Chinese
Color
Orange
Black
Blue
Purple
Green
Deep Blue
Laman Utama
Forum
Fokus
Semasa
Gosip Socmed
Infozon
tularsuara
Search
123Next
Return to list New
1391
View
50
Reply

[Tempatan] Percaya sangat pelaburan Bitcoin, hangus RM388,090

[Copy link]

Author: R2D2       Show all posts   Read mode

Author
Post time 3-7-2020 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Wanita bergelar 'Datin' ditahan kes tipu pelaburan Bitcoin RM388,090
Bernama
Diterbitkan Hari ini 5:21 pm

Seorang ahli perniagaan wanita bergelar 'Datin' ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penipuan pelaburan Bitcoin membabitkan kerugian RM388,090 di Bukit Jambul, Pulau Pinang, Rabu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pulau Pinang, ACP Mohd Rosni Mohd Lazim berkata wanita berumur 39 tahun itu ditahan selepas pihak polis menerima laporan berhubung urusan pelaburan terbabit oleh seorang lelaki yang menjadi mangsa kegiatan itu.

"Menurut lelaki itu, dia menyertai pelaburan Bitcoin selepas wanita berkenaan yang juga kenalannya menjanjikan pulangan keuntungan sebanyak 30 peratus sebulan dan mangsa mula melabur sejak Jun 2016.

"Mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM388,090 secara berperingkat ke akaun milik wanita itu, namun lelaki tersebut tidak mendapat keuntungan seperti yang dijanjikan dan membuat laporan polis," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes disiasat menurut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan 2003 kerana menerima deposit haram.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut menjadi mangsa wanita itu dan beliau turut meminta kerjasama orang yang pernah ditipu berhubung pelaburan tersebut agar tampil di balai polis.

- Bernama

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Looking for Google Ads Manager expert. Freelance work from home. Profit sharing basis. Please send your resume to HR@cari.com.my
Post time 3-7-2020 11:29 PM | Show all posts
banyaknya duit....
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Sama la bapak aku dok pecaya bitcoin neh
Dah bape ploh ribu dah duit rentua tu disonglap kazen aku yg dah beruban tuh
Geram tulllll sampai skang dok pecaya lagi kat lahabau sekoq tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2020 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ramai kn terjebak dgn bitcoin ni.
Sekelip mata hilang duit gitu aje.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 01:56 AM | Show all posts
kalo xterer mmg hangus ler..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 02:24 AM | Show all posts
Edited by lurve82 at 4-7-2020 02:25 AM

main bitcoin ni mcm main saham ke?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:11 AM | Show all posts
jap2 kenapa perlu labur pada orang???
ko tak tahu ke ko boleh beli sendiri bitcoin tu??

etoro ada, blockchain, plus500 ada... semua secured punya website dan dapat pegang sendiri pulak tu bitcoin tu....

bitcoin ni bukan saham nokkk untuk ko labur pada orang
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:12 AM | Show all posts
lurve82 replied at 4-7-2020 02:24 AM
main bitcoin ni mcm main saham ke?

ya tapi naik turun bitcoin ni lambat... beli masa crash memang berbaloi sebab bila dia naik ya ampun untung tu 2x... dia bukan macam emas dan currency yang sentiasa naik turun setiap hari... bitcoin punya market pulak open 24 hours... market lain2 hari tertentu je bukak

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:19 AM | Show all posts
ada lagi x harapan bitcoin? igt nak juin la..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 03:27 AM | Show all posts
salamon replied at 4-7-2020 03:19 AM
ada lagi x harapan bitcoin? igt nak juin la..hahaha

ada je... bitcoin ni semua orang patut ada satu sebab bitcoin ni finite.. bukan infinite... nilai dia macam emas...bila dah habis kuota dia value dia akan naik tinggi...

cuma jangan la beli sekarang harga tengah tinggi sama jugak dengan emas


iols guna bitcoin untuk beli barang2 dari china.
reason = malas nak guna cash or bank transfer
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bitcoin ni apa sebenarnye?camne nak guna n safe ke?noob sket
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:09 AM | Show all posts
jongos replied at 4-7-2020 08:00 AM
Bitcoin ni apa sebenarnye?camne nak guna n safe ke?noob sket

ini dia..




Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Acikgomen replied at 3-7-2020 11:39 PM
Sama la bapak aku dok pecaya bitcoin neh
Dah bape ploh ribu dah duit rentua tu disonglap kazen ...

wuish..tak sangka aku..tua renta pun ada hati tertarik nk join parti invest dlm sistem moneytrail dajal ni..

apa teda membaca dan memahami kandungan quran kah si tua renta apak acik inni???

# jgnsentapyadgnsoklanjuruihakuinni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli sendiri ja la kalau nak simpan crypto2 ni. Daftar kat luno ke binance ke. Luno pun dah diiktiraf kerajaan sebab dah boleh kena cukai la ni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2020 10:03 AM | Show all posts
Acikgomen replied at 3-7-2020 11:39 PM
Sama la bapak aku dok pecaya bitcoin neh
Dah bape ploh ribu dah duit rentua tu disonglap kazen ...

member iols pun taksub jugak...modal ciput angan2 besar...tak kaya2 sampai sekarang. i ols suruh dia beli gelang emas je simpan bawah tilam.
Reply

Use magic Report

Author
 Author| Post time 4-7-2020 10:08 AM | Show all posts
salamon replied at 4-7-2020 03:19 AM
ada lagi x harapan bitcoin? igt nak juin la..hahaha

aku pun nak ckp isu sama
senyap je Harapan Coin tu

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:38 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 4-7-2020 03:27 AM
ada je... bitcoin ni semua orang patut ada satu sebab bitcoin ni finite.. bukan infinite... nilai  ...

bitcoin ni high risk..ilmu iols pon zero psal ni nokss..xberani iols
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:39 AM | Show all posts
R2D2 replied at 4-7-2020 10:08 AM
aku pun nak ckp isu sama
senyap je Harapan Coin tu

sesuai la dgn nama harapan coin..tinggal harapan je la..wakaka

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
salamon replied at 5-7-2020 01:38 AM
bitcoin ni high risk..ilmu iols pon zero psal ni nokss..xberani iols

Tak high risk pun sebenarnya, cuma kena beli waktu harga turun, macam emas la. Jangan melabur pada orang, bitcoin mana ada orang labur... Orang beli terus simpan dalam wallet perap sampai harga naik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2020 02:08 AM | Show all posts
dudaberhias replied at 5-7-2020 01:55 AM
Tak high risk pun sebenarnya, cuma kena beli waktu harga turun, macam emas la. Jangan melabur pada ...

iols blur la psal bitcoin ni..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register | Facebook Login

Points Rules

 CARI App
Get it FREE Google play
 Twitter
 Instagram
cari_infonet
FOLLOW
Copyright © 1996-2020 Cari Internet Sdn Bhd All Rights Reserved(483575-W)
Private Cloud provided by IPSERVERONE
Advertise with us
Quick Reply To Top Return to the list