.....

Tezza...
Van jenazah n ambulans tu uncle kentang ni punya..
Sapa sapa boleh pinjam
Cuma jangan menipu je dia kata..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Cassieopeia replied at 2-7-2020 04:21 PM
pelik mcm mane dia boleh kalah dlm pru lepas.. baik gile kot uncle ni. moga diberi hidayah la

Dgr nya ada org di belakang nya....

Bila org tau cite sebenar. ...org tak undi lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:13 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 2-7-2020 01:14 AM

Terkini Uncle Kentang Tutup Kedai Dan Gulung Tikar. Ini Puncanya.1 29,997 Kurang dari satu minit


Terkini Uncle Kentang Tutup Kedai Dan Gulung Tikar. Ini Puncanya | Hari ini ramai terkejut apabila menerima posting terkini Uncle Kentang yang umum tutup kedai dan gulung tikar. Ini puncanya buat ramai sebak. Baca selanjutnya.

Kekurangan Dana Dan Diambil Kesempatan


Notis pemberitahu. KAMI TUTUP KEDAI DAN GULUNG TIKAR.

Kami kini HANYA memberi makanan kepada orang di kawasan Puchong sahaja. Oleh kerana dana kekurangan. kami sudah hentikan kiriman wang kepada mereka yang susah.


Harap maklum. TIDAK ADA BANTUAN WANG lagi akan di beri. Mohon contact dengan mana mana NGO lain. Hanya ada makanan di dapur umum Chef Gemuk dan juga restoran Kiong Kee bagi non halal untuk Non Muslim.

Untuk mereka yang perlu ambulan dan Van jenazah, kami memang bersedia bantu anda. Call aja 018 2683999. 01155052148 untuk bantuan ambulan.


Apa Puncanya ?

Sorang netizen memberi komen, “If ada emergency nak pakai duit seperti sebelum ni.. Just roger je uncle, insha allah kami pakat2 bankin setakat yg mampu asalkan dpt memudahkan urusan org memerlukan..”

Uncle Kentang jawab, “Saya rasa sedih. Bila beri satu kali…mintak lagi … mintak lagi. Ini lah kita malas nak layan. Kalau betul emergency kematian sahaja akan di layan. Nak jawab mesej pun saya malas. Kita putuskan budaya malas mereka.”

Tambah Uncle Kentang lagi, “kita beri duit… dia maklum member semua minta kat saya… hahaha ada yang guna no tel berbeza dan akaun berlainan… bila check mereka adalah dari kumpulan yang sama…”




Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:15 PM | Show all posts
Hunker kentang pun surrendered dengan perangai ummah!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2020 05:22 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 2-7-2020 05:05 PM
Dgr nya ada org di belakang nya....

Bila org tau cite sebenar. ...org tak undi lah ...

siapakah org di belakang Uncle Kentang ini?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 2-7-2020 05:22 PM
siapakah org di belakang Uncle Kentang ini?

Org DAP ler
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2020 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jazaa100 at 2-7-2020 05:28 PM

Babi sekor tu klu tak mengutuk melayu memang tak sah......

Tu artikel lama dulu babi sekor dok tepek.....
Yg uncle kentang bg bukannya duit dia pun, duit sumbangan org jugak.....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2020 07:16 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 2-7-2020 04:15 PM
cop.. yang i faham dia tolong agihkan saja kan?
ayam tu sumbangan orang lain..
lembu punya susu, s ...

jangan salahkan sapi bila ummah malas membaca...

“Sumbangan 5,000 ekor ayam bukan sedikit, tugas saya adalah untuk agihkan amanah tersebut. Saya ucapkan terima kasih kepada mereka yang menderma dan sambutan program ini sangat baik.


takde yang vague langsung dalam ayat beliau...


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.077163 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list